Wednesday, October 26, 2011

:: Borneo Trip : Part 2 ::

Jom baca : Borneo Trip - Part I


Tiba di bumi BORNEO. Hari gembira bukan kepalang lagi. Tak sabar nak jejak di luar airport. Kali terakhir datang ke Kota Kinabalu adalah tahun 2003. Masa tu ikut rombongan Uni. Pergi ngan kengkawan. Kali ni pergi ngan encik Hubby.


Alhamdulillah. Tiba di Kota Kinabalu International Airport 2 (KKIA 2) ..Only for AirAsia flight sahaja. KKIA 1...flight MAS & FIRE FLY laa kan...Tapi memang dah berbeza dah KKIA 2 berbanding ngan tahun 2003. Dulu tersangat laaa buruk. Sekarang cantik sangat. 2 tingkat lagi...kelas kauuu...!!
:: welcome to SABAH ::
:: Tengah tunggu beg ::
Selepas beg dah ambil. Terus laa keluar ke Arrival Hall, KKIA 2. Pakcik & Makcik dah tunggu di luar. Siapa mereka? Hmmm...Pakcik adalah adik Ibu. Dia memang tinggal di KK. So, it's time to check-in kat hotel dulu before boleh jalan-jalan. Rasa nak mandi dulu la kut...sebab dah 10 jam bergelumang di LCCT...huhu rasa macam dah bau macam bangla dah nie....

Nie laa penginapan kami di Kota Kinabalu...Gaya Centre Hotel. Strategic. Bersebelahan dengan Suria Sabah. View sangat cantik. Nampak Pulau Gaya. Sangat cantik pemandangan dari tingkap bilik hotel. Dari hotel tak jauh laa kalau nak ke Pasar Philipine or Waterfront or Jesselton Point. Kira memang di tengah-tengah antara semua tempat.

:: Gaya Centre Hotel, Kota Kinabalu :: 
:: Suria Sabah Mall ::

:: Pulau Gaya di tingkap hotel ::
Lepas dah check-in. Mandi jap. Then terus keluar untuk makan. Hala tuju ke Papar. Rumah pakcik & makcik. Jauh gak. Tapi sebelum ke rumah dorang. Kami singgah sekejap ke Menara Tun Mustapha (Bangunan Yayasan Sabah). Bangunan berbentuk kayu balak berputar macam KL Tower. 

:: Yayasan Sabah ::
Dah puas bergambar di sana...terus ke Papar. Singgah dulu ke Pekan Papar. Memang cozy sesangat. Di sana singgah makan di Dapur Ayah Kopitiam. Kami singgah ke sini selepas melihat rancangan Warung Kita di Astro Ria. Tengok Alex Raja Lawak makan macam best aje. Tapi bila dah try makan di sini memang tak mengecewakan la. Memang sedap. Ayam & Sambal Dapur Ayah memang sedap. Memang best makan di sini. Promo laa plak...hehehe...




Lepas nie ke mana? Jom ke rumah pakcik....nanti sambung lagi....okay....


2 comments:

IxoR@ said...

tunggu Helda update cerita pasal pulau di Sabah...

pegi snorkeling tak?

hehehe...

Heldamelissa said...

heheh tak gi pulau pun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...