Sunday, February 03, 2013

JJCM : Yong Tau Fu Kampung Pandan

Salam,

Semalam jalan-jalan dan terus mencari tempat makan. Pusing punya pusing. Ambil keputusan nak pi makan Yong Tau Fu. Di mana? Di area Kampung Pandan.
 
 
Dah lama nak pegi. Baru dapat pegi semalam. Lega gak dapat pegi merasa. Okay gak. Sedap. Masa tiba dah jam 8mlm. Agak ramai gak orang yang sedang beratur kat situ sedang menapau dan tunggu giliran untuk makan. Banyak gak kami ambil untuk malam tu. Agak murah gak. Kuah sambalnya agak sedap. Memang aku suka. Pilihan juga banyak. Cuma untuk mendapat parking di situ agak susah sket. Memandangkan tepi jalan, kena parking kereta berhati-hati la, takut di geser oleh bas atau kenderaan lain.
 
Memandangkan aku datang waktu malam. Jadi tak banyak laa gambar lokasi yang dapat dirakam. Lagipun masa tu nak cepat sebab lapo sangat. Hehe...gelojoh lak kak melah ni kan!
 
Kalau nak mencuba boleh laa datang ke sini:
No. 2, Jalan Satu, Kampung Pandan, 55100, Kuala Lumpur
 
Kedai ni hanya ditutup setiap JUMAAT. Dan jam 9mlm dah nak tutup la. Kat situ ada macam-macam gak jual. Mee Rebus, Bihun Sup dan lain-lain lagi. Air minuman juga sedap. Okay laa tak mengecewakan.
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...