Saturday, October 01, 2011

Kisah Langkawi - Part IV : Dinner yang Sedap!

Assalamualaikum wrth wbkth,

Day 2. Malam terakhir di Langkawi. Kami memilih untuk makan seafood di Restoran Hj Jelani Thai Food & Seafood. Makanan kat sini memang sedap semuanya. Layan mesra aje. Kalau korang perasan, waktu siang tadi pun aku makan kat sini kan? Nie cawangan dia yang terletak di hadapan Pantai Cenang. Memang ramai orang di waktu malam. Jalan kaki aje untuk ke kedai makan dari motel kami. Dekat gak la.

:: Restoran Hj Jelani Thai Food & Seafood ::   

Nie antara yang kami order untuk malam itu. 6 lauk tapi makan untuk 5 orang. Kailan Goreng, Kerabu Mangga, Somtam, Sotong Goreng Tepung, Telur Bistik & Ikan Siakap 3 Rasa ++ 2 pinggan Nasi tambah. Semua SEDAP! Paling kami suka adalah Sotong Goreng Tepung. Memang sedap dari biasa. Tak rugi order la. Korang agak-agak berapa harga untuk semua nie? Semua baru RM150 sahaja. Orait la. Ikan yang di ambil pun agak besar gak. Air dia pun sedap gak. Cuma tak sempat nak gambar air minuman, sebab dah lapor sangat masa tu. Otak ingat nak MAKAN ajer...hehehe...Next time memang nak datang sini lagi la. Nak makan puas-puas.

 
 :: Kerabu Mangga + Kailan Goreng ::

 :: Somtam + Sotong Goreng Tepung ::

 :: Telur Bistik + Ikan Siakap 3 Rasa ::

Pantai Cenang waktu malam agak happening. Orang masih ramai berjalan-jalan lagi walaupun dah jam 12malam. Kira tak takut la nak jalan-jalan waktu malam kan. Pelancong luar memang ramai la.Mat Salleh memang ramai sangat.

:: Sekitar Pantai Cenang ::

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...