Thursday, October 27, 2011

:: Borneo Trip : Part 4 ::


Salam...sambung lagi...ade lagi...ntah berapa part pun aku tak tau laa...macam telenovela laa plak kan..harap korang tak boring laa ek...

Okay perjalanan di sambung semula....ke mana? Kinabalu Park. Hmmm...bunyi macam best kan? Tapi memang best pun. So, perjalanan bermula jam 7.00am. Pakcik & makcik ambil kami di hotel jam 7.00am. Tapi pegi sarapan dulu di Restoran Sempelang...Makanan? Hmm boleh laa..tak de la sedap sangat. Hanya sekadar boleh mengisi perut di waktu pagi sahaja.

:: Restoran Sempelang ::
:: Nasi Goreng + Tauhu ::
Makan sudah. Perut dah kenyang. Tiba masa untuk bertolak ke tempat yang di tuju. Tak sabar plak rasanya. Dalam perjalanan tu lalu banyak tempat-tempat yang tak penah aku lalu gak ...banyak tempat baru sejak kali terakhir aku datang dulu masa 2003.

:: UMS ... dulu aku puas meronda di dalamnye ::
:: Jauh TUNE HOTEL ni dr bandar KK...sib baik tak dok sini ::
:: Kaki Gunung Kinabalu ::
Tiba di Kundasang, beli madu putih. Harga berpatutan. Tak mahal. Ingatkan nak borong sayur-sayuran. Tapi kalau bawak balik susah plak kan. So, batalkan jer la hasrat tu. Geram gak tengok sayur-sayuran yang segar dan murah-murah tu.

 
 :: Kedai-kedai yang menjual macam-macam jenis sayuran ::

:: Pelbagai jenis madu ada di jual di sini ...Pilih aje ::
Perjalanan di teruskan lagi. Kami lom lagi ke Kinabalu Park. Sebab pakcik cakap kita ke Poring Hot Springs dulu. Sini ada apa? Hmmm...ada hot spring la..kolam air panas. Boleh mandi manda dan merendam kaki di tempat yang disediakan.
:: Dah tiba di Poring Hot Springs ::
:: Kolam mandi awam ...ada pondok2 tau::


:: Ada gak kolam air sejuk ::

Seronok merendam kaki di kolam untuk rendam kaki. Syok. Kembang segala urat-urat kaki yang tersekat darahnya. Memang best. Memang nie laa kejenye kalau pegi kawasan kolam air panas. Best. Relax jer....
:: Rendam Kaki ::
Lepas dah rendam2 tu..hubby ajak makan eskrim laa plak heheh sabooo je laa..tapi tak makan pun..nengok aje laa dorang ni makan eskrim...heheh sebenarnya aku dah tak sabar nak ke Kinabalu Park tu...nak ke Timpohon Gate. Macam laa aku nak panjat gunung kan heheh...apa pun best. Teruja nie.

Dah tiba di Kinabalu Park. Perghhh....angin sejuk menderu-deru. Gigil gak aku dibuatnye. Cepat-cepat amek selimut hahaha :) macam nak tido dah rasanya. Pada tahun 2003 dulu aku penah tido di sini. Memang best. Masa tu ikut rombongan, kami tido di dorm yang disediakan. Memang best. Suasana sejuk sangat. Macam tak mau mandi dah hahah ... confirm tak busuk sebab tak berpeluh pun heheh...

Sejak dulu lagi aku kepinginnnnn nak ke Timpohon Gate tu. Tak penah sampai sana pun. Jadi hari nie pakcik aku kata..JOM! Perghh gembira bukan kepalang. Lepas pakcik tanya bleh tak bawak kereta ke sana...dorang bagi lampu HIJAU. Boleh..jadi apa lagi...Jauh gak nak ke Timpohon Gate tu...4 km gak dari pintu masuk. Perghh....tak sabar dah nie. Pakcik aku nie dah baper kali panjat Gunung Kinabalu. Dia dah biasa dah. Ada kot 3-4 kali dia panjat. As a Sabahan, kalau tak panjat tu..tak SABAH laa gitu kan! On the way ke sana...ada tempat kawasan pandangan la..Timpohon View...So, singgah kejap. Ingatkan boleh laa tengok gunung...tapi kabus tebal sangat. Still tak leh nampak *sigh* ...dulu aku dapat tengok sebab kebetulan menginap di sana. Aku bangun jam 5am semata-mata nak tengok gunung. Kul 6am aku dah boleh tengok...Subhanallah...memang cantik ciptaan ALLAH. Alhamdulillah.

Tiba gak kami di Pondok Timpohon. 1st time sampai sini. SEJUKKKK. Hubby siap dah pam inhaler. Hehehe sempuuut!

Tiba masa untuk turun. Masa ni dah jam 1pm. Tapi macam jam 5pm dah. Macam nak gelap. Dah laa tu sejuk giler. Gigil aje masa ni.

Okay...sambung lagi nanti Part 5 ... Tunggu yek!

1 comment:

IxoR@ said...

nasi goreng tauhu tu...nampak sedap!

eh pegi tak kat ladang yg ada lembu tenusu tu... serupa macam ada kat New Zealand tau!

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...