Assalamualaikum wrth wbkth...
Day 2...continue from the previous post. Panjang nak cerita memang tak akan cukup 1 page macam nie. Sebenarnya memang nak tulis blog pasal Langkawi nie sejak balik ari tu, tapi sibuk dengan tetamu yang datang, then sibuk plak ngan keje-keje di ofis yang sejak 2-3 menjak nie makin banyak. Tak tertampung dek kaki tangan dah...
Next destination...Kompleks Kraf Langkawi. Mulanya malas nak pegi pun. Sebab rasanya tak de apa nak beli kat situ pun. Tapi auntie ku yang sorang tu tersangat laaa menggemari KRISTAL, jadi dia nak pegi tengok laa kat sini. Konon nak mencari untuk dibawa balik la tu...mata yang mengantuk pun bleh jadi besar bila dia dapat tengok kristal dia. Hehehe...kelakar la plak.
Lepas dah abis pusing Kompleks Kraf Langkawi nie...kami ke next destination plak...Galeria Perdana. Kat sini laa tersimpannya semua barang & hadiah milik Tun Dr Mahadhir & Tun Siti Hasmah selama berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Koleksi milik peribadi juga boleh di lihat sini. Potret-potret dari muda sehingga ke hari ini pun ada jugak. Suka pegi sini. Seronok. Tempatnya agak besar jugak, letih kaki nak jalan.
Destinasi diteruskan lagi ke tempat yang paling disukari oleh semua wanita bila ke Langkawi nie. Memang kebanyakkan yang datang ke Langkawi memang bertujuan hanya satu jer la...mau ke mari aje....shopping sakan di Idaman Suri atau pun Haji Ismail Group. Sorry tak de gambo waktu di dalam kedai...sebab memang tak boleh tangkap gambar. Hmm... *sigh*
:: Idaman Suri :: |
:: Kedai Duty Free @ Kuah :: |
Lepas dah penuhkan kereta dengan semua barang yang telah dibeli....pinggan mangkuk berset-set, bekas kuih kristal (semua Auntie aku punye, aku tengok aje ler). Aku hanya beli key chain dan coklat. Malas laa nak mengangkut semua pinggan mangkuk kan. Naik Air Asia...kang kena bayar lebih lak. Nayeeee jer...On the way balik ke tempat penginapan, singgah ke tempat jualan gamat. Tapi petang dah kan, so tempat dah tutup le. Jadi hanya dapat bergambar bersama botol gamat nie aje...jadi la kan buat kenangan kita semua...
Botol gamat besar ni memang menarik hati tul. Masa on the way ke Pekan Kuah tu aku dah nampak. Jadi niat di hati memang nak singgah ler kan. Sebab cantik untuk bergambar kat situ. Next time aku mai Langkawi memang nak singgah beli minyak gamat la kut...
No comments:
Post a Comment