Showing posts with label Lumut. Show all posts
Showing posts with label Lumut. Show all posts

Monday, January 26, 2015

Lumut 2015

Assalamualaikum semua...

Saban tahun, Pekan Lumut akan berubah wajah. Walaupun  selalu balik ke hometown, tapi amat jarang aku jejak Pekan Lumut itu sendiri. Sebabnya kalau hujung minggu, cuti sekolah atau cuti perayaan, memang akan jem dengan kereta-kereta dari luar. Ratanya nak ke Pulau Pangkor

So, kali ini aku balik awal sket dari cuti yang bakal berlaku minggu hadapan. Cuti Wilayah & Cuti Wesak. Pastinya ramai orang luar akan membanjiri Pekan Lumut. Peluang yang ada aku ambil untuk melepak di Lumut. Seronok! Banyak kenangan di sini. 

Macam dah pudar plak logo tu

Ada Jeruk Madu Pak Ali di sini

Ada Restoran menghadap ke laut

Jeti Lumut
Jelas sekali tiada yang lebih indah berada di sini waktu tiada orang yang bersesak-sesak. Time nie dapat laa bershopping. Feeling2 pelancong sket. Pastu tak dapat diskaun bila membeli barangan. Wahaah... Pelancong laa sangat kan!!


Monday, January 20, 2014

Cuti Pendek

Assalamualaikum...

3 hari? Pendeknye cuti! Alhamdulillah, biarpun pendek cutinya. Tapi dapat dimanfaatkan dengan insan tersayang.

So setelah bincang sakan..memulanya nak pegi getaways laa..tapi budget kureng sket..last2 Mr Hubby cakap..jom balik kampung. Mana? New York? Hahah..tak lepas tambang sampan nanti nak sampai New York tu...pengsan kak Melah nak dayung...

Makanya balik laaa kami ke pangkuan keluarga tercinta. Jalan pada pagi Jumaat yg indah tu dipermudahkan sangat. After isi minyak penuh di Shell MRR2...terus berdesup naik hiway...
Before tengahari sampai dah di kampung halaman ku. Nasib baik laaa kureng jem. Mungkin sebab ramaj dah sengkek jd tak ramai cuti2 Malaysia laa...duit dah abih utk anak2 sekolah kan...semua pakat tunggu raya Cina ni plak...

Ayam Penyet

Air Markisa & Air Bandung Special
Malam kami pakat jalan2 laaa...makan2...ingat nak singgah pasar malam tapi jem giler lak kat pasar malam. So kami pun terus ke Restoran Ayam Penyet...Ibu cukup suka. Dia tak pernah makan lagi Ayam Penyet...selera dia makan. Lega tgk Ibu makan. Lagipun dia baru baik demam kan...selera tu datang balik. Okay laa kan...

Hajat hati nak singgaj AEON..tak jadi laa sebab Ibu pun macam penat dah...jadi terus balik laa kan...ok laa at least bawak dia berjalan laaa..bagi happy sket...lepas makan..dah kenyang..balik..jom tido..zzzzz



Saturday, December 07, 2013

Back to my Hometown!

Assalamualaikum!

Hai semua! Seronok cuti? Seronok laaa kan...Sapa yang tak seronok boleh laa kembali bekerja yek! Hehehe...jangan jeles ye! So, ke mana aku minggu nie? Tengok tajuk pun dah bleh tau kan! Ke mana lagi kalau pulang ke hometown ku LUMUT. Walaupun aku bukan lahir di sini, sebahagian hidup aku dimulakan di sini.


Balik kali ni ada tujuan. Ada reunion exSMPTLDM. Heheh...so, dapat laa jumpa kawan-kawan sekolah dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Kali ini, kami kembali ke root asal. Jumpa di Lumut. Di mana kami semua pernah ditemukan...seronokkan! Gambar reunion kemudian laaa kut...eheheh!

So, aku akan berada di sini 2-3 hari sebelum pulang ke KL. Untuk menikmati cuti hujung minggu laa katakan! Kat sini layan anak-anak bulus aje laa di rumah! I'm enjoying my weekend here...

Tuesday, August 27, 2013

Meow Meow Di Hari Raya ~ Part 2

Salam...
 
Suka plak share gambar meow-meow.....


Memula suka....cium2...pas tu bertumbuk laa plak...heheh macam-macam aje dorang...ada skandal senyap2 ni...



Enjoy!!

Monday, August 26, 2013

Meow Meow Di Hari Raya ~ Part 1

Salam semua...
 
Sekali sekala upload gambar kucing lak. Dah lama tak buat. Dulu rajin gak kan...Ni gambar sekitar raya di rumah Ibu.
 
 
 
 
 

Sunday, January 20, 2013

Day 3: Team Building ~ Pangkor Island Beach Resort

Salam,

3rd day. Its our last day in PIBR. Seronok walaupun hanya sekejap sahaja. Walaupun agak penat sebab perjalanan jauh. Tapi kami semua enjoy! It's time to say good bye!
 

 
Masa tiba di jeti, bot dah ada. So, terus naik aje la. Tapi lambat plak jalan. Memandangkan bot lambat jalan kami semua pun berposing sakan laaa atas bot yang belum berjalan tu.
 

Bergambar mengalahkan pelancong dah masa ni. Haha pelancong tempatan laa kiranya gak! Heheh..masa nie semua kecoh. Bila dah naik bas aje, semua dah senyap. Sebab semua dah penat dan semua dah tido! Haha bertuah tul... Anyway kami semua enjoy. Bising sama-sama. Makan sama-sama. Dan tido sama-sama...tido dalam bas la! Hehehe...mesti ada yang berdengkur. Yang pasti bas baru jalan 20 minit aku dah tido la. Sampai KL baru sedar...ehehe...

Saturday, January 19, 2013

Day 2: Team Building ~ Pangkor Island Beach Resort

Salam....
 
Sambung lagi story semalam. Nak citer dah letih sangat dah. So far kat sini okay la. Makan minum semua best! Mulakan dengan breakfast, lunch & dinner. Semua best! Makan berulang memang banyak kali la kan!


Mulakan pagi dengan sarapan

Lepas sarapan aktiviti team building mula. Island Survival, tapi masa nie memang tak bawak apa-apa gadget. Sebab takut ada aktiviti masuk air kan. Jadi risau laa kamera terkena air kan. Jadi terpaksa tinggalkan di bilik saja la. Acara tangkap ikan la..buat khemah la..panjat pokok kelapa la..hidupkan api la..masak sotong la..semua kami buat. Hehehe..seronok gak sekali sekala kan ada aktiviti macam ni!
 
 
Lepas aktiviti Survival Island. Ramai yang keluar pergi shopping membeli ikan bilis & ikan kering di sekitar Pekan Pangkor. Aku? Malas nak join la. Lagipun aku pun selalu balik Lumut. So, wat pe laa aku nak sibuk beli itu dan ini kan. Heheh macam menyibuk lak rasanya! Jadi aku melepak di bilik aje petang tu. Layan citer Hindustan sambil golek-golek atas katil. Dah petang sket baru aku keluar pegi jalan-jalan amek angin di tepi pantai. Rasanya banyak aktiviti santai aje di sini. Tak de lak aktiviti yang berat-berat pun. Kira okay laa tu. Bleh berehat sket kan!
 

Petang tu penuhi masa dengan jalan-jalan disekitar hotel. Malam plak kami ada BBQ Dinner kat tepian pantai.


Bawah tu bilik aku. Level bawah. Senang sket nak angkat barang. Tapi bila lalu ikut atas jenuh lak nak naik tangga. Tapi enjoy laa sepanjang duduk sini 3 hari. Rasa rehat sakan pun ada. Hehehe....


Semua muka kenyang! Enjoy the moment together. Esok..kami sudah pulang ke kota metropolitan. Enjoy the moment while you can. 

Friday, January 18, 2013

Day 1: Team Building ~ Pangkor Island Beach Resort

Salam...
 
Seminggu sudah berlalu. Baru laa ada masa nak citer pasal team building di Pulau Pangkor. Jauh kan team building kali ni. Keluar terus dari KL. Dan dekat plak untuk aku balik rumah kan. Tapi tak dapat laa balik rumah sebab kami kan ikut rombongan cik Kiah. Naik bas beramai-ramai macam budak sekolah.
 
 
Ada gak yang bawak family kali ni. Tapi aku tak bawak la. Since ni acara ofis, malas laa nak pegi. Lagipun Pangkor nie bila2 masa aje bleh pegi pun ehehe...tak jauh dari umah ibu pun. So, pegi weekend time cuti di Lumut pun bleh laa pegi kan.
 
 
Kami dah tiba di Pangkor Island Beach Resort. Kat private jeti gitu. Kelas kauuu...al-maklum jer laa dapat join team building mahal. Lepak di pulau plak tu kan..Heheh...kau ado?
 
Jeti Pangkor Island Beach Resort
Kami naik bas nie untuk ke resort dari jeti. Comel kan bas tu! Macam bas sekolah Sin Chan lak ...kiut. Tak de tingkap bertutup plak tu. So, berangin ajer laa....depa bantai penuhkan bas. Dah macam Bas Mini kat KL suatu ketika dulu...ehehe...Sib baik laa aku dapat duduk. So, kira selamat laa...eheheh...
 
 
 
Setelah check-in. Dapat kunci bilik. Lega. Terus tarik bag untuk ke bilik. Lega sampai bilik. Cuma bilik agak jauh dari kaunter reception. Garden Wing. Perghh...jenuh naik turun tangga angkat beg. Letih gak laa macam tu. Tak sesuai tul tangga dia untuk angkat beg, sebab tangga kecik sangat! Sampai bilik okay gak laa. Untuk dua orang duduk dalam satu bilik, dengan dua queen size bed. Memang best! Sorang satu katil. Pergh!! Best bleh golek-golek sepuas hati!
 
Balkoni bilik kami
Nasib baik laaa before sampai ke Lumut kami semua dah sapedek tengahari. Kalau tak memang kebulur la. Sebab waktu makan kami adalah pada waktu petang iaitu untuk dinner. Tapi nasib baik laa waktu dinner adalah jam 6.30pm.
 
Indahnya pemandangan di waktu petang
So, aktiviti utama dibuat lebih kurang jam 4 petang. Ice Breaking ... tak de buat apa sangat pun. Sebab lepas sejam kami semua dilepaskan untuk aktiviti bebas disekitar resort. Seronok gak la...jenuh laa penuhkan kamera dengan gambo gedik-gedik kami di pantai bersama office mate. Hehehe...acara utama la tu kiranya!!
 



Ada macam-macam aktiviti boleh dibuat di sini. Berkayak, perahu layar, snorkeling dan lain-lain lagi. Best gak! Pada mulanya nak mandi gak kolam renang tu kan..tapi segan laa sebab ramai budak ofis kan. Lenkali aje laa.
Jam 6.30 petang. Tiba sudah waktu makan malam yang dinantikan. Disebabkan lapar sangat. 6.30 pm tepat kami & the gang dah terus masuk ke Hornbill Restaurant. Makan buffet. Ambil saja laa baper banyak yang anda mahu..ehehe....so, terserah la kan! Yang pasti boleh makan banyak. Hehe..makan sampai kenyang.. Yeay!!

1 round: Nasi Beriani + Sambal Udang + Ikan Kukus + Bakchoy

2nd Round: Beef Steak + Black Pepper Sauce + Salad + Ikan Kukus
After dinner tu ada plak indoor activity. Critical Thinking katanya. Dah lepas makan. Kenyang. Otak? Tak bleh fikir dah plak masa ni. Memang nak tido aje. Dah laa penat perjalanan jauh dari KL-Pangkor kan. Jadi mindset untuk tido tu dah menerawang ajer di otak. Heheh....After activity nie, kami terus pulang ke bilik. Tak larat laa nak tengok live band ke ape. Ngantok seh! Salin baju tido terus babam..zzzzzz! Sambung sok lak activity yek.... 

Friday, December 30, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan

Assalamualaikum...

Lamanyer aku tak berblogging...MALAS sebenarnya. Tak der mood. Tak tau laa kenapa lak bulan Disember nie jadi bulan malas aku lak. Pelik bin Ajaib. Tak apa lak nak citer bila online. Sebenarnya banyak cerita nak diceritakan. Mungkin sebab tak tau nak mula dari mana.

Bulan lepas sempat laa menjengah Ibu di kampung. Dah 2 bulan tak balik. Rindu kat Ibu ku yang seorang ni. Seronok bukan main la. Ambil cuti panjang sampai 5 hari masa tu. Sempat laa meronda-ronda cari makan di sekitar Lumut, Manjung & Sitiawan. Daerah di mana aku dibesarkan...Antara tempat yang aku sempat terjah adalah Restoran Steamboat Shabu Shabu ... Memang dah rancang nak pergi sana sejak di KL lagi. Hehehe...makan aje...lagipun murah...

Restoran Shabu-Shabu
Apa kami makan? Banyak gak...Udang, ayam, daging, mee, nasi goreng, puding, ais krim..actually menu dia banyak gak. Tapi ni antara yang sempat aku ambil la...ramai plak malam tu..Bising sangat masa tu. 


Pilih-pilih...mana nak?
Pilihan sup untuk steamboat ada 2; Tomyam & Sup. Tapi kami pilih Sup sebab Tomyam kalau lama sangat lelama masin plak. Dah kena 2-3 kali macam tu...

Tunggu untuk di NGAP!
Dessert lak ...ada ais krim & ABC...tapi malas nak kisar air batu..kami ambil ais krim lar. Semua ais krim sedap-sedap belaka. 


Sudah abis makan. Kenyang dek makanan. Kaki pun macam berat aje nak melangkah. Kenyang sangat kut. Alhamdulillah. TQ encik Hubby sebab sudi belanja kami malam tu. Hehe..pas makan terus balik, sebab Ibu kata dia mengantuk. Hehehe...ingatkan nak jalan-jalan lagi. Tapi tak jadi laa...heheh...

Okay laa sambung lagi nanti...mengantuk dah nie. Nak zzzzzz...Nite

Friday, June 22, 2007

:: Lumut...Here I Come... ::

Assalamualaikum wrth wbkth......
Petang nie lepas keje......terus menuju ke Puduraya...macam biasa la...nak balik ke Lumut...dah sebulan lebih tak balik...tak sabar nak jumpa Ibu..& adik-adik aku yang comel-comel tu..dah besar sekarang nie Ibu cakap...depa makin nakal...mesti geram je tengok dorang lari-lari..hehehe...esok nak main puas-puas ngan depa...

Hmmm...petang nie naik bas Transnasional...jam 8.30 malam...malas nak amek 7 lebih lak..sebab takut tak sempat nak makan plak...sampai KL pun dah 6.30 petang...nak tunggu hubby lak...dia lagi best..dari Damansara...lagi la lambat sampai..sure tak sempat nak makan...tak pe sampai lambat pun..janji sampai laa...sebelum naik bas..nak makan dulu...hehehe..kang tak makan lapaq lak....dalam bas tido je laa...Harap tak hujan...

Cakap pasal hujan...semalam aku jenuh mengharungi hujan lebat..dari ofis sampai le ke rumah...masa turun kat stesen LRT Wangsamaju pun masih hujan..masa tu kul 7.30 malam...pas tu aku terus ke Carrefour..beli barang sket...beli bantal RM6.90 jer...hehehe..murah la tu...then balik...masih hujan gi tu...sampai umah pun masih hujan lagi...tak pe laa...asalkan tak berkilat-kilat macam sebelum aku naik LRT..sampai takut aku nak jalan..hehee

Okeh laa..nanti aku story lagi minggu depan...& update gambar adik-adik aku yang comel lote tu...hehehe..okies...chow...

Wassalam...


Monday, September 06, 2004

Banjir Dalam Rumah...

Assalamualaikum Wrth Wbkth...
Aduh aduh..hari yang malang betul Sabtu lepas...Bukan apa...banjir dalam rumah...hujan dalam rumah...hehehe...ntah hape hape punya rumah laaa...kontraktor tu dulu bodoh ke ape...ada ke dia buat tangki air atas bilik tidur...perghhh..berapi aku..dah lar atas bilik aku lak tuh...abih banjir bilik kat umah aku...mak aku siap call suruh balik..sebab semua barang aku abih tenggelam dalam bilik..uuwaaa...tension aku dibuatnyer...so, aku pun balik dan tolong mak aku kemas semua barang tuh...perghhh...memang penat giler lar kena buat semua keje tuh..dah ler tuh...bukan satu bilik yang kena...sampai 2 bilik...ruang makan aku pun kena gak sekali...carpet semua memang basah abih laa...nasib baik komputer aku tak rosak laa...selamat aku..alhamdulillah...
Apa lagi ek...ada lagi sebenarnya barang yang nak dikemas...tapi aku rehat jap lar...banyak sangat benda nak dijemur balik...sebab semua dah basah...buku-buku dan kotal-kotak aku biasa lar...semua dah basah...dalam proses menjemur laa sekarang nie..penat tak terkata...waktu malam jer laa aku dapat rehat jap..hehehe..nasib baik makan malam best..hehehe...mak aku masak special...hehehe...
Okeh laa..nanti aku story lagi ek....tak tau apa nak citer...penat sangat kot..hehehe...byeee....
W'salam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...