Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Sunday, August 16, 2015

JJCM : Mee Tarik Warisan Asli

Assalamualaikum,

Lama plak tak bersiaran di sini. Bersawang-sawang dah blog nie. Busy sangat sejak last travel ari tu. Sampaikan tak sempat nak melawat langsung rumah ni. Alahaiii...

Kali ni nak bawak jalan-jalan makan yek. Restoran ni agak ramai gak yang dah tau. Sebab lokasinya yang agak strategic di persimpangan Dang Wangi. Di laluan yang amat sibuk dikala pagi dan petang. So kalau dah alang-alang kat situ, apa kata singgah dulu untuk mencuba makanan di sini kan!

Restoran Mee Tarik Warisan Asli. Actually aku dah beberapa kali makan kat sini. Memang kawan-kawan ofis pun suka ke mari gak kalau saja nak makan ramai2. Walaupun agak susah parking, kami sanggup gak redah.


Macam gambar kat atas ni. Menarik kan. Menu dia pun agak banyak gak. So kalau nak tau meh laa ke sini. Bleh rasa satu2 menu yang ada. Ni antara yang kami order hari tu.


Lokasi restoran ni memang strategic sangat. Tapi susah nak parking. Disebabkan ia melibatkan makanan kami sanggup parking sampai kat Wisma Jakel tu. Hehehe...sedapnya pasal kan!


Nie laa restoran tu. Memang kat Jalan Dang Wangi tu. Kalau lalu mesti nampak kan. So apa lagi? Jom kita ke sana...

Lokasi cawangan boleh dpt di sini ye : http://www.meetarik.com/#!contact/c24vq

Monday, April 14, 2014

Susu Pisang

Salam semua,

Korea? Aku nak ke Korea ker? Tak de la...sampai pun belum nie. Cita-cita memang ada nak ke sana. Insya'Allah. Nanti sampai laa tu kan...

So, walaupun tak penah sampai ke Korea. Dapat merasa barang-barang yang fames dari Korea pun jadi laa kan...beli kat Korea? Tak de la...Beli kat pasaraya kat KL aje. Sekarang dah melambak. Tapi tak de laa dalam botol dia yg comel tu. Di sini dia dalam kotak. So far perisa Strawberry pun dah sampai. Jenama Binggarae. Sangat famous laa pada yang penah pergi Korea dan  minum susu ni. Walaupun tak penah sampai sana...tapi bila baca blog orang2 yang ke sana...rasa terliur lak. Then bila terjumpa apa lagi terus la beli.


Suka laa rasa dia. Sebab susu pisang amat jarang di jual. Dulu ada gak. Sekarang nie tak de. Bila jumpa nie bleh merasa susu pisang again! So, pada yang minat boleh laa dapatkan di Coldstorage & ISetan Food Market. Harga? Aroun RM3.50 ke RM4.00 sekotak kecil tu. Hmmm kat mana nak cari? Cari laa di rak-rak air kotak n jus2 di chiller pasaraya tu. Gerenti puas hati kan! 

Chooowww...

Saturday, April 05, 2014

Pasar Tani Taman Melawati

Assalamualaikum....

Weekend dah tiba! So it's time for Pasar Tani di pagi Sabtu yang indah. Jom ikut ke Pasar Tani Taman Melawati. Shopping di sini banyak pilihan berbanding Pasar Malam Melawati pada hari Sabtu. Pilihan amat luar biasa. Bukan setakat barang basah aje di jual. Malah baju pun ade jual gak. Dah macam pasar malam gak kiranya!

Sebenarnya nak citer pasal satu kedai ni. Best sangat. Discover it 3 months ago. Menu dia menarik sangat. Masa tu dok lalu lalang nak cari ubi kayu. Ternampak laa gerai ni. Ramainya orang que. Panjang que. So, kena bersabar laaa eh.

Yang pakai jaket oren tu la pakcik tu
Tengok laaa bila sampai rumah kami terus makan. Terpesona terus!! Ada Nasi Ambeng. Rasa dia sangat superb la. Pakcik ni tak kedekut tau, dia akan bubuh semua lauk tu sampai bekas polisterin tu tak boleh tutup dan terpaksa di ikat dengan getah. Tapi memang puas hati laaa makan. Tu pasal berbaloi que panjang2 pun kan!! Aku dah cuba gak Pulut Kuning dia. Best. Banyak dan rendang dia sedap sangat!! Melelehhhhh air liuq.....

Isi melimpah ruah dalam polisterin. Kenyang sampai petang
Memang menarik. Banyak gak menu dia. Ada Lontong. Ada Laksa Johor. Anda cuma perlu sedia duit dan kudrat untuk beratur la sebab dorg yg beratur tu order biasanya untuk sekeluarga! So, kalau datang sini boleh la cuba yek!



Friday, January 24, 2014

Lunch di Resepi Rahsia ...Rahsia ke?


Assalamualaikum....


Ahad lepas after long distant, terus ke Desa Pandan. Kenapa? Nak melawat relative. Okay laa...lama tak jumpa kan....so, bleh laa melepak dan berborak panjang. Sekali berborak kena ada makan-makan sekali kan. Memandangkan malas nak menyusahkan Long, kami pun ajak laaa dia pi makan di restoran Resepi Rahsia nie...hehehe...aku pun lama gak tak ke mari...so, bleh laa melepaskan rindu.

Banyak gak menu baru dalam menu SR ni. Okay laa..tak de laa bosan kan asyik makan benda yang sama. Cuma harga dah naik sket laaa...biasa laaa semua barang harga naik kan? Alasan sungguh!! So, nak tak nak, kami pun layankan aje laaa makan. Tak kisah sangat, yang sebenarnya nak berborak aje. Tu yang kami nak dengar....layankan aje laaa...Tak banyak gambar makanan yang aku tangkap. Sebab masa tu dah kebulur. Maklum laaa last makan pun jam 11am, then smpi KL dah dkt jam 3pm memang kebulur tahap gaban dah...jadi gaban dah ker?

Grill Chicken...tapi lupe nama penuh...hehehe

Kiwi Orange Juice
Dah lapo sangat sampai apa yang aku order pun aku tak ingat. Actually lepas makan kami order gak desert untuk santapan petang. Tapi sebab dah tak peduli itu semua. Tak der gambo laaa jawabnye...ampun yeekk!!

Apapun seronok la walaupun dapat jumpa seketika kan. Enjoy the weekend very much!


Thursday, January 23, 2014

Jalan-Jalan Waktu Lunch

Assalamualaikum...


Kelmarin lunch tak tau ke mana. So, lepas meronda terus laaa menjelajah untuk mencari makan tengahari. Kang lapo lak kan. Dah alang-alang berjalan di area Avenue K, terus laaa cari makan kat area situ.


THE LOAF...selalu lalu aje...kali ni aku melepak kat situ. Makan lunch! Orait gak laa..selalu penuh aje. Kebetulan masa aku lalu tu tak de orang sangat...jadi ngan member terus laaa duduk dan order..cepat gak service dia. Bagus!


Beef Lasagna
Kesimpulan semua best. So far tak penah test lagi roti-roti dia...next time aje laa...next lunch plak! Hehehe...


Tuesday, November 05, 2013

Small but Memorable...

Assalamualaikum....

Hai! Buat apa hari ni? Tiada apa2 acara laa kut. So, dok umah aje laa kut cuti-cuti ni. Nak merayau jejauh sah-sah laaa jalan akan jem sebab orang dah bercuti panjang nie kan. Time ni laaa semua sibuk nak balik ke Kuala Lumpur setelah bercuti sakan...

Nak citer Ahad lepas, kami pi celebrate birthday Long. Bawak pergi makan-makan bagi dia happy. So, kali ini kami ke RK Recipe Cafe di Melawati. Lokasi adalah di Gaya Commercial Centre, Pusat Bandar Melawati. Cafe nie milik pelakon husband and wife, Riezman Khuzaimi & Kartina. Kenal? Mesti selalu tengok drama-drama lakonan mereka kan...


Jom layan apa yang kami order di sini...Speciality weekend adalah Nasi Ambeng. Sedap sangat! Memang best! Di sini juga ada cupcakes. Dah banyak gak aku makan cupcakes tapi kat sini adalah yang terbaik. Red Velvet Cupcakes memang sedap! Drinks; teh tarik best! Ada gak yang suka makan Mee Goreng Mamak dia...so far lom penah cuba. Dorang cakap best..based on review baca kat tempat lain...Nasi Ambeng yang kami amek sorang sedulang nie. Bukan dulang besar yek..dulang tu kira macam pinggan besar tapi portion untuk seorang. Ada juga portion dulang untuk makan 4 orang tu. Boleh laa cuba jika suka. Dorang semua makan Nasi Ambeng, aku plak rasa macam kenyang, jadi aku makan laaa Mee Bandung. Not bad...sedap sangat!! Big portion gak...jenuh nak abiskan!




Long happy sangat..lelagi dia dapat makan cupcake tu. Dia suka kuih-kuih manis nie. Suka laaa dia..senyum lebar..eheheh...Alhamdulillah, dapat gak kami bawak Long makan Nasi Ambeng kesukaan dia tu...Sekian aje laaa...walaupun it's a small celebration, but it is memorable for us..

Sunday, November 03, 2013

Hello November!!

Assalamualaikum!!

Ehsan Mr Google :)
Salam semua! Selamat Hari Deepavali to all my Hindu's friend. Dah bulan November kan! Kejap aje...Oktober dah berlalu. Kalau kat negara 4 musim sekarang musim Autumn. Perghh bestnyer tengok daun-daun warna oren tu. Bila dapat merasa kan! Insya'Allah, umur panjang sampai laaa ke negara 4 musim yang diingini tu kan...

So cuti buat apa? Tak de apa pun. Dok umah tengok tv. Keluar beli barang. Lepak kedai mamak jap di AmBistro, Melawati. Pekena Teh Tarik dan Tosai di petang hari memang nikmat jap. Perghh...aku nie bukan jenis berjalan hari-hari sangat. Cuma kalau musim aku berjalan tu memang jalan jauh2 terus.


Di masa yang terluang nie laa aku nak sambung balik itinerary perjalanan. Hehehe..jauh nak jalan? Yek....jauh nie! Tu yang kena rancang bersungguh-sungguh...beriya kan! Ke mana? Nantikan aje laa update kemudian...

Hmmm cuti sekolah dah nak mula kan...korang ke mana? Mesti dah ada perancangan dalam minda tu...jom jalan-jalan!!

Sunday, October 27, 2013

An Evening in IKEA

Assalamualaikum....

Apa buat di hujung minggu? Biasanya tidur dan menonton TV. Jarang jalan laa kalau tak de apa-apa nak buat tu kan. Prefer dok umah sebab minyak pun dah naik. Kalau jejalan sure laaa nak kena isi minyak lak kan...eheheh...barang makan pun mahal. Jadi duduk di rumah dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan. Betul tak? Tapi kalau dah selalu sangat dok umah, bosan gak kan!

So, last weekend, kami pun ke IKEA. Lama tul aku tak ke sini. Biasanya ke sini kalau ada barang nak beli aje. Kalau Mr Hubby dia selalu laa ke IKEA. Sebab ofis dia dekat sangat kat sini. Jadi boleh laaa makan lunch di IKEA nie. Jelesnye!! Huhuh...Jadi melangkah laa kami ke IKEA nie minggu lepas. Selalunya aku akan ke IKEA di waktu pagi tau. Tapi kali ni aku ke IKEA di waktu petang. Mak aiii jem tak hengat laa nak masuk parking IKEA tu. Last-last aku masuk parking di The Curve aje la. Senang. Tak jem pun dalam tu. Membazir minyak aje laa kalau aku dok beratoq situ last2 tak dapat lak parking lagi laa sakit hati kan!! Bukan jauh mana pun, depan aje..so, per salahnye jalan kaki sket. Bleh bakar lemaks!!


Sampai di IKEA. Punyer laaaa ramai orang. Apa dorang buat? Shopping laaa kan! Ingatkan bila dah petang kurang laa orang kan. Rupanya tidak laa plak. Alahai. Tak per laaa...memandangkan dah sampai, kami meneruskan agenda hari ini untuk shopping. Memang ada barang penting nak di beli. Penat dah ukur segala bagai tu kan. Jadi harus laa diteruskan misi ini walau dalam apa cara sekali pun. 

Mr Hubby terus ajak nak makan aje...tapi bila sampai Cafe IKEA. Makkkk aiii...beratoq sampai ke belakang dah wey! Meja nak makan pun tak dak. So, baik tak payah laaa...ambil keputusan untuk pusing IKEA dulu la...

Cadangnya mencari lampu-lampu dan blind. Yang di beli adalah blind tingkap. Untuk project baru nie. Hehehe..project apa? Rahsia. Ronda-ronda tu, sesambil posing dalam IKEA. Bukan aku yg posing, barang dalam IKEA nie aje...aku tangkap aje laa..buat contoh. Tapi ramai laa gak yang bergambar dalam IKEA. Hmmm...

Lampu bawah nie...tak de laa aku nak beli. Macam tak best aje. Lagipun tak minat laa nak lampu macam nie. Kang jadi tempat kumpul habuk lak kan! Hehehe yang color-color tu lawa, tapi bila fikir-fikir balik macam tak perlu aje...jadi beli apa yang perlu aje laa...tak laa membazir kan!



Dah puas meronda dalam tu. Puas laa tengok design mana yang boleh di tiru sipi-sipi kan...hehehe...so, kami pun kembali laaa ke Cafe IKEA tu. Alhamdulillah, dapat tempat duduk. So, Mr Hubby pun pergi laa mendapatkan makanan kegemaran dia tu. Apa lagi kalau bukan Swedish Meatball dan Chicken Wings dia tu. Kalau dulu-dulu (sapa yg pernah makan la) ada Daim Cake. Sedap sangat! Sekarang tak de dah cake tu. Sedihnye..then ganti dengan macam-macam kek lain. Tapi tak berapa sedap lak kek lain tu. Ntah laa..tak de kick!

Ni laaa hasilnya setelah beratur dengan begitu setia di barisan yang sangat panjang...hehehe...nak makan sangat laa punye pasal kan...beriya tul Mr Hubby!!



Rasanya Swedish Meatball lagi sedap makan dengan Mash Potato nie. Kalau dengan kentang goreng tu tak sedap laaa...pelik rasa dia. Cuma jem tu rasa sikit plak. Alahai..tak sedap laa macam tu kan...lagi suka kalau banyak bleh cicah-cicah!

Sila abaikan aksi-aksi di bawah! Aksi budak jakun nie..hahaha...Tak penah-penah laaa aku bergambar di IKEA...hahaha...sekali sekala...ramai plak tu yang bergambar dengan benda tu hahaha...Bibiaq Besaq! Hahaha....layan!!!



Jom Makan Enchiladas!!

Salam,

Saja nak tayang apa yang di makan minggu lepas. Hehehe...Luper nak blog pasal nie. Selalu kalau pegi KLCC, malas laa nak makan nasi kan. Makan tak de laa kelas mana pun. Beli makanan kat Signature Food Court aje pun. Kat Popilla KLCC. Ia menghidangkan Mexican Cuisine. Hmmm....sekali sekala tukar laaa kan. Asyik makan Nasi berlauk aje. Bosan laaa kan....Selalunya kalau pegi ke Popilla nie aku akan makan Enchiladas. Senang. Nasi ada, Roti ada, Daging ada, Cheese ada...pendek kata semua ada la. So, sangat laa kenyang! Hehehe....


So, anda suka? Saya pun suka....jom makan!!

Sunday, February 03, 2013

JJCM : Yong Tau Fu Kampung Pandan

Salam,

Semalam jalan-jalan dan terus mencari tempat makan. Pusing punya pusing. Ambil keputusan nak pi makan Yong Tau Fu. Di mana? Di area Kampung Pandan.
 
 
Dah lama nak pegi. Baru dapat pegi semalam. Lega gak dapat pegi merasa. Okay gak. Sedap. Masa tiba dah jam 8mlm. Agak ramai gak orang yang sedang beratur kat situ sedang menapau dan tunggu giliran untuk makan. Banyak gak kami ambil untuk malam tu. Agak murah gak. Kuah sambalnya agak sedap. Memang aku suka. Pilihan juga banyak. Cuma untuk mendapat parking di situ agak susah sket. Memandangkan tepi jalan, kena parking kereta berhati-hati la, takut di geser oleh bas atau kenderaan lain.
 
Memandangkan aku datang waktu malam. Jadi tak banyak laa gambar lokasi yang dapat dirakam. Lagipun masa tu nak cepat sebab lapo sangat. Hehe...gelojoh lak kak melah ni kan!
 
Kalau nak mencuba boleh laa datang ke sini:
No. 2, Jalan Satu, Kampung Pandan, 55100, Kuala Lumpur
 
Kedai ni hanya ditutup setiap JUMAAT. Dan jam 9mlm dah nak tutup la. Kat situ ada macam-macam gak jual. Mee Rebus, Bihun Sup dan lain-lain lagi. Air minuman juga sedap. Okay laa tak mengecewakan.
 

Monday, December 31, 2012

Cameron Highlands kami tiba!

Salam,
 
Bangun awal pagi untuk tadah air. Kebetulan semalamnya tak de air di rumah. Bila bangun terus check paip air. Ada air. Jadi terus buat kerja aktiviti menadah air. Selesai aje aktiviti menadah air, kami bersiap untuk ke Cameron Highlands. Tapi saja laa nak ikut jalan Simpang Pulai. Tak penah ikut sana. Best gak jalan tu.
 
 
Sepanjang jalan hujan renyai-renyai. Kabus nipis gak sepanjang perjalanan naik ke atas. Jalan Simpang Pulai ke Cameron Highlands agak lebar. Selamat sket rasanya kalau ikut sini. Selesa sket berbanding ikut Tapah tu. Risau jalan situ. Penakut gak aku nie kat situ...
 
Kami dah tiba!
Lebih kurang sejam kami tiba dah. Agak slow sket aku bawak. Sebab 1st time ikut jalan tu. Hehehe...dah rasa macam bawak Tofu aje macam citer Initial D dah rasanya. Banyak corner sangat kat sini. Hehehe...Sib baik laa aku tak drift kat sini haha...reti ke? Bleh kut!
 
Gerak tengok bantal tu
Kami tiba di CH. Agak jem. Maklum jer la weekend kan! Pastu cuti sekolah dan cuti hujung tahun. Saja laa nak merasa ke"jem"man CH nie di waktu weekend. Tapi memang tobat tak mo pegi dah waktu cuti. Serik wo. Sakit kaki gua!
 
Lepas Kea Farm dan Cactus Point tu dah jem gile. So, kami pun terus berhenti kat S' Corner Strawberry Point untuk berehat. Memang masa tu dah letih dah. Kaki penat tekan minyak & brake aje.
 


Masa rehat nie kami menikmati Strawberry Cheese Cake dan Strawberry Milk Shake. Pas makan rasa muak lak. Huhu agaknya sebab milk shake tu kut. Dah pening jalan pusing-pusing jadi muak la kut. Yang aku heran nape laa orang ramai makan Maggi in cup masa ni. Heran gak aku. Nak kata sejuk sangat, tak gak. Agaknya konon-konon nak feeling2 sejuk kut, tu pasal depa dok makan Maggi In Cup! Hahaa...


Tengok jalan jem waktu nak naik bukit. Sure seksa kaki nak tekan brake & minyak. Perghh...pengsan! Banyak gak laa kereta tersadai time nie. Sebab panas sangat dah enjin. Kereta aku pun hampir gak la. Nasib baik laa aku berhenti dan berehat sekejap. Kalau tak abis laa aku.
 

Lepas melepak kat situ selama sejam. Kami pun gerak ke Brinchang. Kat sana lain plak citernye. Jem giler town tu. Adoi...Semua cita2 aku nak ke ladang Boh Tea Plantation pun tak jadi gak. Jalan sungguh jem. Terpaksa laa simpan cita-cita nak feeling2 macam Ombak Rindu tu. Haha...kejam tul jem ni!
 
Sempat gak laa kami shopping Strawberry & sayur-sayuran sebelum balik tu di Tringkap. Malas laa nak berhenti di pasar malam Brinchang tu. Jem giler! Sengal. Jalan sempit lak tu. Adoi...Banyak gak barang menarik di pasar malam Brinchang tu, tapi keadaan nak parking pun payah, jadi kami pun amek keputusan malas nak berhenti la. Banyak benda tak bleh buat untuk hari tu. Sedihnye....tak pe, next time yek!!
 
Ada gak ushar kaktus. Tapi..tak mau la beli. Nanti meletup lagi kaktus ku itu..sedihnya!! Ada orang pi siram lak kaktus. Adehh...abis meletupssss kaktus sebab terlebih air. Susah tul kalau ada pekebun "bertauliah" di rumah nie....

 

So, lepas dah malas semuanya. Kami pun malas laa nak lama-lama di CH ni dah. Jem aje. Rimas lak. Jadi sebelum balik singgah laa di Tringkap untuk beli barang-barang dan terus aje balik. Sepanjang perjalanan balik tu plak hujan aje. Sib baik laa hujan renyai aje. Tapi kali ni kabus agak tebal berbanding pagi tadi.
 
 
Jalan slow aje la...alhamdulillah kami tiba di Simpang Pulai jam 6.30 petang. Then hubby lak cakap "Jom balik Lumut ajelah!" So, cik Supir pun drive ajer laa terus ke Lumut, melalui Batu Gajah. Lebih kurang sejam kami tiba. Slow gak aku bawak sekarang nie. Agaknya sebab spec aku ni. So, kena laa tukar spec baru nanti. Agar lebih terang lagi pandangan mata ku...uhukss!!
 
Anyway, dah sampai depan umah Ibu, kami pun call. Ibu memang sentiasa ada di rumah. Jadi tak risau laa kalau nak buat surprise kan! Hahaha...terkejut kau mak aku ni bila kami dah ada di depan rumah. Elok laa sangat kami sehelai sepinggang dari KL - CH - Lumut. Perghh...memang buat kerja gile nie. Jalan ikut suka. Anyway, suka sangat dapat pegi jalan-jalan.
 
Tahun depan jalan lagi..ke mana? Hehe nantikan aje laa....okies!!!
 

Saturday, December 29, 2012

Cameron Highlands...Kami datang!!

Salam,

Cita-cita nak ke Cameron Highlands. Dah lama tak ke sana. Aku last ke sana pada tahun 1992. Masa tu aku darjah 6. Perghhh lama giler kan. Jadi memang ada cita-cita nak ke sana lagi dalam masa terdekat. So, bila? Memang nak buat keje gila la esok. Hubby kata "Jom gi Cameron Highlands". Woww....so, apa lagi. Terus tido awal. Hati tak sabo nak pegi ke sana. Lama sangat tak ke sana kan!!


Jom!

Sunday, August 05, 2012

:: Iftar With Family ::

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan...apa menu buka puasa hari ni? Hmmm...hari nie tak memasak dan tak membeli di mana-mana pun, sebab hari nie akan berbuka puasa bersama Long di luar...di mana? Di Al-Rawsha Restaurant. Kiranya 1st time for me & hubby berbuka dan makan di sini. Setiap kali lalu sini pandang ajer la, sebab selalunya ramai sangat sampai penuh. Ni tadi pun kami walk-in sahaja. Tak de pun booking tempat...kira gamble aje la. If tak de kosong, kami tapau aje laa nampaknya. Tapi ALHAMDULILLAH, ada plak meja kosong tadi. So, kami berlima pun duduk la. Awal gak kami sampai di situ. Sebab tak jauh pun dari rumah Long lokasi Al Rawsha nie....dekat Bulatan Kg Pandan aje....hehehe....kiranya keluar simpang aje dah jumpa ehehe :) syok la sket...

Sepanjang kami tiba, kami dihiburkan dengan lagu-lagu Maher Zain. Hehehe, ada gak bilik-bilik VIP di sini. Agak luas. Surau dan tandas juga di sediakan. Servis agak baik bagi aku. Dan makan juga cepat tiba walaupun agak ramai pelanggan yang duduk di bahagian Ala-Carte. Untuk hidangan Buffet, pelanggan duduk di tingkat bawah.
Sini ada set Buffet atau Ala Carte. Tapi kami memilih untuk Ala Carte. Sebab Buffet kena agak mahal gak. Sebesar-besar restoran ni penuh habis semua meja di booking orang. Portion makanan Arab nie memang besar tul. Tak larat nak makan kalau ikutkan sebab sepinggan boleh di kongsi 2 orang. Ayam dalam pinggan pun agak besar....kalau tak caya meh tengok....
Chicken Mandy
Lamb Mandy

Banyakkan? Fuhh jenuh nak abiskan taw...senak perut den nak makan semuanya. Tapi kena habiskan laa kan, jangan membazir. Tak elok. Dan sini kalau tak habis di galakkan laa berkongsi makanan yang ada tu. Memang tak akan larat nak habiskan makanan tu. Tapi rata-rata orang yang datang aku tengok semua amek makanan sorang sepinggan lak tu...perghhh hebat orang Malaysia kan.

Okay laa...nak ZZZzzzzZZZ dulu la....kenyang makan tadi pun tak habis lagi. Rasanya sahur nie makan kurma saja dah memadai la kut. Rasa senak perut pun tak habis lagi nie. Heheh...Ok chow....Wassalam

Selamat Bersahur!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...