Showing posts with label Team Building. Show all posts
Showing posts with label Team Building. Show all posts

Thursday, January 02, 2014

Teambuilding?

Assalamualaikum...

:: Sumber Mr Google ::
Menjelma dah 2014. Banyak dah agenda kedengaran. Macam-macam bakal berlaku sekitar 2014. Antaranya pindah office. Alahaii...kena mengemas laa jawabnyer macam nie. Ke mana laaa plak eh pas nie? Jangan makin tinggi pindah udah laaa...penat laaa turun tangga kalau ada fire drill....gigil lutut nak turun bila dah tinggi-tinggi nie. Letih maakk!!

Teambuilding?? Another one mehh?? Adehhh every year event laa kiranya nie untuk department kita orang. Diharapkan destinasi kali ini tak laa jauh mana. Sebab kalau jauh-jauh ni penat dalam perjalanan aje. Letih laa. Pas tu esok kena keje plak kan! Patah riuk makk..keje office plak banyak kan...

Ke mana laa agaknya destinasi tu...tak diketahui hingga saat ini...masih menunggu aje nie...diharapkan best laaa. Tak mau laaa aktiviti in door. BORING! Nak outdoor...baru mencabar kan...

Sunday, January 20, 2013

Day 3: Team Building ~ Pangkor Island Beach Resort

Salam,

3rd day. Its our last day in PIBR. Seronok walaupun hanya sekejap sahaja. Walaupun agak penat sebab perjalanan jauh. Tapi kami semua enjoy! It's time to say good bye!
 

 
Masa tiba di jeti, bot dah ada. So, terus naik aje la. Tapi lambat plak jalan. Memandangkan bot lambat jalan kami semua pun berposing sakan laaa atas bot yang belum berjalan tu.
 

Bergambar mengalahkan pelancong dah masa ni. Haha pelancong tempatan laa kiranya gak! Heheh..masa nie semua kecoh. Bila dah naik bas aje, semua dah senyap. Sebab semua dah penat dan semua dah tido! Haha bertuah tul... Anyway kami semua enjoy. Bising sama-sama. Makan sama-sama. Dan tido sama-sama...tido dalam bas la! Hehehe...mesti ada yang berdengkur. Yang pasti bas baru jalan 20 minit aku dah tido la. Sampai KL baru sedar...ehehe...

Saturday, January 19, 2013

Day 2: Team Building ~ Pangkor Island Beach Resort

Salam....
 
Sambung lagi story semalam. Nak citer dah letih sangat dah. So far kat sini okay la. Makan minum semua best! Mulakan dengan breakfast, lunch & dinner. Semua best! Makan berulang memang banyak kali la kan!


Mulakan pagi dengan sarapan

Lepas sarapan aktiviti team building mula. Island Survival, tapi masa nie memang tak bawak apa-apa gadget. Sebab takut ada aktiviti masuk air kan. Jadi risau laa kamera terkena air kan. Jadi terpaksa tinggalkan di bilik saja la. Acara tangkap ikan la..buat khemah la..panjat pokok kelapa la..hidupkan api la..masak sotong la..semua kami buat. Hehehe..seronok gak sekali sekala kan ada aktiviti macam ni!
 
 
Lepas aktiviti Survival Island. Ramai yang keluar pergi shopping membeli ikan bilis & ikan kering di sekitar Pekan Pangkor. Aku? Malas nak join la. Lagipun aku pun selalu balik Lumut. So, wat pe laa aku nak sibuk beli itu dan ini kan. Heheh macam menyibuk lak rasanya! Jadi aku melepak di bilik aje petang tu. Layan citer Hindustan sambil golek-golek atas katil. Dah petang sket baru aku keluar pegi jalan-jalan amek angin di tepi pantai. Rasanya banyak aktiviti santai aje di sini. Tak de lak aktiviti yang berat-berat pun. Kira okay laa tu. Bleh berehat sket kan!
 

Petang tu penuhi masa dengan jalan-jalan disekitar hotel. Malam plak kami ada BBQ Dinner kat tepian pantai.


Bawah tu bilik aku. Level bawah. Senang sket nak angkat barang. Tapi bila lalu ikut atas jenuh lak nak naik tangga. Tapi enjoy laa sepanjang duduk sini 3 hari. Rasa rehat sakan pun ada. Hehehe....


Semua muka kenyang! Enjoy the moment together. Esok..kami sudah pulang ke kota metropolitan. Enjoy the moment while you can. 

Friday, January 18, 2013

Day 1: Team Building ~ Pangkor Island Beach Resort

Salam...
 
Seminggu sudah berlalu. Baru laa ada masa nak citer pasal team building di Pulau Pangkor. Jauh kan team building kali ni. Keluar terus dari KL. Dan dekat plak untuk aku balik rumah kan. Tapi tak dapat laa balik rumah sebab kami kan ikut rombongan cik Kiah. Naik bas beramai-ramai macam budak sekolah.
 
 
Ada gak yang bawak family kali ni. Tapi aku tak bawak la. Since ni acara ofis, malas laa nak pegi. Lagipun Pangkor nie bila2 masa aje bleh pegi pun ehehe...tak jauh dari umah ibu pun. So, pegi weekend time cuti di Lumut pun bleh laa pegi kan.
 
 
Kami dah tiba di Pangkor Island Beach Resort. Kat private jeti gitu. Kelas kauuu...al-maklum jer laa dapat join team building mahal. Lepak di pulau plak tu kan..Heheh...kau ado?
 
Jeti Pangkor Island Beach Resort
Kami naik bas nie untuk ke resort dari jeti. Comel kan bas tu! Macam bas sekolah Sin Chan lak ...kiut. Tak de tingkap bertutup plak tu. So, berangin ajer laa....depa bantai penuhkan bas. Dah macam Bas Mini kat KL suatu ketika dulu...ehehe...Sib baik laa aku dapat duduk. So, kira selamat laa...eheheh...
 
 
 
Setelah check-in. Dapat kunci bilik. Lega. Terus tarik bag untuk ke bilik. Lega sampai bilik. Cuma bilik agak jauh dari kaunter reception. Garden Wing. Perghh...jenuh naik turun tangga angkat beg. Letih gak laa macam tu. Tak sesuai tul tangga dia untuk angkat beg, sebab tangga kecik sangat! Sampai bilik okay gak laa. Untuk dua orang duduk dalam satu bilik, dengan dua queen size bed. Memang best! Sorang satu katil. Pergh!! Best bleh golek-golek sepuas hati!
 
Balkoni bilik kami
Nasib baik laaa before sampai ke Lumut kami semua dah sapedek tengahari. Kalau tak memang kebulur la. Sebab waktu makan kami adalah pada waktu petang iaitu untuk dinner. Tapi nasib baik laa waktu dinner adalah jam 6.30pm.
 
Indahnya pemandangan di waktu petang
So, aktiviti utama dibuat lebih kurang jam 4 petang. Ice Breaking ... tak de buat apa sangat pun. Sebab lepas sejam kami semua dilepaskan untuk aktiviti bebas disekitar resort. Seronok gak la...jenuh laa penuhkan kamera dengan gambo gedik-gedik kami di pantai bersama office mate. Hehehe...acara utama la tu kiranya!!
 



Ada macam-macam aktiviti boleh dibuat di sini. Berkayak, perahu layar, snorkeling dan lain-lain lagi. Best gak! Pada mulanya nak mandi gak kolam renang tu kan..tapi segan laa sebab ramai budak ofis kan. Lenkali aje laa.
Jam 6.30 petang. Tiba sudah waktu makan malam yang dinantikan. Disebabkan lapar sangat. 6.30 pm tepat kami & the gang dah terus masuk ke Hornbill Restaurant. Makan buffet. Ambil saja laa baper banyak yang anda mahu..ehehe....so, terserah la kan! Yang pasti boleh makan banyak. Hehe..makan sampai kenyang.. Yeay!!

1 round: Nasi Beriani + Sambal Udang + Ikan Kukus + Bakchoy

2nd Round: Beef Steak + Black Pepper Sauce + Salad + Ikan Kukus
After dinner tu ada plak indoor activity. Critical Thinking katanya. Dah lepas makan. Kenyang. Otak? Tak bleh fikir dah plak masa ni. Memang nak tido aje. Dah laa penat perjalanan jauh dari KL-Pangkor kan. Jadi mindset untuk tido tu dah menerawang ajer di otak. Heheh....After activity nie, kami terus pulang ke bilik. Tak larat laa nak tengok live band ke ape. Ngantok seh! Salin baju tido terus babam..zzzzzz! Sambung sok lak activity yek.... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...