Saturday, October 01, 2011

Makan dan Makan Lagi ...

Assalamualaikum...

Hmmmm....semalam lunch tak tau apa nak makan. Terfikir dalam otak nie asyik Waffle aje. Hmmm...teringat waffle yang Ibu makan ari tu masa kita orang lepak KLCC...so, tadi pegi laa makan ngan officemate kat KLCC...Menjengah Level 2, Signature, dok ushar gak la waffle with ice cream tu...tapi nampak benda lain lak....so, terembat laaa spaghetti nie. Memang sedap.

Spaghetti Meatball Napoleon
Sebelah petang lak encik Hubby ajak makan kat Kampung Baru. Makanan Minang plak...al-maklum laa dia berdarah Minang. Hehehe..sib baik laa aku nie tak cerewet jadi semua benda aku makan. Lagipun memang sedap makan kat sini. Kami makan di Restoran Sri Garuda Emas, Jln Raja Alang, Kampung Baru. Menu pilihan malam nie ... Nasi Putih + Daging Dendeng + Terung Berlado + Daging Salai + Keropok Belinjo + Jus Alpokat + Jus Mangga ...yang pasti semuanya sedap sangat. Hari tu pun ada try Pucuk Ubi Masak Lemak. Memang sedap sangat.

Daging Salai + Daging Dendeng + Terung Berlado
Dah kenyang. Balik la kan. Esok weekend bermula. Ada urusan yang perlu di settlekan weekend nie. Hmmmm, semuanya akan berjalan seperti yang dirancangkan. So, esok sebelum semua urusan dibuat, nak kena masak dahulu makanan untuk lunch. Karang lapooo laa plak kan. Perut harus diisi jugak. Nak masak apa? Dalam otak nie dah fikir nak masak Sambal Tumis Ikan Bilis Petai + Ikan Goreng + Sayur Chap Chai...Lauk simple untuk weekend. Mungkin nak tambah sedikit sambal belacan...baru menarik!

Okay aaa...nak tido. Harap dapat bangun awal untuk laksanakan segala aktiviti. Chow...Adios...Good nite!

5 comments:

Adinda Amy Sensei said...

as salam...

bestnya tgk spegeti tuuu....hehe..terima kasih ye sebab singgah blog tadi..

keep in touchhh ok...

Heldamelissa said...

wsalam... :)

mmg sedap tu...

IxoR@ said...

Hai Helda....

Sunday... sy nak masak sambal jawa! ada ulam raja dlm peti ais tu... dah la kot... kah kah kah.. simple sangat kan?

;)

p/s: Entri Manila tu masa saya pegi sana bulan 5. Baru skrg gigih nak buat entri... rajin kan? hehehe...

happy weekend....

BENA said...

bile kak helda nk blanje bena makan spageti meat bol ni. bena nakkkk. heeee ;)

Heldamelissa said...

jom jom...kita gi makan...heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...