Assalamualaikum,
Asyik tertangguh jer nak berblogging pasal roadtrip kami ke Krabi. Kali ni memang pergi dengan kawan-kawan ofis dan 1st time laa aku pegi group tour nie. Best gak kalau dapat kawan-kawan sekepala ni. Seronok sangat!
Perjalanan bermula dihujung bulan Mac. Dah dekat-dekat dah time nak GST. Hahaha...kami tak de laa kena mengena ngan project2 GST. So okay laa kan, tak kisah sangat laaa. Dari Kuala Lumpur kami semua menyewa sebuah van yang boleh memuatkan kami seramai 9 orang. Bertolak dari KL jam 10pm. Aku ni amat sukar sket kalau travel malam. Tu pasal roadtrip aku semua bermula di siang hari sahaja. Hehehe...nie kira pengalaman baru.
Dah bertolak jam 10pm dari KL. Kami menyinggah di hentian sebelah utara untuk mengisi perut. Patut membuang apa yang patut, tapi kami plak pi bantai makan Nasi Lemak. Sebab terpesona dengan bunjut peket Nasi Lemak, terus laa pakat ramai-ramai makan. Hahaha...memang makan macam orang kebulur lak.
Lepas tu kami terus laaa bertolak. Dan tiba di Padang Besar lebih kurang jam 5.30am. Isi minyak dan terus ke tempat yang di janjikan dengan driver kami dari Thailand. Van Thailand telah menunggu kami di satu kawasan yang ditetapkan. Pakcik Driver ni pandai cakap Melayu. So senang laa kerja kami, sebab kami perlukan dia untuk membawa kami ke mana-mana. Sebab orang Thailand ni ramai tak boleh bertutur bahasa Inggeris. Payah tul dorang nie. Kang jadi ayam itik plak. Order makanan lain, sampai makanan lain plak. Naye laaa kan!
Bawah nie adalah Van Thailand yang kami sewa tu. Bertolak lebih kurang 7.30am dari Padang Besar memasuki sempadan. Awal pagi kurang jem. Kebetulan trip kami diketuai oleh seorang pegawai Kastam. Jadi senang laa kerja kami kan. Dia pun kebetulan pernah bertugas di Padang Besar nie. So, borang-borang nak masuk Thailand kami dah siap isi la. Awal pagi kurang sikit. Jadi que di imigresen kurang orang. Lancar ajer la. Lepas beberapa jam kami tiba di hentian rehat di Thailand.
Di hentian rehat ni, senang jugak. Sebab banyak makanan halal. Jadi kami pun memang lapar gak masa ni. Boleh laaa makan dan beli jajan. Toilet di sini juga bersih. Malah surau juga ada disediakan. Memang bagus sangat.
Lebih kurang 2 jam perjalanan kami tiba di destinasi seterusnya. Emerald Pool. Memang best sangat tempat ni. Cantik dengan kejernihan airnya yang warna biru turqoise. Masa kami pergi nie dah kira weekend. So, ramai sangat orang. Sampaikan nak duduk kat dahan2 yang ada pun macam payah. Nak masuk sampai ke Emerald Pool tu kira2 800meter gak dari pintu masuk. Bersedia laa nak berjalan yek. Jauh tau!! Mengah gak laaa nak berjalan ke dalam tu. Tapi bila dah sampai memang worth it sangat laa masa tu. Tenang rasa jiwa tengok air tu.
Lebih kurang 2 jam kat sini. Kami bertolak laa untuk ke Ao Nang, Krabi. Tak sabar nak sampai destinasi dah sebenarnya. Dalam perjalanan memang kami semua bantai tido. Penat dah berjalan n berkubang dalam air tadi. Sebenarnya letih dek berjalan kaki ke dalam tu jer. Pas tu cuaca plak memang panas terik. Nasib baik laa kat situ ada juga gerai makan Muslim. So, senang laa kami nak makan minum. Tapi biasa aaa sebab ramai, makanan pun agak lambat sampai jugak la. Dah laa kebulur dan haus masa tu.
Lepas makan tengahari tu. Kami bertolak laa ke Ao Nang, Krabi. Akhirnya tiba dalam jam 4pm. Alangkah seronoknya. Dapat laa mengeliat sakan. Badan dah lenguh2 dalam perjalanan tu kan. Kami menginap di area depan Starbucks & McDonald di Ao Nang. Sekitar hotel pun banyak kedai serbanika. So senang laa nak beli air atau apa2 kalau memerlukan di malam hari. Kebetulan di lokasi penginapan kami tu terletaknya tempat urut yang famous. Lepas dah penat memang best untuk mebetulkan urat-urat yang terselirat tu.
Sebelah petang, kami pun bersiar-siara laa di sekitar pantai Ao Nang Beach. Siap pergi tengok sunset tepi pantai lagi. Seronok laa kan. Sambil-sambil tu pergi carik beg kalis air untuk pergi ke island hopping esk. Actually dah ada. Tapi kononnya nak tambah lagi satu untuk koleksi akan datang.
Lepas jalan-jalan. Kami balik ke hotel. Nak rehat before pakcik driver tu datang untuk bawak kami jalan-jalan dan makan. So, balik berehat dulu laa. Kami plak pi kedai 7Eleven sebab dok cari air masak untuk di bawa esoknya. Sebab musim tu pun panas, jadi kami perlukan air yang banyak.
Nanti sambung lagi part 2...waktu kami di Island Hopping sekitar pulau-pulau di Krabi. Choww....
No comments:
Post a Comment