Showing posts with label Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Langkawi. Show all posts

Saturday, October 01, 2011

Kisah Langkawi - Part V (Episod Akhir!)

Assalamualaikum wrth wbkth...
 
Last day. Flight balik Kuala Lumpur adalah petang. So, waktu pagi sempat laa jalan-jalan di sekitar Langkawi lagi. So, ada 2 lagi tempat yang nak di singgah sebelum officially berangkat pulang ke KL, Makam Mahsuri & Laman Padi.

Mula-mula terjah ke Makan Mahsuri. Orang baru nak bukak, tapi kami dah tiba awal-awal pagi lagi sebab nak kejar masa kan. Hehehe :) kelakar lak rasanya. Makam Mahsuri tak jauh dari Pantai Cenang, dalam 15 minit perjalanan dah sampai. Terletak di kawasan kampung. So, sepanjang perjalanan dapat laa melihat kawasan sawah padi dan pemandangan yang amat cantik dan sejuk mata memandang.



Nie plak kat Laman Padi ...sini gambar sakan gak. Tempat ni agak besar gak. Ada bilik pameran & bilik TV...Kat luar plak ada kawasan sawah padi yang luas terbentang. Kat sini memang bergambar sakan gak la.Maklum laa tak penah jejak ke kawasan sawah padi. Jadi jakun jap la kan. Heheh...

 

 Sibuk bergambar bersama orang-orangan ...1st time pegang. Selalu tengok dalam TV or dalam buku kat skolah aje. Ishhh siannye aku, jakun sungguh! Jadi bergambar bersungguh-sungguh laa dengan patung tu...hehehe



Berakhir laa percutian ke Langkawi...Gonna miss Langkawi soon! Hmmm bila mau pegi lagi ek? Ibu kata dia nak pegi lagi next year before raya. Hehehe, sebab dia ada target nak beli tu pasal dia nak pegi sangat tu. Insya'Allah kita akan jejak lagi ke Langkawi, untuk shopping, makan-makan & makan angin...semua lengkap! Langkawi oooo Langkawi....percutian indah akan di sambung lagi....

Kisah Langkawi - Part IV : Dinner yang Sedap!

Assalamualaikum wrth wbkth,

Day 2. Malam terakhir di Langkawi. Kami memilih untuk makan seafood di Restoran Hj Jelani Thai Food & Seafood. Makanan kat sini memang sedap semuanya. Layan mesra aje. Kalau korang perasan, waktu siang tadi pun aku makan kat sini kan? Nie cawangan dia yang terletak di hadapan Pantai Cenang. Memang ramai orang di waktu malam. Jalan kaki aje untuk ke kedai makan dari motel kami. Dekat gak la.

:: Restoran Hj Jelani Thai Food & Seafood ::   

Nie antara yang kami order untuk malam itu. 6 lauk tapi makan untuk 5 orang. Kailan Goreng, Kerabu Mangga, Somtam, Sotong Goreng Tepung, Telur Bistik & Ikan Siakap 3 Rasa ++ 2 pinggan Nasi tambah. Semua SEDAP! Paling kami suka adalah Sotong Goreng Tepung. Memang sedap dari biasa. Tak rugi order la. Korang agak-agak berapa harga untuk semua nie? Semua baru RM150 sahaja. Orait la. Ikan yang di ambil pun agak besar gak. Air dia pun sedap gak. Cuma tak sempat nak gambar air minuman, sebab dah lapor sangat masa tu. Otak ingat nak MAKAN ajer...hehehe...Next time memang nak datang sini lagi la. Nak makan puas-puas.

 
 :: Kerabu Mangga + Kailan Goreng ::

 :: Somtam + Sotong Goreng Tepung ::

 :: Telur Bistik + Ikan Siakap 3 Rasa ::

Pantai Cenang waktu malam agak happening. Orang masih ramai berjalan-jalan lagi walaupun dah jam 12malam. Kira tak takut la nak jalan-jalan waktu malam kan. Pelancong luar memang ramai la.Mat Salleh memang ramai sangat.

:: Sekitar Pantai Cenang ::

Kisah Langkawi - Part III

Assalamualaikum wrth wbkth...

Day 2...continue from the previous post. Panjang nak cerita memang tak akan cukup 1 page macam nie. Sebenarnya memang nak tulis blog pasal Langkawi nie sejak balik ari tu, tapi sibuk dengan tetamu yang datang, then sibuk plak ngan keje-keje di ofis yang sejak 2-3 menjak nie makin banyak. Tak tertampung dek kaki tangan dah...

Next destination...Kompleks Kraf Langkawi. Mulanya malas nak pegi pun. Sebab rasanya tak de apa nak beli kat situ pun. Tapi auntie ku yang sorang tu tersangat laaa menggemari KRISTAL, jadi dia nak pegi tengok laa kat sini. Konon nak mencari untuk dibawa balik la tu...mata yang mengantuk pun bleh jadi besar bila dia dapat tengok kristal dia. Hehehe...kelakar la plak.


Lepas dah abis pusing Kompleks Kraf Langkawi nie...kami ke next destination plak...Galeria Perdana. Kat sini laa tersimpannya semua barang & hadiah milik Tun Dr Mahadhir & Tun Siti Hasmah selama berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Koleksi milik peribadi juga boleh di lihat sini. Potret-potret dari muda sehingga ke hari ini pun ada jugak. Suka pegi sini. Seronok. Tempatnya agak besar jugak, letih kaki nak jalan.

 


Destinasi diteruskan lagi ke tempat yang paling disukari oleh semua wanita bila ke Langkawi nie. Memang kebanyakkan yang datang ke Langkawi memang bertujuan hanya satu jer la...mau ke mari aje....shopping sakan di Idaman Suri atau pun  Haji Ismail Group. Sorry tak de gambo waktu di dalam kedai...sebab memang tak boleh tangkap gambar. Hmm... *sigh*

:: Idaman Suri ::
:: Kedai Duty Free @ Kuah ::
 Lepas dah penuhkan kereta dengan semua barang yang telah dibeli....pinggan mangkuk berset-set, bekas kuih kristal  (semua Auntie aku punye, aku tengok aje ler). Aku hanya beli key chain dan coklat. Malas laa nak mengangkut semua pinggan mangkuk kan. Naik Air Asia...kang kena bayar lebih lak. Nayeeee jer...On the way balik ke tempat penginapan, singgah ke tempat jualan gamat. Tapi petang dah kan, so tempat dah tutup le. Jadi hanya dapat bergambar bersama botol gamat nie aje...jadi la kan buat kenangan kita semua...


 Botol gamat besar ni memang menarik hati tul. Masa on the way ke Pekan Kuah tu aku dah nampak. Jadi niat di hati memang nak singgah ler kan. Sebab cantik untuk bergambar kat situ. Next time aku mai Langkawi memang nak singgah beli minyak gamat la kut...

Kisah Langkawi - Part II

Assalamualaikum wrth wbkth....

Day 2...Pagi di mulakan dengan sarapan. Sarapan di mana? Dok pusing-pusing gak tapi banyak kedai tutup lak masa tu. So, mana nak lepak nie? Hmmm...akhirnya jumpa satu restoran di tepi simpang, Restoran Haji Jelani. So, tinggah la makan situ. Dok carik Nasi Lemak. Tak de? Aikk...apa nak makan? Yang ada naik berlauk macam lauk makan tengah hari lak tu. Ada kerabu mangga lak tu. So, terpaksa la sauk n makan aje. Auntie & Ibu menikmati Bihun Sup saja. Me & Hubby makan nasi berlauk. Perghhh...berat ke? Hmmm...makan saja la. Janji makan.

 :: Restoran Haji Jelani ::
:: Lauk Kerabu Mangga + Sambal Telur ::

:: Bihun Sup ::

 Melepak ala-ala berada di Australia laa konon. Petronas Quay. Antara tempat yang sempat di singgah sebelum sampai ke Oriental Village. Sini tempat paling ramai orang akan bergambar bila berada di Langkawi. Yatch Club...deretan kapal layar membuatkan suasana seperti berada di Australia. Hehe, kita orang pun bergaya sakan la di sana. 

:: Petronas Quay, Langkawi ::

:: Yatch Club ::

Oriental Village adalah destinasi seterusnya.Kat sini macam-macam ada. Daripada tempat makan, jualan baju-baju, urutan kaki & spa, tempat bergambar dengan haiwan dan paling penting adalah Langkawi Cable Car. Tapi Langkawi Cable Car, tak dapat naik masa tu, sebab hujan turun dan angin agak kuat. Cuak gak kan.

:: Gerbang Oriental Village ::

 :: Langkawi Cable Car ::

 :: Rusa yang Friendly ::

:: Rabbit yg kiut ::

 :: Rimau yg ada pesbuk ::

Pas dah abis pusing-pusing semua kawasan di Oriental Village, hujan turun lagi.  Lebat lak tu. Jadi kami pun berlari-lari ke tempat teduh. Dan rupanya adalah tempat makan. Jadi, apa lagi la kan, terus isi perut untuk petang itu. Makan burger aje. Tapi service memang slow....tapi makanan sedap. Lambat tapi sedap! Pas abis makan terus gerak. Sebab kejar masa untuk memusing pulau. Nampak kecik tapi nak sampai hujung ke hujung macam jauh lak.

:: Burger Oblong yang sedap ::

Hmmmm...to be continue lagi....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...