Hari ni mulanya perjalanan. Perjalanan untuk percutian 3 Hari 2 Malam. Percutian bajet. Huhu...seronoknya hati bukan kepalang kerana hari yang di nanti telah tiba...Borneo. Bukan kali pertama...tapi dah banyak kali. Sejak lahir dah ke mari. Kenapa sejak lahir? Sebab Ibu mmg Sabahan...cuma kampung halaman Ibu di Sandakan...dan kali ini aku ke Kota Kinabalu.
22hb Oktober 2011
Bertolak dari rumah jam 8.30mlm. Memandangkan percutian bajet, kami telah membeli semua pakej tiket SkyBus ...kira jimat sesangat la. Cuma perlukan pengorbanan sket la. Memandangkan flight adalah jam 10am pagi esoknya. Tapi keputusan untuk bertolak awal adalah terbaik rasanya malam tu. Memandangkan jalan di Brickfield jem dek jualan sempena Deepavali. Lama gak dok dalam bas masa tu. Lebih kurang jam 11.30 baru bas dapat bergerak dgn lancar selepas meredah jem. Lega. Jam 12.30am sampai laa ke LCCT.
23hb Oktober 2011
So, dah sampai LCCT. Maknanya tido laa kat LCCT. Selama 10 jam. Tapi tak de tidonye. Sebab bising dek orang2 India yang berkeliaran kat situ. Dorang nak balik India. Dorang siap bawak TV LCD 42" & 32" sorang satu tu..perghhhhhh..dah duduk ngan dorang ...biasa laa..tak tido laa jawabnya...borak tak hengat dorang nie!!
Akhirnya encik Hubby terlena dalam kebisingan & kebingitan dorang bercakap tu. Aku gak yang dok terkebil-kebil tengok orang lalu lalang. Seksa rasanya jiwa masa tu. Huwaaaaaa ...nak tido gak!!
Dalam jam 3.30am...tetiba aku rasa lagi bising. Rupanya aku terlena kejap tadi. Sedaq-sedaq je, ramai dah orang kat LCCT. Bila masa lak dorang nie datang? Hmmm...last-last aku tak dapat sambung tido dah. Jadi terus jaga sampai jam 6.00am. Pas tu terus kejut en Hubby untuk bersarapan.
Sarapan Nasi Lemak MarryBrown di LCCT. Memang target nak makan situ pun. Sebab sedap. Heheh ... cuma coffee tak bleh tandingi MekDi la...keseluruhannya Nasi + Sambal + Ayam memang sedap sangat. So tak rugi la makan. Berbaloi!
:: Makan Nasi Lemak Ayam di Marry Brown LCCT :: |
Waktu berlepas adalah jam 10.30am. So, lepas check & mundar-mandir di sekitar LCCT. Kami pun terus masuk ke balai berlepas. Hati dah berbunga-bunga. Tak sabar nak sampai dah. En Hubby plak berdebar, sebab ini pertama kali dia menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu. Tahun lalu dah jejak bumi Sabah buat pertama kalinya di Sandakan.
:: Time nak berlepas dah ...Borneo, here I Come! :: |
Borneo....Here I come!! Wait for me....
2 comments:
Lama giler berkampung kat LCCT... hehehe...
nasi marry brown tu, sambal ia mmg sedap.. kan?
:)
hehe mmg terasa lama sesangat laa...
ahaa tul...sambal dia mmg sedap laa...heheh ayam dia pun sedap...ranggup
Post a Comment