Wednesday, June 30, 2004

Spiderman 2

HOTLINK!29 June 2004 yang lepas..jam 9.15pm..aku pergi tengok SPIDERMAN 2 bersama-sama beratus-ratus ahli HOTLINK yang lain. Tak sangka akan seramai itu pulak yang akan pergi. Penuh TGV KLCC malam tuh. Sebelum masuk semua kena periksa. Takut ada yang bawak Video Cam, PDA, Camera Phone etc yang boleh rakam Spiderman 2..yer lar..kot-kot ada yang nak koleksi sendiri atau pirate CD ker kan...tak elok tu.

Anyway, SPIDERMAN 2 kali ni memang best ler...aku suka sangat. Dah ler muka Tobey Mcguire nampak sweet jer..Kali ini lebih banyak aksi berbanding dari SPIDERMAN yang lepas tu. Kali ini SPIDERMAN berdepan dengan masalah perasaannya terhadap Mary Jane Watson dan juga perasaan bersalahnya terhadap Auntie Ann yang telah membelanya sejak kecil. Kali ini musuh SPIDERMAN yang baru adalah seorang saintis yang telah menjadi raksasa akibat dari barang yang diciptanya sendiri. Manakala kawan baiknya sendiri Osborn juga mula memusuhinya akibat terbongkar identitinya kepada Osborn yang dia adalah SPIDERMAN yang dicarinya kerana dendam yang belum terbalas.

Kerana mahu menyelamatkan bandaraya New York dan Mary Jane...SPIDERMAN telah pergi ke tempat saintis yang menculik Mary Jane. Disitulah identiti Peter Parker terbongkar dan segala persoalan Mary Jane terjawab. Nak tahu lebih lanjut..bagaimana kesudahannya..dan mengalami keseronokan SPIDERMAN 2...jom lar pegi panggung terdekat di tempat anda..okeh..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...