Monday, April 30, 2012

:: Happy Anniversary My Dear! ::

Assalamualaikum wrth wbkth,

Happy 6th Anniversary my dear! 

:: 30.04.2006 ::

Thanks for being a wonderful partner in my life. 
Thanks for sharing everything with me. 
Thanks for loving me...

I will always LOVE YOU!

Saturday, April 21, 2012

:: My Birthday...I'm getting old! ::

Assalamualaikum wrth wbkth,


TODAY is my BIRTHDAY! How old? Don't ask laa ek...malu ler! Harapan dan impian...semoga aku menjadi seorang insan yang sentiasa berbakti kepada keluarga dan menjadi seorang isteri mithali. Semoga impian menjadi seorang IBU akan tercapai. AMIN! Semoga dimakbulkan segala doa dan impian aku ni...

Wednesday, April 11, 2012

:: Cuti Umum Lagi... ::

Assalamualaikum!

Hari nie cuti lagi. Cuti apa? Sempena pertabalan Yang di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, iaitu Yang di Pertuan Agong ke 14. Maka seluruh negara cuti laa kan. Best walaupun cuti nie jatuh pada hari RABU. Tengah-tengah minggu. Orait laa tu. Bleh rest setelah penat bekerja, bleh laa rehat sehari kan.


So, apa korang buat hari nie? Merayau-rayau bersama keluarga? Atau berehat saja di rumah menonton TV macam aku? Hehehe....kes malas nak jalan sangat, lagipun tengah bulan kan. Jimat sket laa..masak-masak & makan then lepak aje depan TV....lagi best. Betul tak?

Okay selamat berehat Rakyat Malaysia! Choowww...

Wassalam!

Thursday, April 05, 2012

Monday, April 02, 2012

:: Cuti dan cuti! ::

Salam,

Tetiba rasanya macam nak cuti lagi. Ke mana eh? Ada cadangan? Where to go with Mr Hubby eh? Kesian dia. Sibuk memanjang. Weekend pun kena kerja. Nak buat macam mana kan...tuntutan kerja.

Teringat masa ke KK tempohari. Best sangat! Kenangan makan ABC Special. Perghh sedapnye makan ABC di tepi laut. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, memang nikmat! Bila laa dapat ulang lagi ke sana eh? Kali nie nak pegi banyak tempat lain lak...heheh...syok sana. Happening tak macam dulu dah KK...

Banyakkan ABC Special dia..plus AVOCADO lagi...pergh!!
Bila berjalan-jalan, dapat pengalaman baru. Walaupun cuti sekejap, banyak benda baru kita akan belajar. Bak kata jauh perjalanan, luas pengetahuan. Memang betul pun. Kalau orang lain berlumba-lumba ke Vietnam laa...Bali laa...Bandung laa...aku lebih cenderung pada percutian dalam negara ajer. Belum lagi nak melebarkan sayap perjalanan ke destinasi luar negara. Belum masanya lagi kut. Nanti laa bila aku dah cukup bersedia dan cukup kumpul pengetahuan dulu kan...Rasanya MALAYSIA pun aku tak abih pusing lagi kut...mungkin cuma baru tiba di bandar-bandar utama saja. Kalau boleh nak menjelajah setiap negeri tu...ke sepelosok negeri laa kan...baru aaa namanya rakyat Malaysia kan!

Okay laaa....nanti aku story lain...nak citer pasal makanan lak nanti..apa nak di makan? tunggu yek!! Chowww...

Wassalam...

Sunday, April 01, 2012

:: Bila April Tiba....::

Assalamualaikum semua,

APRIL....Dah tiba akhirnya! Kenapa di tunggu? Bulan yang paling aku suka tunggu sepanjang tahun. Kenapa? It's my Birthday month and my wedding anniversary month. Hehehe...semuanya dalam bulan yang sama.


Apa yang di tunggu? Hmmm...hadiah kut...tiada apa yang biasanya aku tunggu pun. Sekadar kasih sayang dari semua insan yang ku sayang ....tul tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...