Monday, March 17, 2014

Jom Jalan : Tugu Negara

Assalamualaikum

Weekend lepas aku dah menjelajah KL. Dalam erti kata jalan-jalan dalam KL aje. Tak ke mana pun. Bukan apa, dah lama tak keluar jalan-jalan untuk dating kan. So, ambil kesempatan ini before Mr Hubby sibuk.

Nama ajer laa dah duduk KL dekat 13 tahun. Tapi banyak jugak tempat-tempat dalam KL ni yang belum aku jelajah lagi. Maklum laa dulu nak jalan-jalan sebab student, duit tak de la sangat kan. Banyak dok umah aje la kan. Sekarang nie laa baru nak jalan-jalan bersama yang tersayang.

So lokasi yang aku terjah kali ini adalah Tugu Negara. Mesti korang gelak kan?? Maklum laa biasanya tempat ni korang dah melawat masa zaman sekolah dulu. Ni dah tua-tua baru nak datang melawat. Lawak gak kan!


Cuaca hari tu jugak agak panas. Memang garing laa kiranya kalau dok berjemur tengah panas tu. So lepas bergambar sakan...terus lari2 ke tempat redup. Hehehe takut hitam lettewww..hahaha..apa nak takut? Memang aku dah hitam pun...so, tak kesah laa kan..janji ada gambo gedik2 kat situ kan...

Kat sini ada juga kedai souvenir. Jadi boleh laa datang dan tengok-tengok untuk membeli apa yang patut. Dan Mr Hubby memang mudah terjebak laa dengan membeli belah ni kan. So, dia sempat laa membeli mug dan fridge magnet sebagai habuannya. Banyak juga la barang-barang yang dijual di sini. Memula aku nak beli gak T-Shirt....maklum laa peminat t-shirt. Tapi tak jadi laa...may be next time.


So udah-udah laa kan dok di bawah sinaran mentari yang terik tu. Memang rasa kering dan garing sangat. Jom lepak bawah pohon ketapang dan minum air. Jom rehat!!

Monday, March 10, 2014

Roadtrip to the East Coast : Cherating, Pahang (Part 2)

Assalamualaikum,



Alhamdulillah!! Kami dah tiba! First time kiranya aku sampai dan bermalam di Cherating. Selalunya aku lalu aje. Tak pernah pun singgah ke Cherating nie. Memandangkan dulu aku pernah tinggal di Kertih, Terengganu kiranya tak jauh mana pun laaa kan Cherating nie. So, tak payah laa nak tido situ kan. Kira lalu sahaja pun dah cukup. Aku pun tak berapa arif sangat pasal kawasan ni. Memandangkan ni yang 1st, aku banyak belajar dari info blogger-blogger lain. Thanks a lot you guys!!

Pantai timur amat terkenal dengan keindahan pantai. So, kiranya nak menikmati laaa keindahan pantai dan angin laut yang menderu-deru tu. Kami pun berjaya laa meloloskan diri barang sehari dua untuk melepak dalam sessi jejalan ke pantai timur ni. Lepak sini 3 hari 2 malam di Impiana Resort Cherating
:: Gambar ni from Google : Impiana Cherating ::

See?? Keindahannya jelas sesangat kan!! So, jom explore laaa Cherating ni. Setelah bertolak dari Bukit Tinggi. Kira-kira 2 jam setengah, kami pun tiba di lokasi. Impiana Cherating. Hotel Impiana ni agak lama sket. Rustic laa design kat dalam ni. Agaknya kalau dorang refurbish sket untuk mengekalkan kecantikannya mungkin lebih baik kan. Jadi dapat laa mengekalkan keindahannya.


Jam 3.30 kami sampai terus check-in. Senang jugak check-in dia, tak banyak cikadak la. Sempat lagi tu dorang tanya, hanimun ker? Kami pandang sesama sendiri dan gelak2. Hehehe kami ni tak payah ke hotel nak hanimun pun..hehehe...Gadis tu beriya citer pasal kopok lekor dan etc. Aku senyum aje la. Sebab aku pun dah biasa area situ. Cuma aku dah lama tak datang sini aje la.

Ambiance hotel aku suka sangat. Tenang aje. Check-in dapat bilik di level 1. Dan dekat sangat ngan tangga menuju ke pantai. Syok sangat masa tu. Tangga betul-betul sebelah pintu bilik. Hehehe...happy la sangat!


Di kawasan lobby hotel terdapat kolam sebelah lounge. Seronok gak duduk kat sini. Sambil ambil angin di sini. Enjoy the view here.



Petang plak kami ke pantai. Jalan-jalan di pantai. Mandi laut? Tidak kut. Sebab aku tak berapa gemar sangat nak mandi manda di laut. Lagi-lagi la ni laut lepas. Angin best. Menderu-deru aje.



Tempat lepak-lepak di petang hari. Seronok sangat. Main buai di tepian pantai. Memang best bila dapat lari dari hiruk pikuk kota yang berjerebu tu buat sementara waktu.


Disebabkan kami berkampung di sini selama 3 hari 2 malam. So, brekky sekali ada dalam pakej. Breakfast di Kedai Kopi. Bukan kedai kopi yang macam tepi jalan, tapi ni la nama cafe di Impiana Resort ni. Unik gak nama dia kan. Makanan kat sini okay gak. Banyak gak yang menjadi pilihan.


Misi mencari kopok lekor dan keropok ikan belum tertunai. So, nak kena kluar jalan-jalan dan mencari. Di samping tu bleh laa jalan-jalan cari makan di sekitar sini kan. Lama tak jalan-jalan ke area pantai timur ni....Next update..nanti aku story nak menjejak keropok lekor, satar dan otak2 di Kemaman.

Ok sambung lagi nanti na....

Sunday, March 09, 2014

Roadtrip to the East Coast : Bukit Tinggi, Pahang (Part 1)

Assalamualaikum,

Road Trip 2014 dah mula. Ke mana kita kali ini? Kami on the way to east coast. Nak menikmati angin segar dan lari dari jerebu yang melanda KL sejak akhir-akhir ini. So setelah bersiap sedia dan packing barang. Kami pun bertolak ke Bukit Tinggi. Bukan Indonesia...tapi ke Pahang yek...tak jauh pun dari umah. Tapi kiranya ni 1st time laa aku nak sampai ke sini. Selalu nengok orang pergi aje kan, kali ini nak gak join ke sana..



Untuk entry ke sini adalah melalui laluan nak ke Genting. Cuma tak de laa sampai ke Genting, lalu aje di bawah tanpa perlu naik ke Genting Highlands. Perjalan memakan masa 45 min ke 1 jam sahaja. Tak perlu laju-laju sebab kita pun nak jalan-jalan makan angin kan. Sampai aje ke sana, untuk masuk ke Colmar Tropicale ni kena bayar ye sebanyak RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. 

Sampai aje, terus cari tempat parking. Kami parking di bangunan coklat di atas, The Chateau. Ruangan parking agak besar dan indoor. Jadi tak de la panas sangat kan kereta tu. So, sampai aje tempat parking, perkara pertama kami buat adalah makan dulu. Memandangkan dari rumah memang dah bawak bekal untuk trip ni. Sempat gak la buat Nasi Goreng Ikan Bilis dan Telur Mata untuk makan pagi itu. Perjalanan masih jauh lagi lepas tu, so kena makan kenyang-kenyang yek.


Sampai aje, macam biasa laaa kan...photo gedik-gedik akan bermula la. Sorry laa tak bleh nak buh gambar yang eksklusif tu di sini. Heheh sekadar untuk simpanan peribadi dan koleksi gedik-gedik manja sahaja yek.


Lake of Swan...ada Black Swan & White Swan. White Swan yang peramah tu asyik nak menyudu aje. Naik takut lak aku di sudu. Yang Black Swan tu plak malu-malu aje. Susah nak gambar dia....tapi dia agak comel. Pas tu keluar bunyi macam kucing plak hehehe...lawak pun ade...

Peramah nie...
Pandangan dari Menara Pandang Tropicale Colmar
Setelah bergedik-gedik di Dataran Tropicale Colmar, kami pun ke Japanese Village dan Botanical Garden. Kami tak de la lama kat sini, sebab kepenatan panjat bukit punye pasal. Ke sini kami menaiki Shuttle yang di sediakan di depan The Chateau. Naik aje sebab dah kira sekali masa kita bayar di pintu masuk tu.

Kami pada ketinggian 3,500 kaki dari paras laut
 

Di Japanese Garden ada rumah Jepun dan boleh laa bergambar sakan. Tapi ntah aku tak de interest sangat nak bergambar kat rumah tu. Lagipun ada laa org tu bergambar lama benor dalam tu. Macam dia sorang aje aaa pelawat kat situ. So, kejap aje laa kat situ. Aku just bergambo sekitar rumah tu aje. Lagipun air kolam dan ikan-ikan koi itu sangat menenangkan.


Lebih kurang sejam di sini, kami pun ready laa untuk turun dan tunggu shuttle di bus stop yang di sediakan di situ. Seronok gak la. Cuma penat mendaki bukit aje. Penat. Air mineral pun tak bleh tolong kepenatan tu, so kena dapatkan sedikit gula. Kami sempat la beli ais krim yang mahal. Perghh RM5 untuk Cornetto. Makkk aii...tapi hausnye pasal kami perlu juga makan ais krim tu. Hehehe...

Apapun roadtrip ini belum berakhir lagi yek. Lepas ni ada lagi destinasi yang kami nak tuju. So nantikan yek...

#Pray4MH370 #MalaysiaAirlines #MH370


Wednesday, March 05, 2014

Packing Time!

Assalamualaikum...

Masa yang ditunggu telah tiba. Memang dah lama menanti saat ini. Nak buat roadtrip. Actually selalu gak buat. Tapi biasanya kita panggil jalan-jalan aje kan. But this time is different. 2014 berubah. So, mulakan roadtrip. Ke mana? Nantikan update yek.


So, it's to pack my bags!! Jom jalan....BYE BYE!!

Monday, March 03, 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...