Tuesday, May 26, 2009

Ada FaceBook??

Salam Buat Semua....

Aku rasa tetiba terpanggil untuk melekatkan artikel nie...terbaca dalam semalam...KosmoFACEBOOK...Ya! Sekarang menjadi kegilaan remaja..orang pertengahan usia & orang tua...jangan terkejut..budak sekolah la yang 'mewarnai' dunia Facebook hari ini... mungkin anda yang membaca ini juga ada sebuah akaun di laman Facebook ini...termasuk saya sendiri...pada mula tidak suka jugak...mungkin setia pada blogspot ini...multiply...atau friendster...tapi bila mula mendaftar...rasa seronok...mungkin sebab dapat berjumpa kembali teman-teman lama di zaman persekolahan tu kan...seronok tu seronok la jugak...dan jangan ada plak yang lupa pada pelajaran...lupa pada anak isteri atau suami...lupa nak masak di rumah....lupa pada kerja yang melambak di ofis....aku juga melayarinya...tapi ketika masa lapang...agar waktu libur terisi dengan kisah teman-teman ku yang telah lama terpisah...Facebook menghubungkan kami...itu fungsinya...jangan salah guna wahai teman...ada gunanya zaman internet nie pada kita semua...guna dengan cara yang betul..baru anda mendapat faedah sewajarnya...betul tak?


Cadang kawal penggunaan Facebook

SURABAYA - Ulama-ulama Indonesia semalam mencadangkan satu peraturan yang sesuai diwujudkan bagi mengawal sikap pengguna Internet di Indonesia.

Cadangan itu dibuat berikutan meningkatnya populariti penggunaan laman web jaringan komuniti Facebook yang cenderung mendorong ahlinya terjebak ke dalam hubungan seks haram.

Kira-kira 700 ulama yang berkumpul dalam satu perhimpunan ulama sedunia di sini meminta suatu garis panduan dikeluarkan bagi menghalang pengguna Internet daripada bercinta sekali gus terdorong melakukan zina.

Satu kajian mendapati Indonesia merupakan negara yang paling ramai melayari laman komuniti Facebook di Asia Tenggara pada tahun 2008 dengan peningkatan 645 peratus atau 831,000 pengguna melayari Facebook.

Laman itu merupakan ruangan paling kerap dilawati di Indonesia.

"Ulama berpendapat satu garis panduan rangkaian Internet wajar diwujudkan kerana laman web komuniti itu akan mendorong kepada perasaan ghairah yang dilarang dalam Islam," kata jurucakap Sekolah Agama Berasrama Lirboyo, Nabil Haroen. - AP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...