Monday, June 25, 2012

:: Kuching 2012 : Part 3 ::

Assalamualaikum wrth wbkth,

Day 3 in Kuching, Sarawak. Hari nie kami nak jalan-jalan sekitar Kuching sahaja after 1 day jalan di tempat yang jauh kan. Seronok tapi penat. So, tempat pertama cadalah Muzium Kucing yang terletak di bangunan DBKU di atas bukit. Tinggi dan cantik pemandangan dari atas bangunan DBKU nie.


Muzium Kucing mempamerkan pelbagai koleksi kucing dari serata Malaysia & dunia. Pelbagai koleksi dari orang ramai diletakkan di sini. Kami round sini lebih kurang sejam. Barangan di sini menarik cuma yang kurang menariknya adalah barang tidak berapa di jaga dengan bersih. Agak berhabuk muzium ni. So, perkara pertama bila aku masuk sini adalah bersin...adoii...tak sukanya.


Dah habis ronda Muzium Kucing, kami ke Kampung Gersik di area Petra Jaya. Situ agak banyak juga tempat membuat Kek Lapis dan Ikan Terubok Masin. Kalau dahulu saya ke Kilang Kek Lapis Dayang Salha yang terletak di situ juga, kali ini saya ke Kedai Kek Lapis Mira (Kek Lapis Basah). Semua kek lapis yang dihidangkan di rasa. Memang sedap-sedap belaka.

Pelbagai jenis Kek Lapis

Mira Cake House...Kek Lapis dah dibungkus
Selepas membeli Kek Lapis Sarawak, kami singgah pula ke hadapan kedai kek tadi, ada menjual Ikan Terubok Masin. Aku tak makan ikan nie, tapi ada orang kirim so beli la kan. Sedap kut, aku cuma pernah makan Ikan Terubok fresh dulu sekali, masak 3 rasa lagi. Perghhh memang sedap tapi sangatlah bertulang...bahaya sikit la kalau tak reti makan kan.

Ikan Terubok sedang dibungkus. Dapat beli RM10 - 2 ekor
Setelah memilih, membeli dan dibungkus Ikan Terubok Masin tu, tetiba rasa lapar plak kan. Jadi terus ke area Jalan Padungan untuk menjamu selera makan tengahari di Planet Sambal, Jalan Padungan. Dekorasi restoran ini amat cantik. Menu pula ada lauk-pauk makan tengahari dan juga menu lain seperti makanan Sarawak. 


Selepas selesai makan tengahari, kami meneruskan perjalanan untuk ke Kilang Pasu yang terletak di kawasan Batu 4, Batu Kawa. Pusing-pusing gak masa tu mencari, tapi akhirnya berjumpa juga dengan kilang tersebut. Di situ kita boleh melihat pembuatan pasu dan juga membeli Pasu Sarawak.



Setelah memusing dalam kedai pasu ni, beberapa pasu telah menjadi pilihan hati juga laa..so, terjebak dengan membeli 2 pasu lampu & 2 pasu bekas bertutup. Adoii..sungguh tak tahan godaan di situ. So, instead of memikul balik pasu-pasu tu, aku telah memPOSkan pasu-pasu tu terus ke KL. Wow...harga pos lagi mahal la. Harga pasu memang best siap ada diskaun lagi kan. Pasu sampai dulu dari tuannya. Heheh...tapi memang berbaloi. So, lenkali jgn laa sibuk pikul pasu kan, boleh pos terus ke rumah, jadi tak payah la beli luggage besar untuk flight kan.


Kuching 2012 The Series:-


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...