Wednesday, October 26, 2011

:: Borneo Trip : Part 3 ::


Papar...1st time aku sampai ke Papar. Sini kediaman Pakcik & Makcik. Lepas makan di Pekan Papar, terus ke rumah mentua Pakcik di Kg Pengalat Besar. Tiba di sana di sambut oleh keluarga mentuanya. Dan kami dihidangkan dengan Ambuyat. Hmmm..aku tak sker sangat makan Ambuyat nie. Hanya Encik Hubby aje yang makan. Dia seronok putar-putar Ambuyat pada "chopstick"...

:: Ambuyat + Cicahnya ::
:: Gulung-gulung...ngap! ::
Ambuyat di buat daripada sagu. Aku bukan laa peminatnya. Hehe, makcik ku sendiri pun tak suka makan. Heheh...so, untuk hari ini, aku jadi penonton & photographer ajer la untuk dorang nie.

:: Mereka tersangat laa xpert makan Ambuyat ni ::
Selesai sudah makan-makan...kami menuju ke rumah pakcik & makcik. Tak jauh. Dalam 0.5km sahaja dari situ. Rumah pakcik & makcik terletak di tepi jalan besar menuju ke Pekan Papar

:: Ada kolam ikan Talapia + Udang Galah ::
:: Nampak tak pelangi tu? Cantik tak?::
:: Best aje...berangin dok sini ::
:: Mangga warna Purple...Mangga Udang kata dorang...sedap!! ::
Kawasan rumah pakcik & makcik penuh dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan. Ada mangga pisang. Dalam kolam ada ikan udang. Tu yang best. Bleh jual nie. Buah mangga tu memang sedap sangat. Jarang dapat tengok mangga begitu di sini. Sebiji mangga berat hampir 2 kilo. Berat kan?

Setelah hampir 2 jam di rumah pakcik & makcik, kami pulang di hantar oleh mereka. Tapi bukan laa terus balik. Kami singgah ke Pasar Malam Sinsuran. Lokasi di hadapan Pasar Philipine tu. Pasar malam adalah setiap hari. Menarik kan. Barang-barang yang dijual adalah lebih kurang dengan Pasar Philipine, cuma harganya lebih murah di sini. Pasar bermula jam 6 petang. Best. Kalau ke KK boleh laa singgah.

:: Banyak pilihan di sini :: 


:: Hotel LeMeridien paling hampir dgn pasar ::

Lepas tu kami singgah ke Pasar Malam Philipine...sini kira macam pasar malam laa...tapi pasar malam untuk makanan sahaja. Pilihan banyak juga. Tapi hampir ke semua kedai menjual makanan yang sama. Cuma bagusnya, kita tak perlu berebut dengan orang lain la kan...

:: Pilih-pilih...mana satu pilihan hati ::
:: ABC ::
Journey untuk DAY 1 berakhir. Balik hotel. Mandi. Tidur. Esok perjalanan jauh sket. Ke mana? Ke Taman Negara Kinabalu. Tunggu......

4 comments:

InaAchik said...

Kamu asal dari sabah ker cmne ni?

#a ah, kite slalu gi w.walk.
boleh kata tiap jumaat kot gi wangsa walk pekena ayam penyet AP. hehehee

IxoR@ said...

pencicah tu... apakah rasanya?

manis ke.. pedas ke...?

dulu pegi sabah, tak rasa... tapi klu bagi peluang rasa... tak bole masuk kot...

Unknown said...

Ixora : pencicah tu kuan ikan rebus + ikan rebus + mangga..tapi kalau nak sedap lagi cicah ngan sambal...sedap woo...

InaAchik : ooo ye ke..sama laa...selalu gak pegi sana..hehe :)

Unknown said...

InaAchik : mak kite org sabah...mix mix hehe...mcm abc lak kite nie....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...