Showing posts with label Sandakan. Show all posts
Showing posts with label Sandakan. Show all posts

Tuesday, April 29, 2014

Sirih Pulang ke Gagang ~ Sandakan (Part 2)

Salam,

Kembara ke sini 7 hari. Masa banyak di habiskan di rumah. Menguruskan nenek yang kurang sihat. At least berbakti sewaktu dia masih ada.

Kalau balik ke Sandakan, tak ke pasar besar Sandakan memang tak sah. Sinilah hub untuk membeli barang-barang basah dari segi makanan laut, sayur-sayuran dan buah-buahan. Macam-macam sebenarnya ada di sini.


Ni yang sempat di beli. Ketam. Hehehe favourie aku bila balik ke kampung. Memang kalau bagi seperiuk memang aku makan sendiri ajer. Heheh...kolestrol naik laa macam ni kalau balik kampung selalu kan.


Sebelah petang time santai-santai. Dapat laa buah mangga plak kan. Memang best. Lepak sungguh melayan angin sepoi-sepoi bahasa tu.


Kebetulan pakcik dari KK sampai ke Sandakan beberapa hari lepas kami tiba di Sandakan. Jadi berkesempatan laa melawat tempat-tempat yang tak pernah aku jejak sebelum ni. Antaranya look-out-point di atas bukit. Boleh tengok Bandar Sandakan dari atas. Best. Cuma agak sunyi sket jalan nak naik ke atas.


Berdekatan dengan look-out-point ni terletak di English Tea House & Restaurant. Kat sini boleh laa minum teh ala-ala orang British. Tak berkesempatan untuk singgah minum di sini. May be next time with all family member. Baru best kalau macam nie kan...kalau minum sendiri tak best.


Since esoknya dah nak balik ke KL. Aku pun berpeluang untuk bershopping bahan-bahan kering untuk dibawa pulang. Contohnya macam ikan kering, udang kering, keropok belinjau dan blend coffee. Kenapa? Sebab barang-barang ni agak murah di sini. 



Balik ke KL. Saat paling sedih. Malas nak fikirkan laa plak kan. Anyway, Airport Sandakan sedang renovation masa aku balik ari tu. Memang seronok laa kan, sebab dah berpuluh tahun dah airport ni tak de perubahan. With modern look, cantik. Cuma masa tu baru 40% siap. So, may be next time boleh laa mendarat di airport baru.

Hingga bertemu lagi...chauuu!!

Monday, April 28, 2014

Sirih Pulang ke Gagang ~ Sandakan (Part 1)

Salam,

Sandakan. Bumi kelahiran Ibu. Balik kali ini bermisi. Misi melawat nenek yang kurang sihat. Alhamdulillah masih berkesempatan lagi melawatnya disaat hayat masih ada. Panjangkanlah usianya, amin!!


Seawal pagi dah terpacak di KLIA. Naik MAS kali ini. Dah lama tak naik. Permintaan ibu kali ni. Jadi layankan sajalah kan...Flight ke sana jam 10.30am, jadi jam 7.30am dah terpacak la kat KLIA. Punya laa ramai umat manusia di awal pagi.



Dah selalu sangat naik AirAsia. Kali ni naik MAS la plak kan. Walaupun agak gemuruh masa naik. Hehehe tak tau kenapa la...tapi mungkin sebab macam2 hal plak di tahun 2014 ni kan. Apapun kepercayaan kepada MAS tidak pernah berbelah bagi.

Dah check-in bag, tiba untuk masuk terus ke dalam. So, boleh laa berehat-rehat di dalam. Masuk awal tak de laa kelam kabut kan.


Perut pun dah kenyang masa lepas drop bag, Selesai semua urusan baru boleh rehat sementara tunggu flight kan. Flight pagi tu agak penuh gak. Pelancong pun agak ramai. Yang pasti ramai bawak kamera yang besar2. Kenapa? Mungkin dorang nak melawat Sepilok kut. 



Till then...sambung lagi...Dah tiba masa untuk terbang tinggi di awan biru...

Monday, November 11, 2013

Long time ago...Sepilok, Sandakan

Assalamualaikum....

Saja laaa nak kongsi cerita lama. My visit to Sepilok, Sandakan. Ada apa kat sini? Orang Utan. Apa tujuan? Saja visit laa kan...tapi seronok kat sini. Cuma lebih seronok kalau pergi melawat di waktu pagi, sebab Orang Utan lebih banyak kat tempat makan tu. Kalau blah petang dorang nie tak berapa nak ada. Agaknya dorang pegi tengok wayang kut hahaha...

Lokasi Sepilok ini terletak 25 kilometer dari Bandar Sandakan. Tak jauh pun sejak ada jaringan jalan raya yang baru nie. Jalan pun dah semakin baik berbanding masa aku pergi waktu kecil dulu. Sepilok telah dibuka sejak tahun 1964 untuk menyelamatkan habilitasi Orang Utan yang semakin pupus.




Tengok tu...sedap aje dia gayut-gayut kan. Syok sendiri. Masa nie dah petang, kami sampai petang dan Orang Utan tak banyak. Ada sekor aje. Agaknye dia nie tak kawan yang lain kut. Yang lain semua tak de. Agaknya ada jungle party jadi semua tak de laa...yang ada beruk aje..alahai....letih gak tunggu Orang Utan tu datang..lama gak kami berpanas di bawak pepehon tu....


Laluan untuk ke tempat bagi makan Orang Utan. Best gak. Tapi hati-hati laa, kekadang ada Orang Utan yang turun dan kacau pelancong. Ada yang pernah kena kencing dengan dia dari atas. Menjerit-jerit mat saleh tu...kelakar gak..kami pun tergelak-gelak. Kesian pun ada...tapi memang kelakar la....



Info:

Entry Cost :
Malaysian Adult : RM5.00 Malaysian Child : RM2.00
Non-Malaysian Adult : RM30.00 Non-Malaysian Child : RM15.00 
Tiket boleh di beli di pintu masuk Sepilok.


Camera Cost : RM10.00

Opening Hours : 

Sabtu - Khamis (9.00am - 12.00pm dan 2.00pm - 4.00pm
Jumaat (9.00am - 11.00am dan 2.00pm - 4.00pm)


Orang Utan Feeding Times : 10am & 3pm
Facilities: Souvenir shop, information center showing a video 6 times a day, cafe and toilets.
Getting there: Many organised tours leave from around Sabah at varying prices. Public bus #14 departs from Sandakan taking approximately 45-60 minutes, costing RM5. The Kota Kinabalu to Sandakan bus can also drop you at junction Jalan Sepilok, around 2.5km from the Center. Journey approximately 5 hours from KK.Taxis are usually available outside the centre (RM40 to Sandakan).
** sumber dari Wikipedia

Masa on the way balik ke Bandar Sandakan, kami jumpa buaya ni kat roundabout. Hehehe unik kan!! Kiut pun ada gak. Kenapa ada buaya? Sebab dekat arah tangan dia tunjuk tu adalah ke tempat Taman Buaya plak. Dulu pernah pergi, tapi tak tak bape suka buaya kan, so, skip saja la...hehehe...


Wednesday, May 12, 2010

May...

Salam semua....
Dah lama tak menulis diruangan kesayangan ku...bukan apa...sibuk sana sini....sibuk cuti...sibuk keje...sampai tak de masa nak jenguk sini...kesian blog kesayangan ku...

April dah berlalu....bulan hari lahir....bulan anniversary....bulan cuti-cuti Malaysia...Kerja? Tu la sekarang tgh buat....kena simpan cuti...Untuk percutian seterusnya...



Pagi hari dah berlepas...


Dan tiba ke destinasi...Sandakan...

Buat apa di Sandakan. Visit family Ibu di sini...nenek, atok & pakcik makcik di sini.
Percutian lepas memang seronok...Sekarang tengah merancang satu lagi percutian..Ke mana? Tunggguuuuuuuuu.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...