Sunday, March 31, 2013

BBQ @ Warisan Rimba Kemensah Chalet

Assalamualaikum....
 
Weekend yang seronok untuk release tension & stress. Stress lagi ke? Hmmm..Little bit la kut! Oh My English! Bleh laaa kut sket-sket kan...
 
Anyway, this weekend enjoying myself & frens. What we do on weekend? Yeayh...BBQ, EAT & Swimming! Seronok wooo...tak hengat punya makan. Tak hengat punya seronok laa...anyway we enjoy ourself. Okay biar gambar menceritakan segalanya...lebih best dan bias buat orang terliur! Yummey....
 
Jom kita ke Warisan Rimba Kemensah...
 

Antara makanan yang bakal di makan bersama kawan-kawan sekalian. Ayam bakar a.k.a ayam percik bersama kuah percik juga....

 
Tempat yang indah untuk tatapan semua...
 

Before buat xtvt mandi manda, apa kata kita sarapan dulu. Nasi Lemak, Sambal Telur & Ikan Masin...perghhh nikmat giler masa ni.


Antara bekalan makanan yang di bawa

Aktiviti membakar ayam. Ada 2 pembakar ayam lepas tu hilang pegi mandi manda. Nasib baik ayam tak rentung. Hahaha....


Ayam Bakar & Sosej Bakar
Menikmati makan tengahari
Lepas makan jom menikmati keindahan alam semula jadi di sini. Seronok wo....tempat ini sangat cantik kerana dijaga dengan bersihnya. Aku sempat laa berborak dgn owner tempat ni. Seorang pakcik yang agak peramah. Dia cakap kat situ ada 23 chalet. Siap dengan dewan pelbagai yang boleh memuatkan 200 org. Boleh buat family day kat situ. Perghhh....seronok gak dengar.
 


 
Yang bestnye kat sini ada kolam buatan gak. Kolam yang dibuat oleh owner nie. Ada dua kolam katanya. Air dalam kolam ini telah ditapis bersih. So, bila kita lihat air dia warna hijau. Woowww!! Cantik gak...best gak! Memang enjoy sangat kat sini. Bleh main bola tampar air gitu....kelas!!


Kira bleh mandi air sungai atau air kolam yang ditadah. Air sungai sangat best la, sejuk plak, Tapi syok laa mandi air sungai. Air kolam lak suam2 gitu....perghhh memang nikmat sangat mandi!! Next time memang nak pegi sini lagi untuk rehat waktu weekend! Bleh la merehatkan minda dan hilangkan stress!!
 
Enjoy!! 

Saturday, March 30, 2013

Writing Travel Itinerary again...



Assalamualaikum...
 
Sedang dalam pembinaan my personal Travel Itinerary. Kenapa? Sebab nak travel lagi. Tengah buat dua. Nak ke manalah aku kali ini? Rahsia yek...nanti aku update!
 
Terbang lagi kita...
Banyak benda nak buat bila kita travel kan. Persediaan plak banyak jugak nak buat. Dari segi kewangan, penginapan, transportation, food dan sebagainya. Bajet paling penting. Kalau ada bajet baru bleh jalan semua tempat kan. Baru seronok nak beli barang2 untuk dibuat kenangan.
 
Aku ni belum lagi menjadi traveler tegar macam orang lain. Baru nak mencuba-cuba. Sebelum nie travel around Malaysia aje kan. Sekarang baru nak mengorak langkah untuk fly international plak. Bukan saja ikut-ikut orang, tapi nak jugak menimba pengalaman di negeri orang kan!
 
So, sekarang apa nak buat? Nak kumpul duit banyak-banyak. Nak penuhi impian. Untuk berjalan lebih jauh lagi, insya'Allah!! 

 

Friday, March 29, 2013

It's back!!

Assalamualaikum....

Hati baru aje berbunga-bunga! Tapi tadi terkujat jap sebentar tadi...sebab bila tengok aje iklan tu. Memang sentap kejap. Alaaaaaa... Tu laaa yang aku cakap. And bila bgtau Mr Hubby, dia pun terperanjat...Rasa frust sangat. Why?



Kenapalah aku terkejut sangat ni? Mana taknya... baru aje aku beli. Dah plak dia buat promo baru lagi. Alahaiii....


Alaaaa...aku baru je beli 4 hari lepas. Baru dia buat promo. Sakitnyeeeee hati. Anyway, bahagia aje la. Tak de rezeki namanya tu. Tak pe la. May be next time. Lagipun tengah kumpul duit untuk travel lagi satu. Nevermind. Redho aje laaa kan!
 

Thursday, March 28, 2013

Tenangkan Jiwa ku

Salam semua,


Kalau kita share something dengan kawan-kawan rapat...orang kata, jiwa akan tenang. Betul ke? Ada gak betulnya. Tapi carilah sahabat yang benar2 boleh mendengar cerita kita. Bukan orang yang 'Bakal Menyebarkan Cerita" kita tu...
 
Memang respect dengan orang yang sentiasa tenang. Memang mereka ni berjawa mengawal jiwa mereka. Betul kan?

Tuesday, March 26, 2013

Monday, March 25, 2013

Aku Ingin Terbang....

Assalamualaikum,

Lega rasanya minggu nie. Akhirnya dapat gak apa yang diimpikan selama berbulan-bulan ini. Hasrat Mr Hubby nak jalan-jalan tahun ini bersama akhirnya tercapai. Tahun lepas dah laa kena tinggal. Awal tahun 2013 pun kena tinggal gak. Sian plak kan! So, this year kena luangkan masa gak untuk pergi vacation bersama.



Kaki dah gian nak pegi travel lagi. Heheh padahal baru 2 bulan lepas aku ke Ho Chi Minh. Alahai...kalau dah kaki travel memang tak boleh duduk diam. Bila diam tu rasa tak keruan aje kan.
 
 
Apa pun yang penting dah confirm kali ini nak terbang lagi. Yeay \^_^/ ...heppi sesangat laa kan. Ke mana? Nantikan yek!!

Sunday, March 24, 2013

Monday Blues!

Assalamualaikum ....


Ahad oh Ahad....esok dah Isnin. Cepatnye masa berlalu kan. Tak lama lagi nak APRIL. Bulan kesukaan ku sepanjang zaman. Hehehe ...
Nantikan....


Saturday, March 23, 2013

It's all about FOOD!

Assalamualaikum....

Sabtu dah. Kejap aje kan. Pejam celik-pejam celik. Dah nak berakhir dah bulan Mac ni kan. Cepat masa berlalu, sampai tak terasa sangat dah di tahun 2013 nie. Ntah la...mungkin sebab aku tak fikirkan sangat pasal tahun 2013 nie.
 
Bulan ni, bulan fikirkan makanan. Dah terjebak dah! Fuhhh..abis la. Niat nak berdiet ada, tapi akhirnya tiada. Haha...macam mana tu eh? Since yesterday is our payday, so semalam sempat laa merayau di KLCC. Beli barang yg ntah hape2...tapi ada gak barang perlu kan.
 
Jadual mingguan untuk menjelajah kawasan foodcourt. Hehe tengah dalam prosess pemilihan lagi. Nak menjelajah tempat makan baru lak. Asyik tempat yang sama aje kan. Boring gak makan benda yang sama aje. Untuk tapaw makanan dari rumah plak, HILANG MOOD sejak dua menjak ni. Reason? Nanti aku story di entry akan datang.
 
 
Lunch semalam dah menerjah ke RASA Foodcourt KLCC. Kat mana? Level 4, KLCC tu. Banyak gak pilihan. Tapi tadi nak rasa makan makanan berasap. Hehe, sapa penah pegi makan tau laa rupanya bagaimana dan rasanya bagaimana. So far bagi aku menepati citarasa ku ini. Tekak masih boleh terima. Jadi tadi aku order makanan kat Pepper Lunch Express. Banyak pilihan. Tapi kali ini aku order yang beef lak, before ni aku dah order yang chicken. Sedap Pas ni nak order yang Salmon plak.
 
Tapi lately aku memang suka western food lak. Bukan maksud sebelum nie tak suka. Aku ni memang RATU western food gak. Tapi aku macam kurang makan nasi sekarang nie. Kurang selera nak menjamah nasi. Aku prefer makan Sandwich biarkan pun waktu lunch. Ntah laa....dah tua agaknya. Selera makan pun kurang kut!
 
So, apa korang masak untuk weekend lunch ni? Jom makan bersama keluarga.

Friday, March 22, 2013

STRESS ke?

Assalamualaikum...
 
Lately issue STRESS aje kan. Ntah laa..sejak dua tiga menjak nie...tapi kalau boleh aku tak mau laa stress memanjang kan. Kerja stress?? Apa kerja yang tak stress dalam dunia nie? Kalau jadi suri rumah pun ada masa stress gak. Stress berbagai jenis ada...tak larat nak disenaraikan nanti. Apapun, cuba tenangkan diri. Tarik nafas dalam2 dan lepas kan...jangan fikir sangat stress. Nanti diri sakit plak kan...
 
Just wanna share this...
Salam JUMAAT!! Selamat berhujung minggu semua....

Wednesday, March 20, 2013

Wordless Wednesday #24

Assalamualaikum...

Sedap tak? Murah lak tu....layan aje laaa..



Monday, March 18, 2013

Monday & Stress!

Salam semua,

ISNIN. Memang ramai org tak suka kan. Kenapalah salahkan ISNIN yek...sian!! Tapi memang today is my stressed day!! Arghhhh ....



Diharapkan hari esok lebih baik dari hari ini...AMIN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...