Thursday, April 28, 2011

Sekinchan Ikan Bakar @ Setiawangsa

Assalamualaikum wrth wbkth....

Ahad lepas sempat laa menjengah tempat makan yang belum pernah di terjah lagi. Sempena hari lahir ku + wedding anniversary....Long call and ajak makan. Kami berempat pun ke Sekinchan Ikan Bakar di Setiawangsa. 1st time pegi sini. Selalu tengok review orang jer kan. Kali ni pegi merasa sendiri la kan. Tak jauh pun dari rumah, sekali vroommmm pun dah sampai hehehe

Menu di sini semuanya bakar sahaja. Dah nama kedai pun kedai ikan bakar kan. Takkan laa plak ada yg menu ada Thai or Chinese lak kan...Setiba di sana kami memilih tempat duduk di bahagian luar. Kononnya tak mau lemas di dalam yang nampak seakan gelap semacam jer kan. Pas tu terus ke bahagian tempat pemilihan makanan. Bangla yang jaga kaunter ikan tu. Fuhhh...Kat situ ada ikan siakap, ikan kerapu, ikan kembung, ikan cencaru, udang, sotong & ketam. Saiznya plak bleh tahan besar la. Tapi kami ambil yang sederhana sahaja. Dan semuanya di bakar. Pas tu ke kaunter ulam-ulaman, sup dan nasi lemak. Kami hanya memilih ulam-ulaman, sambal dan sup. Malangnya setelah makan hampir 30 min sup masih tak tiba. Dah panggil waiter pun masih tak sampai jugak sup tu. Pelik tul. Pekerja tak berapa cekap dan agak termanggu jer. Servis agak slow. Pesan makanan 2x baru datang. Tak panggil tak datang. Makanan sedap, tapi servis hancuss sket. Harap dorang perbaiki servis di masa akan datang...


:: Suasana di Sekinchan Ikan Bakar Setiawangsa ::


:: Ulam-ulam + Sambal & Sotong Bakar ::

:: Udang Bakar & Ikan Siakap Bakar ::


:: Jus Oren + Jus Tembikai + Jus Epal Asam Boi ::

Banyak jugak yang kami order masa tu. Masa makan tu cuaca terang benderang dan sangat panas. Tapi lebih kurang 30 minit makan, hujan mula turun dengan lebat. Dan atap kat situ bocor. Abis pinggan aku basah dek air hujan. Terpaksa mengelak laa plak. Sib baik laaa masa tu dah nak habis makan dah. So, terus makan cepat-cepat laa...tapi jadi tak selesa sebab hujan dok menitik dari atas jer. Lenkali makan situ kena bawak payung la kot.


:: Mangga Segar ::


:: Neslo Ais ::

Dekat 20 minit dok di bawah bumbung yang bocor akhirnya kami berganjak ke meja makan sebelah dalam. Long sempat order lagi buang mangga segar. Sedap dan manis. Dalam hujan-hujan aku bleh plak layan NesLo Ais ....huhuh mau semput dek sejuk..huhu...keseluruhan servis + makanan adalah sederhana. Harga plak...agak mahal gak la...kalau nak tau harga kena la cuba ... hehehe

Okay laaa..nanti review kedai makan lain lak...chowww...

Friday, April 01, 2011

Friday : Orientation Day + Shopping Day

Assalamualaikum wrth wbkth,

Hi! So, happy today. Coz what? Orientation day for GDD. Officially become a group starting on 1 April. Not April fool okay! Ada orientation untuk merapatkan sillaturrahim antara 2 department yang terpisah jauh kerana berada di dalam bangunan yang berlainan. Interesting. Memang best la. Penat but seronok sangat. After the orientation semua pegi Bazaar di Jalan Tengah beramai-ramai. Hehehe :) Next time aku story pasal bazar nie plak ek ++ gambar2 di bazaar... Seronok tau.

Penat sangat dengan macam-macam aktiviti hari ni, hubby decide pegi makan jer kat luar. Since kita orang dah lama tak pegi sini, nak makan Char Koey Teow kat Mali's Corner. Kat mana? Kat Taman Bunga Raya, Setapak. Famous tempat nie. Ada Nasi Lemak Ayam Goreng & Char Koey Teow ... Air plak ada macam-macam. But paling aku suke adalah Nescafe. Hubby plak suka Horlicks. Sedap!

:: Mali's Corner @ Tmn Bunga Raya, Setapak ::

Biasanya kami suka order 2...Nasi Lemak Ayam Goreng & Char Koey Teow....tapi hari nie mood nak makan satu jer...hehe misi diet kan dah terbantut. Jadi kena usahakan laa kan... hehehe

:: Char Koey Teow + Nescafe Ice ::

Memang heaven rasanya makan 2 benda nie kat sini. Nasi lemak pun sedap, Char Koey Teow pun sodap. Kat sini ramai student TAR College makan. Sebab berdekatan dengan campus and rumah sewa mereka. Memang ramai. Mostly chinese. And dorang kalau makan jer kat situ, penuh. Que untuk beli makanan tok sah cakap laa...sampai ke jalan raya besar terus. Memang berbaloi beratur panjang la. At one time, pernah datang masa tu hujan, but still orang que dengan payung sebab nak dapatkan Char Koey Teow & Nasi Lemak Ayam Goreng dia....memang sedap. Sapa belum cuba bleh la cuba kan.

Okay laa...enuff citer pasal makanan...nanti lapo balik lak....okay guys good nite...happy weekend to all...bye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...