Friday, March 30, 2012

:: Kereta...Pilihan yang mana? ::

Salam semua,

2012. Cepat masa berlalu. Kejap ajer kan. Pejam celik pejam celik dah nak masuk April dah tak lama lagi. Apa lagi yang belum aku capai sepanjang hidup? Ntah la...aku sendiri pun tak tau apa lagi. Mungkin disebabkan aku suka yang sederhana dan simple, jadi aku berapa impikan yang terlalu indah dari biasa.

Me & Mr Hubby, sedang berkira-kira. Mana satu pilihan hati. Apa yang pilihan hati? Sebenarnya telah memilih kereta untuk yang akan datang. Kereta apa? Masih dalam pemilihan ler...lom ditentukan lagi. So, far aku amat selesa dengan kereta kecil ku yang comel yang membawa aku & Mr Hubby ke mana-mana saja dalam Malaysia nie. Kecil-kecil cili padi. Tapi mungkin sudah tiba masanya untuk bertukar (ala-ala Gaban lak nak bertukar-tukar nie)....

Pilihan? Hmmm aku mahu kereta MANUAL. Itu adalah kemestian. Why? Sebab lebih mudah menjaganya. Maintenance lebih murah. Dan aku tak suka kereta AUTO. Bagi aku ia adalah kereta orang MaLaS + Cuai aje, sebab bila auto aje, mula laa org nak gayut kat fon sana sini, sambil lewa bawa kereta. Tolak ke D aje...terus pecut, tanpa fikir orang lain. Hmmm memang aku tak suka.

Nie jari sapa eh?

Kereta Manual di zaman millenium nie...amat terhad laa pilihannya. Tak banyak dah syarikat jualan kenderaan menawarkan kereta manual. Kenapa? Sebab kononnya rakyat Malaysia nie suka sangat kereta AUTO. Pasaran Auto lebih baik dari Manual. Hmmm...memang betul pun. Tu gak laa puncanya Manual semakin pupus. Sedih. Ramai yang tak boleh bawak stick shift dah. Aku bukan laa tak boleh bawak pun Auto...kalau boleh bawak Manual dah tentu Auto tu pejam mate aje kan!

So, apa option anda dalam pemilihan kereta? Manual atau Auto?

Thursday, March 29, 2012

:: Rindu Pada ... ::

Salam semua,

Dah berminggu tak berblogging. BZ tahap Gaban dah nie. Hehe...ntah laa sejak akhir-akhir nie BZ kalahkan menteri dah. Pening pale dah bile fikir pasal kerja. Sengal jiwa ajer...So, last weekend aku cuba habiskan cuti aku selama 3 hari di luar dari KL.

Balik ke rumah Bonda di Lumut. Rindu. Ziarah Bonda yang lama tak diziarahi. Sambil tu hantar "baby" kesayangan balik ke sana. Sukanya Bonda padanya. Abis laa aku nanti akan menangung kerinduan padanya. Hmmmm...nak buat cam ner kan. Terpaksa.


Dia nie memang Tokei Selipar Gombak Jepun agaknya. Suka sangat peluk selipar. Kat umah aku pun dia peluk-peluk macam bantal. Hehehe suka tengok aksi dia yang comel tu. Ingatkan di rumah aku aje...rupanya di rumah Bonda pun sama gak. So, memang peminat selipar ler tew...hehe..biar laa asalkan ko bahagia ehh Koko Chang...Ye...nama dia KOKO CHANG...ala2 Korea sket. Sebab Mamanyer nie K-Pop ler sangat!

Sebelum balik KL..tengok muka dia dah sayu aje. Macam nak nangis aje ...sedih. Bonda cakap lepas kami balik tu dia dok Meow Meow depan pintu bilik. Carik kami. Alahai sedihnye. Sian dia...Harap dia OK...lagipun Bonda memang sayanag padanya. Kami tahu itu.

Sempat pose ngan Koko Chang before berangkat...tapi muka dia masa tu macam nak merajuk + menangis dah ... OK, jaga diri baik2 yek sayang...muahhhhh....cayank selalu...


Monday, March 19, 2012

:: Cuti-Cuti Malaysia ::

Salam,

Lama rasanya tak berblogging. Sibuk bertimpa-timpa. Nak berehat-rehat di wiken hari pun rasa macam tak sempat aje. Letih yang tak hengat! Ntah la. Encik Hubby pun begitu jua, sibuk tak hengat. Wiken pun kena keje. Sian dia...

Bila la mau cuti eh? MATTA FAIR baru je berakhir. Tapi tak pegi pun. Tak sempat pegi pun sebab Encik Hubby terlalu sibuk di wiken hari. Tak per la, lagipun dah beli dah gak tiket percutian. Tiket percutian with Encik Hubby untuk tahun ini belum ditentukan lagi ke mana. Sebab hari tu sempat beli tiket masa promo untuk ke Kuching. Pergi with office mate. Tukar angin lak, pergi dengan kengkawan ofis. Sekali sekala kan.


 

Mungkin hujung bulan nie nak beli tiket untuk satu percutian panjang nanti. Ke mana eh? Rahsia dulu laa kut. Tau-tau aje gambo dah naik kan hehehe...tu laa best. Baru sonok nak mengulit gambo yang bertimbun-timbun tu...

Masih dok riki-riki tempat yang aku rasa nak pegi. Heheh tunggu ajer laa eh...tapi kena bincang dulu ngan Encik Hubby. Kena bersidang dulu laaa kan...

Okay laaa nak berehat-rehat dulu....penat sangat untuk hari ni...chow...Wassalam...

Wednesday, March 07, 2012

Monday, March 05, 2012

:: Outing ~ MotoXpo 2012 @ PWTC ::

Salam,


Baru laa ada masa nak update. Baru dapat pegang laptop sepenuhnya. Kalau tak orang lain aje yang pegang. Tak pe la kan. Janji aku dapat tengok TV tanpa gangguan la. Hehehe :) Sebenarnya nak story pasal kisah 2 minggu lepas..25 Feb 2012. Me & hubby pergi outing yang dah lama kami tak buat sebenarnya.
http://www.motoxpo.com.my/
Nak tau kami ke mana? Kami ke MotoXpo 2012 di PWTC. Saja laa pergi sana kan. Sebenarnya Hubby tak tau pun pasal benda nie. Aku terbaca secara tak sengaja di internet masa tengah Google benda lain. So, bila aku habaq aje kat dia...terus laju aje dia setuju nak pergi. Walhal, pada mulanya dia hanya nak melepak di rumah saja. Hmmm...cepat tul berubah eh? Sebab? Nanti aku story eh...





Anyway, biasa aje pameran yang julung kalinya di adakan ini. Penglibatan pelbagai syarikat permotoran pun tak banyak. Average aje la pameran kali ini. Agak kecewa laa sikit sebab bayaran masuk agak mahal iaitu RM8. Tak banyak plak tu booth motor. Yang banyak mempamerkan motor adalah Kawasaki. Honda, Yamaha, Suzuki dan lain-lain ada gak...cuma tak menarik sangat la. Cuma...ia macam dah jadi pesta awek litar. Perghhh...seksi & seksa mata memandang laa kan...pesta BETIS la..huhu beristigfar banyak-banyak dah masa ni..huhu



Encik Hubby tersangat la SUKA. Sebab dia dapat berjumpa dengan Wazi di booth Suzuki. Sebab Encik Wazi nie dah jadi spokeperson Suzuki. Legend motor tu. Aku tak bape kenal, tapi dia memang kenal la. Apapun aku sekadar tukang tangkap gambar aje. Hehehe :) Suka laa sebab dia happy dapat buat benda yang dia suka.

Hubby with Encik Wazi
Lepas dah ronda-ronda lak...sambil tengok-tengok pamplet tu, ada sorang lagi duta motor yang hadir. Duta antarabangsa la kiranya. Duta KTM, Rok Bagoros. Perghhh hubby siap tangkap gambo laa ngan dia. Siap dapat sign dia lagi. Hehe..suka eh? Bagus laa sayang ku...

Hubby With Rok Bagoros
Setelah habis meronda semua booth. Haus tak hengat! Memang letih. Mungkin sebab cuaca pun sejak beberapa minggu nie memang hangat. Terlupa plak membawa bekalan air masak. Aduuiii memang letih. Macam nak tercabut lutut. Tapi pas tu terus ke MekDi di The Mall tu, tapi beli Sprite aje la. Sebab nak duduk dan minun aje. Makan? Tak mau la...hilang selera kat MekDi dah sekarang nie...

Pas dah duduk-duduk dan hilangkan penat lelah, kami mengambil keputusan untuk meronda Pasar Malam di Jalan Masjid India. Lama tul aku tak meronda macam nie. Dulu masa zaman anak dara memang kaki meronda Masjid India nie. Kira tempat mencari segala jenis barang la, dari baju, kasut, tudung dan pelbagai. Masa nak kahwin pun carik barang kat sini. Lepas beli kek coklat, pulut kuning dan otak-otak kami terus beredar menaiki tren. Tak larat nak jalan dah. Nak duduk aje saat nie...huhu...

Okay...nie je outing untuk minggu nie...ntah biler lagi bleh outing eh...Tak sabar hujung bulan nie nak balik Lumut. Rindunye kat kucing-kucing di sana...huhu okay...nanti story lain eh...chowww...Wassalam...

Thursday, March 01, 2012

:: March Already ::

Salam,




Errrr...It's March already? So, fast laa...Ayoooo...pantasnye masa berlalu tanpa di sedari.


Rasanya macam banyak lagi yang ketinggalan nie...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...