Wednesday, August 03, 2011

:: Ramadhan ke-3 ::

Assalamualaikum wrth wbkth...

Dah Ramadhan ke-3. Alhamdulillah berjaya mengharunginya dengan tabah. Walaupun sibuk sangat dengan kerja-kerja di ofis, tapi tetap mengekalkan 'kesegaran' diri. Letih tu memang la letih. Tapi kan dah tugas, jadi hadapinya dengan ikhlas.

Lagu raya memang dah kedengaran di semua tempat. Especially di pasaraya. Awal sangat dorang pasang lagu raya tu. Walaupun nak amek mood raya, tapi rasa macam keterlaluan laa plak. Jadi mood raya rasa macam terganggu la plak. Kuih raya tok sah cakap laa...memang melambak-lambak kuih raya di merata-rata tempat. Nak beli atau tidak je laa...senaraikan jer laa..semua ada kerepek, almond london, biskut cornflakes laa dan etc...



3 tahun lepas rajin gak aku buat kuih...kuih siput..tapi tahun nie ntah la...tengok macam mana. Rasa macam nak buat gak kuih siput. Mungkin nak tambah lagi dengan Cornflakes Madu..hmmm, tunggu jer nanti aku update resepinye ek...heheh kalau rajin laa..harap menjadi laaa rajin aku tu..heheh

So far sepanjang 3 hari nie...waktu buka masak masa hari pertama jer...sebab cuti time tu. Hari ke 2 & ke 3 lak beli kuih-muih jer. Tu pun dah kenyang. Makan nasi waktu sahur jer. Jadi tak de laa rasa sendat sangat bila nak solat kan. Makan banyak2 pun tak larat nak makan...jadi makan jimat2 & tak perlu membazir. Ramadhan bukan bulan untuk membazir. Betul tak?

Okay laa..nak tido awal. Esok nak bangun jam 430am untuk sahur. Okay...Selamat bersahur semua...chow...Wassalam....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...