Friday, October 07, 2011

Belanjawan 2012

Assalamualaikum... 

Siang tadi PM kita baru je lepas bentangkan Belanjawan 2012...mari sama-sama kita renungkan bajet nie.. 
  • Ahli-ahli Parlimen Malaysia akan diberi elaun baru setelah jumlahnya dipersetujui nanti, bermula Januari 2012
  • Pemberian baucer buku RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam & swasta tempatan, matrikulasi & tingkatan 6
  • Sokongan besar rakyat Malaysia amat penting untuk pastikan perjalanan negara maju dan makmurPencarum KWSP boleh daftar awal giliran ibadat haji melalui penghadangan Akaun 2 sebanyak RM 1,300.00
  • Bajet akan terus beri perhatian kepada kebajikan rakyat dan kesejahteraan negaraKakitangan kerajaan akan dapat tambahan bonus setengah bulan gaji dan bayaran bantuan RM500 kepada pesara kerajaan
  • Bantuan sebanyak RM500 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM 3,000 ke bawah
  • Rancangan Tebatan Banjir akan dilaksanakan di Perlis, Perak dan Johor dan RM 4 juta untuk bantu penduduk yang masih tinggal di kawasan berisiko
  • Pelepasan cukai sedia ada ke atas caruman Skim Persaraan Swasta diperkenalkan untuk menjamin kesejahteraan pesara
  • Warga emas berumur 60 tahun ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kerajaan
  • RM 15 juta akan diperuntukkan untuk bina gelanggang futsal agar matlamat " Satu gelanggang Satu Mukim" dapat dicapai
  • RM 200 juta akan disediakan untuk melatih belia yang telah meninggalkan sekolah melalui program Strategik untuk Belia 1 Malaysia (SAY 1Msia)
  • Kerajaan akan sediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV di seluruh negara untuk mengatasi kanser serviks
  • Peruntukan RM 10 juta akan disediakan untuk melatih wanita professional untuk kembali ke pasaran kerja
  • Untuk bantu golongan gelandangan, kerajaan akan sediakan pusat khidmat bantuan sosial dikenali sebagai ANjung Singgah
  • Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan memastikan setiap individu yang didakwa di mahkamah untuk diberi bantuan guaman percuma
  • Bagi bantu pemilik teksi bajet persendirian hadapi kos operasi tunggi, akan dibantu termasuk pengecuali cukai pembelian teksi
  • TERAJU akan menyelaras dan memacu transformasi serta kukuhkan penyertaan bumiputera dalam perniagaan
  • Skim Amanah Rakyat (SARA 1Msia) akan manfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM 30000 sebulan
  • KLGH, hospital tertua di Malaysia akan dinaiktaraf menjadi sebuah hospital primer dengan sebuah sayap baru untuk rawatan pesakit luar
  • Hospital juga akan dinaiktaraf dan dibina, kerajaan juga akan tambahbaik 81 klinik kesihatan luar bandar dan buka 50 klinik 1 Malaysia
  • Perkhidmatan kesihatan akan diperuntukkan RM 15 bulan untuk perbelanjaan mengurus dan RM 1.8 bulan untuk pembangunan
  • Kerajaan akan wujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan RM 300 juta untuk bina dan baikpulih rumah
  • RM 63 juta untuk memulihkan 1270 rumah terbengkalai. RM 40 juta untuk baikpulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta
  • Program Rumah Mesra Rakyat (SPNB) diminta membina 10000 unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012
  • Kerajaan akan terus melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dengan membina 75000 unit rumah mampu milik
  • Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan daripada RM 220,000 kepada RM 400,000
  • KARISMA akan memberi manfaat kepada 500000 rakyat dengan membantu ringankan beban sara hidup
  • Segala subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM 33.2 billion sebulan akan diteruskan dalam semangat "Rakyat didahulukan"
  • Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 akan dilaksanakan dan RM 1.1 billion akan diperuntukkan untuk pembangunan sektor pertanian
  • Kerajaan mendengar rintihan rakyat tentang kenaikan harga barang terutamanya bahan makanan dan akan ambil langkah bersepadu untuk atasinya
  • Kerajaan kenang jasa polis khas dan polis tambahan masa zaman darurat, akan beri RM 3,000 kepada setiap bekas anggota serta duda dan balu mereka
  • Satu program khas akan diperkenalkan untuk 175,000 anggota tentera yang tidak layak menerima pencen
  • Kerajaan akan tawar bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam, termasuk 5000 peluang ijazah sarjana dan 500 kedoktoran falsafah
  • Dalam skim baru mengikut time-based, guru akan dapat gred 44 pada tahun ke 8 dan gred 48 pada tahun ke 16
  • Kerajaan setuju lanjutkan umur persaraan wajib kepada 60 tahun daripada 58 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam
  • Mulai 2012, kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM 80 hingga RM 320 mengikut gred
  • 600,000 pesara kerajaan akan dapat kenaikan pencen persara sebanyak 2% setahun
  • Bajet ini akan mentransformasi perkhidmatan awam untuk menjadi dinamik dan responsif berrientasikan prestasi
  • Bagi orang asli yang mengalami bencana tanah runtuh di Sungai Ril, kerajaan peruntukkan RM 20 juta untuk pemindahan penduduk ke kawasan baru
  • RM 90 juta akan diberi untuk penyediaan kemudahan asas orang asli termasuk memperluas projek bekalan air terawat
  • Bank Simpanan Nasional akan lantik agen agen seluruh negara untuk tingkatkan lagi akses perkhidmatan perbankan kepada penduduk luar bandar
  • Kerajaan akan peruntuk RM 400 juta untuk naiktaraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di kawasan FELDA yang terpilih
  • Kerajaan akan panjangkan program bekalan air bersih kepada komuniti di Sabah dengan peruntukan RM 50 juta
  • RM 5 Billion adalah untuk pembangunan infrastruktur termasuk RM 8.1 billion untuk jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa
  • Untuk mantapkan modal insan sektor swasta, insentif akan diberikan termasuk potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa
  • Pengecualian cukai bagi sumbangan kewangan syarikat dan orang perseorangan kepada sekolah-sekolah dan tempat ibadat berdaftar
  • Sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran akan diberikan insentif termasuk elaun cukai pelaburan
  • Buat pertama kalinya, kerajaan akan mansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolahsekolah kerajaan
  • Sebuah tabung khas RM 1 billion akan melihat kepada keperluan pembinaan, baik pulih dan pnyelenggaraan bangunanbangunan sekolah
  • Sektor pendidikan akan dapat RM 50.2 billion untuk melahirkan tenaga kerja berbakat, kreatif dan inovatif
  • Bagi membolehkan syarikat PKS pasarkan produk penyelidikan, Dana Inovasi pengkomersilan berjumlah RM 500 juta akan ditubuhkan
  • Kerajaan peruntukkan RM 100 juta untuk inovasi termasuk memperkenalkan Anugerah Cipta 1 Malaysia (C1PTA) untuk iktiraf rekacipta pelajar
  • Bajet akan tumpu kepada pembangunan modal insan. kreativiti dan inovasi. Tahun 2012 akan jadi Tahun Gerakan Inovasi Nasional.
  • Kadar cukai keuntungan hartanah (RPTG) akan dikaji semula agar tidak terjejas golongan berpendapatan sederhana rendah miliki rumah
  • Pelan Induk 5 tahun pembangunan perlanconganLangkawi akan dilancarkan dengan peruntukan pembangunan RM 420 juta
  • Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid dan elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013
  • SME revitalisation Fund berjumlah RM 100 juta akan menawarkan pinjaman mudah dengan maksimum RM 1 juta bagi peniaga dari Januari 2012
  • Dana Pembiayaan PKS patuh syariah berjumlah RM 2 billion akan ditubuhkan pada 2012 dan dikendalikan oleh bank-bank islam terpilih
  • Peneroka FELDA akan terima durian runtuh yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan
  • FELDA GVH akan disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012 dalam usaha kumpul dana menjadi syarikat konglomerat global
  • Bagi membangunkan Exchange Traded Fund, IVCap akan sedia dana permulaan RM 200 juta untuk produk ETF yang patuh syariah
  • Pengecualian ckai pendapatan bagi penerbitan dan urusniaga sukuk bukan ringgit dilanjutkan bagi 3 tahun hingga 2014
  • Bagi menggalakkan penerbitan sukuk, potongan cukai 3 tahun akan diberi untuk sukuk wakala mulai 2012
  • Kerajaan akan bangunkanPusat Kewangan ANtarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) timbang beri pakej insentif pengecualian cukai
  • Pusat pengurusan perbendaharaan akan ditubuhkan dan menawarkan insentif untuk bangunkan Malaysia sebagai pusat kewangan berdaya saing
  • Pada 2012, kerajaan akan peruntukkan RM 978 juta untuk merancakkan pembangunan di 5 wilayah koridor. Antara projek yang akan dilaksana:  lebuhraya persisiran pantai JB Nusajaya, projek perlancongan warisan Taiping, Projek agropolitan Besut, Projek kelompok industri kelapa sawit Lahad Datu, Bekalan air di samalaju
  • RM 18 billion daripada Rm 20 billion Dana Mudahcara Perkongsian Awam-Swasta akan diguna untuk projek impak tinggi, RM 2 billion untuk usahawan bumiputeraProjek utama RP2 termasuk lebuhraya pantai timur Jabor-Kuala Terengganu dan pembinaan jalan Kota Marudu Ranau
  • Rolling Plan ke 2 (RP2) bagi RMK 10 akan dilaksanakan tahun ini dan diperuntukkan RM 98.4 bulan untuk tahun 2012 dan 2013
  • Tema Bajet 2012 ialah "Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara".
  • Defisit kerajaan persekutuan dijangka terus berkurangan kepada 4.7% daripada KDNK berbanding 5.4 tahun ini
  • Pendapatan kerajaan persekutuan bagi 2012 dianggar meningkat 1.9% kepada 186.9 billion
  • RM 13.6 billion disediakan untuk sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat
  • RM 29.8 billion disediakan untuk pelaburan dalam infrastruktur, perindustrian, pertanian dan pembangunan luar bandar
  • RM 181.6 billion untuk perbelanjaan mengurus dan RM 51.2 billion untuk perbelajaan pembangunan
  • Bajet 2012 sediakan peruntukan RM 232.8 billion untuk melaksanakan semua rancangan kerajaan
  • Pada 2012, sektor perkhidmatan dijangka berkembang 6.5%, sektorpembinaan pula 7%. KDNK diunjurkan antara 5%-6%
  • Pelaburan swasta dan awam dijangka meningkat 15.9% dan 7 %. Ia akan disokong peningkatan pelaburan asing ETP dan RMK10
  • Bagi tahun 2011, pertumbuhan ekonomi dianggar berkembang 5%-5.5%
  • KDNK bagi tempoh separuh pertama 2011 ialah 4.4% disorong perkembangan ekonomi domestik yang kekal tegap
  • Rizab antarabangsa kukuh pada RM 414.5 billion & pendapatan per kapita meningkat kepada RM 28,725 tahun ini daripada RM 26,175 pada tahun 2010
  • Pada tahun 2012, pelaburan swasta dijangka berkembang 15.9% disokong peningkatan kemasukan pelaburan asing dan domestik
  • Kemasukan pelaburan asing di Malaysia adalah tertinggi di Asia.Dalam 6 bulan pertama 2011 ia telah mencapai RM 21.2 billion
  • Antara tahun 2011-2020, kesemua program transformasi akan dilaksanakan di bawah Dasar Transformasi Nasional
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...