Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Saturday, August 03, 2013

Switch Off to get Connected!

Suka sangat iklan Maxis nie.....

Kisah city boy (Aiman) yg hidup dengan Wifi & HP, bila tiba di kampung adik sepupunya (razif) swith off wifi hanya untuk mengeratkan lagi hubungan sesama saudara (cousin) - sometimes the best way to connect - SWITCH OFF - Moralnya - Walau kita hidup penuh dengan Hi-tech stuff & gadget - tali persaudaraan jgn di lupakan 



August dah tiba...

Salam semua...
Sumber : Google

Kejap aje dah masuk AUGUST! Tak sedar dah dah 8 bulan di tahun 2013. Kejapnye! Masa berlalu begitu pantas. Yang penting sekali minggu depan dah raya! Lagi 5 hari nak raya nie...perghhh cepatnya masa berlalu. Kejap aje Ramadhan dah berakhir. Dah nak masuk Syawal. 

So today nak masak apa untuk berbuka ye? Ingat nak mula habiskan lauk pauk yang ada dlm peti ais before balik berhari raya. Sayur2 pun nak dihabiskan jadi tak kelayuan bila balik sini dah. 

Raya kali ni aku tak balik cuti lama. Kejap aje. Simpan cuti sket untuk agenda lain. Hehehe..nanti akan distory kemudian hari yek. So, entry panjang akan bermula lagi la...so, nantikan laa yek....jangan malu2 dan jangan segan2 untuk membaca entry yang akan datang

Okay laa..nak memulakan aktiviti hari ini..iaitu mengemas rumah!

Okay chowww...

Wassalam.....

Monday, July 29, 2013

Ringkas di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.....

Minggu lepas sempat la buat kuih. Tapi tak de laa buat kuih dalam amount yang banyak. Cukup sekadar untuk makan berdua...jadi laah. Kalau masak banyak-banyak agak membazir. Jadi masak sikit aje untuk berbuka puasa. Tak perlu laa membazir kan! Bulan Ramadhan bukan bulan membazir. So far baru sekali aje jejak bazaar Ramadhan. Tu pun cari air untuk berbuka dan kuih aje la...lain-lain memang masak laa...especially lauk pauk untuk berbuka dan sahur.


Sunday, July 28, 2013

Ramadhan & Raya

Assalamualaikum semua...

Lama plak tak update. Busy sejak akhir-akhir ni. Jadi tak der masa nak update blog sendiri. Mungkin kena tunggu time nak travel baru ada nak update kut. Biler nak travel lagi? Ntah laa..bile agaknya eh?

Selalunya awal Ramadhan ada aje nak buat program masak-masak di rumah. Memang hari-hari masak untuk berbuka. Cuma tak der masa nak upload. Busy sket bulan Ramadhan nie...antara yang sempat gambar sempat laa di upload. Tapi tak semua...hehehe....hilang spark untuk upload kat blog sekarang nie tak tau kenapa. Hehehe....

Minggu lepas sempat laa masak Nasi Kuning Berkismis, Kurma Ayam, Pajeri Terung dan Kuih Cara Manis. Nak masak fancy-fancy sangat pun tak terror kan....janji masak bleh makan udah laa kan....


Nanti ada masa lagi nak upload...insya'Allah...

Wassalam.....

Wednesday, July 24, 2013

Simple Menu for Ramadhan

Salam Ramadhan....

Menu apa today? No idea aaa....so, balik rumah tengok ada roti yang di beli semalam. Bleh buat apa? Hubby cakap buat aje telur kepit roti. Ok! Maksudnya telur yg dikepit roti. Then aku cakap bleh laa goreng daging burger skali. So, buat 2 set la Roti Telur & Roti Burger. Orait la tu. Since bahan-bahan semua ada dalam peti ais. Prepare tak sampai 10 min pun kan.

Ringkas & mudah. Cepat sangat untuk disediakan jika kita nie wanita bekerjaya kan. Tak perlu masa yang panjang. Lagipun bulan puasa bukan makan banyak pun. Jadi masak simple dan ala kadar aje la kan....


Alhamdulillah!

Friday, August 17, 2012

:: Selamat Bercuti ::

Salam...

Ramadhan tak lama lagi akan berakhir. Dan tiba pula Syawal. Hari yang dinantikan semua umat Islam. Hari nie ramai warga Kuala Lumpur bakal meninggalkan ibu kota untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Kepada yang memandu, pandu dengan cermat dan ingatlah orang tersayang.


Rata-rata ofis pada hari Jumaat nie dah kurang orang. Dan bos pun dah suruh balik 1/2 day. Jadi apa tunggu lagi...jom laa pulang ke rumah bersiap sedia untuk pulang ke kampung. So, jom warga KL kita pulang ke kampung untuk berhari raya...

Wassalam....





Sunday, August 05, 2012

:: Iftar With Family ::

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan...apa menu buka puasa hari ni? Hmmm...hari nie tak memasak dan tak membeli di mana-mana pun, sebab hari nie akan berbuka puasa bersama Long di luar...di mana? Di Al-Rawsha Restaurant. Kiranya 1st time for me & hubby berbuka dan makan di sini. Setiap kali lalu sini pandang ajer la, sebab selalunya ramai sangat sampai penuh. Ni tadi pun kami walk-in sahaja. Tak de pun booking tempat...kira gamble aje la. If tak de kosong, kami tapau aje laa nampaknya. Tapi ALHAMDULILLAH, ada plak meja kosong tadi. So, kami berlima pun duduk la. Awal gak kami sampai di situ. Sebab tak jauh pun dari rumah Long lokasi Al Rawsha nie....dekat Bulatan Kg Pandan aje....hehehe....kiranya keluar simpang aje dah jumpa ehehe :) syok la sket...

Sepanjang kami tiba, kami dihiburkan dengan lagu-lagu Maher Zain. Hehehe, ada gak bilik-bilik VIP di sini. Agak luas. Surau dan tandas juga di sediakan. Servis agak baik bagi aku. Dan makan juga cepat tiba walaupun agak ramai pelanggan yang duduk di bahagian Ala-Carte. Untuk hidangan Buffet, pelanggan duduk di tingkat bawah.
Sini ada set Buffet atau Ala Carte. Tapi kami memilih untuk Ala Carte. Sebab Buffet kena agak mahal gak. Sebesar-besar restoran ni penuh habis semua meja di booking orang. Portion makanan Arab nie memang besar tul. Tak larat nak makan kalau ikutkan sebab sepinggan boleh di kongsi 2 orang. Ayam dalam pinggan pun agak besar....kalau tak caya meh tengok....
Chicken Mandy
Lamb Mandy

Banyakkan? Fuhh jenuh nak abiskan taw...senak perut den nak makan semuanya. Tapi kena habiskan laa kan, jangan membazir. Tak elok. Dan sini kalau tak habis di galakkan laa berkongsi makanan yang ada tu. Memang tak akan larat nak habiskan makanan tu. Tapi rata-rata orang yang datang aku tengok semua amek makanan sorang sepinggan lak tu...perghhh hebat orang Malaysia kan.

Okay laa...nak ZZZzzzzZZZ dulu la....kenyang makan tadi pun tak habis lagi. Rasanya sahur nie makan kurma saja dah memadai la kut. Rasa senak perut pun tak habis lagi nie. Heheh...Ok chow....Wassalam

Selamat Bersahur!!

Friday, August 03, 2012

:: Ramadhan ooh Ramadhan ::

Salam Ramadhan,

Hari nie letih sangat. Balik tadi ingat nak beli aje. Akhirnye Mr Hubby berhenti di gerai-gerai kuih di hadapan Zoo Negara. Alahai, tinggal kuih aje. Lauk ada tapi mcm tak best plak. So, nak pusing balik ke bazaar Ramadhan memang tidak laa kan. So, balik terus ke rumah.

Apa lagi, sampai aje di rumah memang dah mcm lipas kudung. Aku pun terus on power TURBO. Pergh....kalah kelajuan Lancer macam nie....tak sampai setengah jam 2 lauk aku dah siapkan. Huhuhu...laju gak ek...dah la baru nak nyahbekukan udang....mencabar sungguh hari ni...labu plak blom potong lagi..alahai...mcm apa dah aku...pusing sana sini...adehh letih...capek tul! Haha...padan muke sendiri yek!!


Kuih 2 jenis aje ari ni. Burger Malaysia & Karipap. Tak der mood nak pilih tadi. Tu aje laa...ok laa tu at least aku tak membazir kan. Sambal Belacan & Ulam memang dah ada dalam peti ais. Senang sket terus letak atas meja aje laa...Sempat la masak Sambal Tumis Udang Petai & Masak Lemak Labu .. jadi laa kan dua lauk pauk nie untuk buka & sahur skali. Jimat.

Jumaat aku tak tau apa plak nak masak. Mungkin nak buat Sotong Bakar or Asam Pedas Ikan Pari untuk berbuka. Menarik nie. Bila di rancang biasanya tak menjadi. Baik aku bantai aje laa kan bila masuk ke dapur tu. Hehe...janji makan la kan...

Anyway, kalau nak resepi boleh laa jenguk ke dapur aku di sini yek ....
---> http://heldamelissa-kitchen.BlogSpot.com <---

Ok chow...Selamat mencuba...selamat berpuasa....

Thursday, July 26, 2012

:: Menu Buka ::

Salam Ramadhan buat semua....

Awal Ramadhan mood masih celaru. Cencaru Celaru pasal tak tau apa mau masak hari-hari. Pening jugak kepala kan bila asyik ada menu lain aje hari-hari. Memang laa hari-hari masak walaupun bukan bulan Ramadhan. Tapi nie lain sket. Mungkin tekak mengada sangat nak makan macam-macam. Pelik gak kan.

So, Ahad lepas berkesempatan laa membuat puff segera. Heheh...tak rajin dan tak malas gak la. Kiranya sederhana. Tapi okay laa dari aku beli ajer kat Bazaar Ramadhan selalu. Tak ada Mood nak upload resepi blom mula lagi. Mungkin weekend nanti aku nak start balik sessi bergambar bersama makanan nie. Hehehe...

Anyway, aku tempek laa gambo puff aku yang kiut miut tu eh...rupa huduh..tapi nama marveles....Dejavu De Puff....sempena drama Dejavu Di Kinabalu tu...hahah...sib baik aku tak bagi nama Puff Ammar ker...Puff Bazli ker...heheh haru biru nanti...hahaha...resepi nanti akan di upload....


Selamat Berbuka Puasa...& Selamat Bersahur buat semua....

Thursday, July 19, 2012

:: Selamat Berpuasa ::

Lafaz Niat Puasa

Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan :
Lafaz niat puasa ini dibaca sekali sahaja pada malam sebelum memulakan puasa yang pertama. Apabila baca niat ini,  dah tak perlu lagi untuk baca niat ini pada hari yang berikutnya.  

 نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Lafaz Niat Puasa Untuk Harian :
Dibaca pada tiap-tiap malam sebelum tidur. Kalau nak mudah, baca sahaja lafaz niat puasa untuk sebulan, mana tau nanti terlupa terutama yang muda belia/bujang yang tidak menetap dengan keluarga.  Kadang-kadang terlajak bangun selepas habis imsak ataupun bila azan Subuh berkumandang.

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa Doa Berbuka Puasa (Seorang) :

Lafaz : Allahumma laka suomtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthortu birahmatika ya arhamarrohimin..


Maksud :Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Doa Berbuka Puasa (Ramai) : Doa ini dibaca untuk lebih dari seorang. Hanya tukarkan ‘ta’ kepada ‘na’.


Lafaz : Allahumma laka suomna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika afthorna birahmatika ya arhamarrohimin.


Maksud : Ya Allah bagi Engkau Kami berpuasa dan dengan Engkau beriman Kamidengan rezeki Engkau Kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang

Doa selepas berbuka puasa :


Maksud : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Saturday, August 27, 2011

:: Balik Kampung ::

Assalamualaikum wrth wbkth....

Sabtu dah tiba. Nak bertolak balik kampung hari ini. Semoga selamat perjalanan pergi dan balik ke kampung pada Hari Raya ini...Buat semua, Pandulah Dengan Cermat ye...Semoga selamat sampai tempat yang dituju dan beraya bersama insan yang tersayang.


SALAM AIDILFITRI
&
MAAF ZAHIR & BATIN



Saturday, August 20, 2011

Iftar @ Sri Gombak

Assalamualaikum Wrth Wbkth...

Alhamdulillah dah Ramadhan ke-20 kita berpuasa. Dan itu tandanya lagi 10 hari kita nak beraya kan. Kejap jer...pejam celik pejam celik dah nak raya. Hari nie puasa, berbuka di Sri Gombak. Kat rumah adik angkat. Tak pernah gi Sri Gombak pun...selalu lalu jer. Kali ni singgah la plak kan...siap makan lagi untuk berbuka puasa...Seronok melayan si Alesya yang comel dan becok tu.

:: With Alesya ::

Jenuh gak nak bergambar ngan si Alesya ni. Sebab dia asyik lari sana sini...sebab sibuk makan Twisties dia...anyway dapat gak tangkap gambar si Alesya & mama dia....

:: Alesya With Mama ::

Okay laa....nak tido ...mata dah berkelip-kelip nak tido...banyak lagi nak story, tapi rasa macam tak larat plak hari ni...jadi sambung esok jer laa bercerita kan...okay...heheh chow....Wassalam...


Saturday, August 13, 2011

:: Berbuka Sorang ::

Assalamualaikum wrth wbkth...

Ramadhan ke-13...Alhamdulillah. Weekend hari nie tak de yang istimewa. Masak berbuka puasa pun simple jer. Wat per nak membazir kan...sebab berpuasa pun bukan pasal makanan aje...semuanya adalah mengenai ibadah kita di bulan Ramadhan...

Hari nie juadah berbuka puasa simple & easy jer...Nasi Goreng Kicap Ala Thai, Kerabu Daun Selom & Sambal Telur. Masak tu ajer. Masa nak masak lak..tetiba hubby dapat call dia kena pegi ofis plak. So, nampak gayanya macam aku berbuka sorang jer hari nie. Dan tepat sekali, ye aku berbuka sorang2 di rumah hari nie. Sedihnye.

:: Kerabu Daun Selom ::

:: Nasi Goreng Kicap Ala Thai ::

Esok menunya? Ntah le... Rasa nak masak spaghetti bolognaise atau macaroni bakar jer la kot...tengok pada selera cik abe kite tu la kan...hehe kena tanya la kan...Esok update lain naa...nanti nak upload resepi kat blog resepi lak... okay...Selamat bersahur semua...


Tuesday, August 09, 2011

:: Raya Di Mana Tahun Ini? ::

Assalamualaikum wrth wbkth...

Balik kampung? Mesti saat ni ramai laa yang berkira-kira untuk balik ke kampung halaman pada Syawal ni kan. Dah decide ke kampung mana nak balik? Jangan gaduh2 laa plak pasal balik kampung ek...balik ikut giliran laa pada yang telah berkeluarga yek. Pada yang masih single, jenguk laa keluarga di kampung. Cuti raya tahun nie pun agak panjang gak...so, rancang laa perjalanan untuk pulang ke kampung...


Okay, sambung lagi nanti ek...nak fikir pasal balik kampung nie..heheh...okay choww...Wassalam....


Sunday, August 07, 2011

:: Ramadhan ke-7 ::

Assalamualaikum wrth wbkth...

Alhamdulillah...dah sampai ke Ramadhan yang ke 7...kejap jer kan...pejam celik pejam celik...pas nie raya la plak kan...kejap tul. Rasa masa berlalu dengan pantas...

So, seperti biasa laa....bulan puasa nie heran gak aku kan...sebab biasanya topik utama adalah lauk buka puasa & sahur. Apa yang korang masak? Tu laa soalan yang hari-hari akan di tanya. Atau pun apa yang korang beli untuk berbuka atau bersahur...Sedangkan hari-hari biasa kita makan gak kan...tapi kenapa keutamaan untuk makanan adalah di bulan Ramadhan? Sepatutnya soalan utama di bulan Ramadhan adalah amal ibadat kita dibulan mulia ini dan bukanlah makanan....

Bulan puasa kali ni aku jarang masak. Ntah la..bukan tak nak masak. Tapi sebab balik keje pun dah penat. Jadi tak sempat dan penat gak la...Apapun sahur tetap masak gak la. Lauk biasa jer..tak de la grand macam suri rumah sepenuh masa kan. Masak apa yang termampu dan tersempat laa heheh ... Kalau aku cuti, macam biasa laa...kesempatan ini laa aku gunakan untuk memasak lauk-lauk permintaan encik hubby ... macam-macam gak permintaan dia. Alahaiii...

:: Nampak sedap tak?? ::

Today...nak masak IKAN. Tu pasal kat atas tu gambar ikan. Tu antara lauk ikan yang pernah aku masak dan siarkan di blog resepi ku la. Cuma hari nie aku masak lain lak laa...ingat nak masak ikan bakar tomyam. Perghhh macam best sangat kan....padahal aku guna pes tomyam jer untuk bakar tomyam tu. Simple & Cepat. Hehehe...ada motto lak ... Kalau balik keje pun sempat gak masak, cuma tak sempat laa nak tunggu ikan dinyahbekukan. Kena prepare awal sket. Nanti dah siap bleh laa aku upload gambarnya yek. So, nantikan laa gambar-gambarnya yek.

Okay laa...rasa nak stop dulu. Mata kelip2. Tapi tak ngantok lak. Padahal tido sejam jer tadi. Urghhh...need some sleep. Tapi nak mengemas rumah gak. Nak ganti langsir bilik ni. Okay laa..chow chin chow...Selamat berpuasa & selamat berbuka puasa....

Wassalam...


Friday, August 05, 2011

:: Friday ::

Assalamualaikum...

Ramadhan ke-5 dah...tiada apa nak dikatakan...cuma hari ini adalah hari Jumaat..Yeay...it's Friday babe!!


Thursday, August 04, 2011

KEISTIMEWAAN PUASA DAN BULAN RAMADHAN

Saudara Pendengar Sekelian,

Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun. Ini disebabkan Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini. Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:

Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan.

Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pelangalam yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukum, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.

2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

3. Membanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.

Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak. Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur.

Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah.

Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa.

Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:

Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasaie daripada Abi Khurairah bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka.

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda:

Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.

Terkadang-kadang Rasulullah s.a.w. mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud:

Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.

Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

1. Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya.

Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.

Sumber dari Al-Azim


Wednesday, August 03, 2011

:: Ramadhan ke-3 ::

Assalamualaikum wrth wbkth...

Dah Ramadhan ke-3. Alhamdulillah berjaya mengharunginya dengan tabah. Walaupun sibuk sangat dengan kerja-kerja di ofis, tapi tetap mengekalkan 'kesegaran' diri. Letih tu memang la letih. Tapi kan dah tugas, jadi hadapinya dengan ikhlas.

Lagu raya memang dah kedengaran di semua tempat. Especially di pasaraya. Awal sangat dorang pasang lagu raya tu. Walaupun nak amek mood raya, tapi rasa macam keterlaluan laa plak. Jadi mood raya rasa macam terganggu la plak. Kuih raya tok sah cakap laa...memang melambak-lambak kuih raya di merata-rata tempat. Nak beli atau tidak je laa...senaraikan jer laa..semua ada kerepek, almond london, biskut cornflakes laa dan etc...



3 tahun lepas rajin gak aku buat kuih...kuih siput..tapi tahun nie ntah la...tengok macam mana. Rasa macam nak buat gak kuih siput. Mungkin nak tambah lagi dengan Cornflakes Madu..hmmm, tunggu jer nanti aku update resepinye ek...heheh kalau rajin laa..harap menjadi laaa rajin aku tu..heheh

So far sepanjang 3 hari nie...waktu buka masak masa hari pertama jer...sebab cuti time tu. Hari ke 2 & ke 3 lak beli kuih-muih jer. Tu pun dah kenyang. Makan nasi waktu sahur jer. Jadi tak de laa rasa sendat sangat bila nak solat kan. Makan banyak2 pun tak larat nak makan...jadi makan jimat2 & tak perlu membazir. Ramadhan bukan bulan untuk membazir. Betul tak?

Okay laa..nak tido awal. Esok nak bangun jam 430am untuk sahur. Okay...Selamat bersahur semua...chow...Wassalam....

Monday, August 01, 2011

:: Edisi Masak-Masak Ramadhan ::

Assalamualaikum semua,

Edisi masak-masak dah nak mula balik ler nie. Bukan laa nak masak yang beriya-iya...tapi cukup sekadar untuk juadah berbuka puasa yang sederhana dan tidak membazir. Maklum laa, bekerja dan memasak adalah perkara yang berbeza. Tenaga juga perlu cukup untuk melalukan kedua-dua perkara ni. Tul tak?



So, nantikan update di blog resepi ku yg tak seberapa tu http://heldamelissa-kitchen.blogspot.com yek. Adios!

Selamat menjalani ibadah puasa & selamat berbuka puasa...


Sunday, July 31, 2011

:: Selamat Menyambut Ramadhan ::




Selamat Menyambut Ramadhan
buat
Muslimin & Muslimat
semua

~ Heldamelissa & Family ~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...