Showing posts with label Port Dickson. Show all posts
Showing posts with label Port Dickson. Show all posts

Sunday, August 10, 2014

Short Trip : Grand Lexis, Port Dickson

Assalamualaikum,

Salam Aidilfitri. Baru aje berhari raya bersama keluarga. Kali ini luangkan masa lagi bersama keluarga. Kita bercuti plak beramai-ramai kan. Kami kali ini ke Port Dickson. Tujuan untuk bermandi manda bukan di laut, tapi di kolam renang. Heheh....aku memang tak gemar nak mandi laut. Sebab rasa badan melekit-lekit, mungkin sebab tu aku tak gemar sangat nak berkubang di laut. Walhal, rumah aku kat Teluk Batik nuuun....tapi tak jejak pun langsung. Hahah pelik tapi benar yek!


So, preparation ke PD ni aku bawak bekal. Masak spaghetti, ayam drummet goreng, buah-buah pencuci mulut dan sebagainya. Semua pakat bawak makanan penuhkan perut di waktu bercuti. 

Sampai di PD agak awal kira-kira jam 10am. Sebabnya kami ikut jalan belakang, so tak laa lalu jem2 di highway Plus tu. Selamat sket bajet kan. Dah sampai awal, kami pun pekena laa Cendol Bakar dulu. Tapi kami order benda lain, Coconut Shake plak. Hahaha....apa2 aje laa kan...


Puas2 makan dulu, pas tu melepak kat Teluk Kemang. Tempat faveret untuk bershopping. Hehehe  macam biasa laaa kami berdua ni suka beli t-shirt. Koleksi laa katakan.





Lepas dah puas hati membeli segala jajan dan barang yang kami suka di Teluk Kemang, Kami tiba di hotel untuk check-in. Dapat bilik kat tingkat 8. Orait la. Lepas masuk aje bilik, isi perut dulu sebab dah lapo kan. Lepas makan kenyang-kenyang, time untuk berkubang di kolam renang persendirian tu. Best. Acara tahunan ke sini.



Heheh....nak berkubang sakan! Memang mandi sepuas-puasnya sampai malam..sampai ke esok pagi. Kalau larat laa... Lagipun bukan pergi berdua kali ini, jadi lebih meriah laaa sket kan...seronok sangat! 

Kita enjoy!!

Sunday, December 16, 2012

Holiday : Port Dickson - Part 2

Salam,

Day 2. After breakfast kat dewan besar tu, kami sambung lagi mandi manda. Tapi tak lama la. Kejap aje sebab jam 12pm dah nak check-out kan. Malas nak dok lama-lama kat sini. Lagipun jalan kat PD ni jem sokmo. Kalah dah jem KL. Letih mak!!
 
So, after check-out, kami terus ke town PD untuk mencari juadah tengahari. Aku penah sampai ke restoran ni dulu. Memang sedap. Sebenarnya nak makan Daging Salai Masak Lemak. Perghhh memang terangkat la! Sib baik ada lagi. Lauk kedai ni memang cepat abis laa..simple aje lauk pauk sini tapi semua sedap. Lokasi dekat ngan Masjid Jamek yang atas bukit tu. Memang bleh nampak ada restoran kat bawah tu. Tapi parking memang penuh. Kedai pun penuh orang aje.
 
 
Perut kenyang. Terus balik. Ikut jalan lama. Aku tak expert sangat. So, drive ikut belakang kereta Pak Long aje la. Pas tu plak pegi makan durian. Perghhh....memang nikmat sesangat.
 

Settle dah!! Cer kira baper biji durian sebenarnya kami makan? Hahaa...sebenarnya tak kira pun...bantai aje janji masuk mulut dah la kan! Kami memang kenyang! Tersadai gak laaa...tapi nak buat macam mana. Kena drive balik lak kan. So, tunggu sampai rumah dulu baru boleh tersadai la.

 
Selesai makan durian, terus gerak balik KL la. Malas nak tunggu lama-lama dah. Letih la. Nasib baik laa jalan lama nie tak jem. Lega la. Kalau tak mau sakit kaki aku. Dalam sejam pas tu kami tiba kat umah. Lega. Cuti yang pendek tapi puas hati. Hehehe...Enjoy my weekend!

Saturday, December 15, 2012

Holiday : Port Dickson - Part 1

Salam,

Seronok bila dapat cuti pendek bersama keluarga. Walaupun sekejap ia amat bermakna sangat! So, ke mana kita weekend ni? Kita akan ke PD. Pantai yang disukai ramai. Pantang cuti, sinilah orang akan bersantai. 
 


Kali ni aku nak ke Glory Beach Resort. First time ke mari. Dulu aku pergi hotel sebelah. Kiranya pertengahan tabhn lepas aku ke sini. Ingat nak pegi Grand Lexis lagi macam tahun lepas, tapi sebab cuti sekolah kan. Hotel sudah penuh. Kami ke PD with Hubby, Long, Pak Long, Mira & Aleeya. Okay laa, at least meriah sket kali ni sebab pergi beramai-ramai. 

Tahun lepas aku datang PD, aku lepak hotel sebelah. Legend International. Sekarang dah jadi Grand Lexis PD. Situ memang best giler la. Sebab satu bilik satu kolam renang. Perghhh memang mewah sesangat. Bleh laa tgk entry aku kat SINI. Tapi situ memang best sangat. Nanti nak kena pegi lagi sekali untuk rehatkan diri.
 
 
View balkoni hotel amatlah strategik sangat. Ngadap laut & kolam renang. Best view ever! Hehe...best untuk melepak dihadapan balkoni. Sini agak padat dengan manusia. Tak penah aku tengok hotel sepadat ni. Memang rasa rimas pun ada gak. Nak naik lift pun kena beratur lama. Sebab lift tak der banyak, kena tunggu giliran laa kan. 
 
Nie masa kolam belum ramai. Dah ramai memang sesak. Macam berudu pun ade. Pas tu ada plak yang sakai pi main bola keras dalam kolam ni. Abis kena kepala aku. Sakit plak tu! Bangang sungguh. Rasa serik dah nak mai sini. Bukan sebab hotel tak best, tapi sebab orang-orang disekeliling yang tak peka pada org lain. So, far makan kat sini sedap gak. Memandangkan ramai breakfast kena makan kat dewan secara berjemaah...ehehe...dah ramai nak buat cam ner kan!
 

Nasib baik laa duduk sini hanya untuk 2 hari 1 malam saja. Kalau dok lama sangat mau pening kepala aku la. Sesak dengan manusia sangat kat sini. Huhuh...dah laa nak ke PD ni ikut highway jem gile. Buang masa aje kat highway dekat 3 jam. Lenguh kaki wey. Nyesal tak ikut jalan lama. Hehe..next time tau dah nak ikut mana la...

Tuesday, August 02, 2011

:: Rasa Nak Bercuti Lagi... ::

Assalamualaikum,

Tiba-tiba teringat percutian yang lepas. Rasa nak sambung cuti lagi. Huhuhu...Memang best 4 minggu lepas...bercuti di PD...Release tension! Syok tul. Masih teringat-ingat2 sampai sekarang ni...

Legend International Water Home...Akhirnya sampai gak aku tempat tu...memang percutian paling best laa aku penah pegi so far. Memang tak mengecewakan tempat tu...kalau bagi duduk 3 hari 2 malam pun sure aku tak keluar dr bilik laa...sebab sibuk berenang dalam kolam hehehe...maklum laaa ada private pool sendiri kan...privacy sket kan...


:: Luar hotel + Private Pool di bilik ::

Hanya dapat duduk untuk 1 malam sahaja. Tapi tu pun dah rasa macam best semacam. Kalau duduk 3-4 hari lagi rasa best. Heheh ...tapi tak mampu laa nak duduk lama-lama kan. Semalam pun dah rasa mahal sangat...May be next time laa kot....nak duduk 3 hari 2 malam lak...so puas sket berenang kat kolam tu hehehe...anyway memang best hotel tu...

:: Lobi Hotel + Hotel Atas Air ::

Tak sabar nak tunggu next holiday ni. Next holiday? Hmmm wait eh....in October nie. Dah beli tiket + hotel dah booking pun...di mana? Nantikan yek....Okay...Chow....

Wassaalam...

Monday, July 04, 2011

Port Dickson - Part II

Assalamualaikum wrth wbkth....

Next hotel is Thistle, PD. Kenapa sampai 2 hotel? Hmmm, saja amek angin + lepas geram + lepas tension la ... Sini kolam renangnya teramat la besar. Tapi apapun bagi aku yang terbaik adalah di LIWH aje. Sebab private pool. Bleh buat apa kita suka dalam bilik nye pool kan. Kat sini pool memang best, tapi aku kan "comey" sesangat...jadi aku rasa pool nie tak sesuai untuk aku. Huuwaaaa...nak mandi pool!!


Pintu Masuk ke THISTLE PD

Hadapan Hotel Thistle
Hubby ku plak sker laa...pool nie besar dan sesuai untuk dia. Untuk aku TIDAK! Arghhhhh, rasa kecewa lak bila ke mari. Bila malam rindu kat LIWH. Heheh macam pungguk rindukan bulan dah.

 

 

Apapun aku memang happy sebab dapat habiskan masa bersama encik Hubby. Maklum laa kami sama-sama sibuk. Jadi time nie kami guna sehabis baik laa untuk berehat dari hiruk pikuk kota metropolitan yang kami diami. Bila lagi nak cuti panjang? Raya ajer laa kut...okay..chow chin chow...

Wassalam...

Port Dickson - Part I

Assalamualaikum wrth wbkth....

Percutian kali ini memang aku nantikan. Selalu sibuk dengar orang bercerita ajer kat sini. Kali ini aku sendiri pegi sini dan menginap dis ini. Memang seronok. Kat mana? Legend International Water Homes PD. Memang percutian yang aku rasakan paling best aku penah pegi.
 
The Legend International Water Homes
Kami tiba di PD sekitar jam 1.00 tengahari. Waktu makan. Memang nak makan sangat. Lapo. Tapi aku dah pek kan bekal dari rumah tadi. Nasi + lauk pauk skali tau. Perghh macam tak percaya jer aku berpiknik dalam bilik. Menu : Kari Kentang + Ikan Cencaru Bakar + Sambal Sotong + Kailan Sos Tiram + Salad + Serunding Daging....Yummy!!
 
Bekal yang di bawa dari rumah





Siap di hidang
Bila sampai kat bilik benda pertama yang di cari adalah kolam renang. Hehehe...Maklum laa bilik tu ada private pool. Kami menginap di tingkat 7. SkyPool Villa. Tapi perlu makan dulu baru laa bleh bermandi manda kan. Baru syok. Dah kenyang bleh laa berkubang dalam kolam!
 

 
Gajet yang dibawa*Free WiFi
Malam lak makanan di taja. Eh? Taja ke? Hehe tak de laa...dapat sekali kupon makan untuk dinner + breakfast untuk 2 orang di LIWH. Buffet dinner malam tu agak sedap gak la. Banyak gak kami makan untuk malam tu. Dah nama pun buffet kan. Bantai la makan sampai kenyang.

 

 
 
Lepas makan jalan-jalan waktu malam di sekitar hotel. Surprise gak la..sebab masih ramai lagi orang bersosial di sekitar hotel. Ada yang kayuh basikal laa dan macam-macam aktiviti dorang buat. Best gak. Kita orang lak sempat berjalan ke bangunan sebelah. Legend Water Chalet yang terletak di sebelah aje. Tak jauh pun. Saja laa jalan. Tapi memang deko dalaman untuk ruang legar amat berbeza sangat.
 
Sarapan pagi tidak sesedap waktu dinner semalam. Kebanyakan lauk agak masin. Aduhh...Chef hilang deria rasa ke apa? Masin sungguh. Ada 2-3 lauk yang teramat masin. Ada yang plak yang tawar semacam. Ntah la...pagi tu sarapan dengan kecewa dengan rasa makanan ler. Hilang selera makan terus.

 

Lepas makan sarapan pagi, kami pun berjalan-jalan di sekitar hotel. Semalam tak jalan jauh sangat sebab gelap. Siang baru dapat jalan. Baru nampak ke mana hala tuju nak pegi kan.
 
 

Cantik pemandangan di sekitar hotel yang atas air. Memang menarik la pemandangan di sini. Next time nak sewa bilik yang atas air plak. Saja laa nak amek mood laut. Tapi rasa macam seramsss lak...tak tau kenapa ek...
 
 

Berdua aje!
Around jam 12pm...kami check-out. Next hotel. Ke mana? Hmmmm...tunggu ek....nanti update kemudian laa ek....sabaqqq ek...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...