Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Sunday, October 27, 2013

An Evening in IKEA

Assalamualaikum....

Apa buat di hujung minggu? Biasanya tidur dan menonton TV. Jarang jalan laa kalau tak de apa-apa nak buat tu kan. Prefer dok umah sebab minyak pun dah naik. Kalau jejalan sure laaa nak kena isi minyak lak kan...eheheh...barang makan pun mahal. Jadi duduk di rumah dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan. Betul tak? Tapi kalau dah selalu sangat dok umah, bosan gak kan!

So, last weekend, kami pun ke IKEA. Lama tul aku tak ke sini. Biasanya ke sini kalau ada barang nak beli aje. Kalau Mr Hubby dia selalu laa ke IKEA. Sebab ofis dia dekat sangat kat sini. Jadi boleh laaa makan lunch di IKEA nie. Jelesnye!! Huhuh...Jadi melangkah laa kami ke IKEA nie minggu lepas. Selalunya aku akan ke IKEA di waktu pagi tau. Tapi kali ni aku ke IKEA di waktu petang. Mak aiii jem tak hengat laa nak masuk parking IKEA tu. Last-last aku masuk parking di The Curve aje la. Senang. Tak jem pun dalam tu. Membazir minyak aje laa kalau aku dok beratoq situ last2 tak dapat lak parking lagi laa sakit hati kan!! Bukan jauh mana pun, depan aje..so, per salahnye jalan kaki sket. Bleh bakar lemaks!!


Sampai di IKEA. Punyer laaaa ramai orang. Apa dorang buat? Shopping laaa kan! Ingatkan bila dah petang kurang laa orang kan. Rupanya tidak laa plak. Alahai. Tak per laaa...memandangkan dah sampai, kami meneruskan agenda hari ini untuk shopping. Memang ada barang penting nak di beli. Penat dah ukur segala bagai tu kan. Jadi harus laa diteruskan misi ini walau dalam apa cara sekali pun. 

Mr Hubby terus ajak nak makan aje...tapi bila sampai Cafe IKEA. Makkkk aiii...beratoq sampai ke belakang dah wey! Meja nak makan pun tak dak. So, baik tak payah laaa...ambil keputusan untuk pusing IKEA dulu la...

Cadangnya mencari lampu-lampu dan blind. Yang di beli adalah blind tingkap. Untuk project baru nie. Hehehe..project apa? Rahsia. Ronda-ronda tu, sesambil posing dalam IKEA. Bukan aku yg posing, barang dalam IKEA nie aje...aku tangkap aje laa..buat contoh. Tapi ramai laa gak yang bergambar dalam IKEA. Hmmm...

Lampu bawah nie...tak de laa aku nak beli. Macam tak best aje. Lagipun tak minat laa nak lampu macam nie. Kang jadi tempat kumpul habuk lak kan! Hehehe yang color-color tu lawa, tapi bila fikir-fikir balik macam tak perlu aje...jadi beli apa yang perlu aje laa...tak laa membazir kan!



Dah puas meronda dalam tu. Puas laa tengok design mana yang boleh di tiru sipi-sipi kan...hehehe...so, kami pun kembali laaa ke Cafe IKEA tu. Alhamdulillah, dapat tempat duduk. So, Mr Hubby pun pergi laa mendapatkan makanan kegemaran dia tu. Apa lagi kalau bukan Swedish Meatball dan Chicken Wings dia tu. Kalau dulu-dulu (sapa yg pernah makan la) ada Daim Cake. Sedap sangat! Sekarang tak de dah cake tu. Sedihnye..then ganti dengan macam-macam kek lain. Tapi tak berapa sedap lak kek lain tu. Ntah laa..tak de kick!

Ni laaa hasilnya setelah beratur dengan begitu setia di barisan yang sangat panjang...hehehe...nak makan sangat laa punye pasal kan...beriya tul Mr Hubby!!



Rasanya Swedish Meatball lagi sedap makan dengan Mash Potato nie. Kalau dengan kentang goreng tu tak sedap laaa...pelik rasa dia. Cuma jem tu rasa sikit plak. Alahai..tak sedap laa macam tu kan...lagi suka kalau banyak bleh cicah-cicah!

Sila abaikan aksi-aksi di bawah! Aksi budak jakun nie..hahaha...Tak penah-penah laaa aku bergambar di IKEA...hahaha...sekali sekala...ramai plak tu yang bergambar dengan benda tu hahaha...Bibiaq Besaq! Hahaha....layan!!!



Wednesday, April 03, 2013

Jom Shopping ...

Salam....
 
Tajuk macam nak ajak ramai-ramai gi shopping aje kan. Shopping tak payah gerak ke mana pun. Dok depan laptop then tunggu orang datang hantar aje di rumah. Sedia duit aje laa kan. Tak yah susah-susah untuk beratur panjang di pasaraya. Seronok plak rasanya. Aku memang suka. Tak yah laa buang minyak nak mengharungi jem di jalanraya. Dok umah pilih-pilih barang. Then barang sampai di muka pintu anda...huhu sukernya!
 
Jom kita mulakan hari ini. Hanya untuk yang berada di Lembah Kelang aje yek dulu...Macam-macam bleh beli. Especially groceries.
 

 
 
 So, apa lagi jom laaa!


Sunday, January 27, 2013

Day 4: Ho Chi Minh City

Salam...

Last day in Ho Chi Minh City. Sedih? Ada gak. Tapi tak per, nanti bleh datang lagi ke sini. Dengan matlamat shopping lagi laa kan. Next time datang lagi. So, nantikan aje update nya ek. Anyway, syok dok kat area ni. Sebab kiri kanan adalah hotel.


Tiba kat airport. Dah tiba masa nak balik KL. Flight memang dipenuhi orang Malaysia yang sarat dengan bagasi barangan shopping di HCMC nie. Pegi 1 beg, balik beg berlebihan plak. Ada yang nangeh kat kaunter pun ade. Ada muka yang masa check in dah terlebih luggage. Dalam flight kami tak nampak. Hmmm...di mana mereka?
To Planes? Hmmm...apa2 aje laa...janji naik kapal terbang..


 Its time to say good bye Ho Chi Minh. Next time boleh laa datang lagi kan...

Bandar HCMC dari atas
Bandar Ho Chi Minh memang padat. Masa tiba tu pun dah bleh nampak. Rumah agak rapat-rapat. Dan kurus-kurus reka bentuk rumah mereka. Macam orang dorang jugak. Kurus aje...slim sangat!


Indahnya berada di awan biru. Sehingga bertemu lagi Ho Chi Minch City...

Saturday, January 26, 2013

Day 3: Ho Chi Minh City

Salam....
 
Day 3. Pergh...hari ke-3 ni aku agak dah slow sket laa kut. Just jalan-jalan to look around. Ronda di sekitar Benhh Tanh aje. Tengok kedai apa yang menarik la. Seronok gak nak meronda. Hajat hati nak melawat Pejabat Pos HCMC & Muzium, tapi tak de peta dan tak tau jalan. Jadi malas laa. Memandangkan aku nie temankan orang untuk bershopping so, just follow aje la kan. May be next time laaa aku melawat ke tempat-tempat tu.

Roundabout berkuda ni depan pasar Benh Tanh

Macam Menara TM @ Pucuk Rebung
3rd day nie kami lebih santai. Lebih kepada jalan-jalan pusing kawasan aje & survey apa yang boleh disurvey lagi la untuk panduan bershopping di masa akan datang.
 
Bunga pun ada dijual di sini
Boleh dikatakan setiap malam kami akan ke pasar malam. Apa tujuan? Sama aje, SHOPPING laa..tu aje. Beli T-Shirt agak murah gak di sini. RM10 untuk tshirt Hard Rock Cafe & tshirt ala2 Starbucks. Tapi memang kelas laa kain dia. Table runner & beg boleh juga ada. So, boleh laa beli buat buah tangan.

Pilih...pilih...
 
Beg tangan juga ada
Buah-buah segar & manis. Sedap!
Kat pasar  malam ni boleh laa beli buah-buah yang siap dipotong dengan harga USD1. Ok la tu. Buahnya manis dan sedap. Buah Ciku pun besar. Buah Nangka pun manis aje walaupun kecik. Kira kalau duduk sini 4 hari 3 malam boleh dapatkan bekalan buah-buahan di sini sebagai bekalan makanan. Okay laa tu kan..at least tak lapar sangat ada buah-buahan yang boleh dimakan.


Ho Chi Minh City, Vietnam

Friday, January 25, 2013

Day 2: Ho Chi Minh City

Salam...
 
Day 2. Apa kami buat? Shopping la. Tu kan agenda utama di sini. Untuk makluman, aku malas laa nak join tour ke Chu Chi Tunnel & Mekong River. Lom lagi laa kut. May be next time. Tujuan utama pun aku nak meninjau di HCMC ni dulu. So, menimba pengalaman yang secukupnya laa di sini.
 

Telekung Vietnam

Kain Cotton & Sutera Vietnam
Jubah yang dah siap memang banyak dijual di sini. Tapi kebanyakkannya yang bermanik2 la. So, bleh laa buat pegi jalan-jalan dengan glamournya! Hehehe...sama laa macam baju kurung cotton tu yang siap dengan manik gak. Pening gak tengok manik banyak sangat. Anyway, sini urus niaga boleh guna RM tau. Cer tengok tanda harga tu. RM kan...nak bayar USD pun bleh...VND pun bleh...ikut mana suka. So, kalau ke mari bawalah juga RM kita...sebab laku gak digunakan di sini. Tapi before berurus niaga tu tanya laa dulu kan....
 
Banyak pilihan kan?
Dok shopping aje kan....tak lapo ker? Memang la bawak bekal dari Malaysia. Hehehe, nak gak merasa Pho Mee yang fames tu. Kalau kat Malaysia kita bleh makan kat Secret Recipe, tapi tak sama laa rasanya. Lain sangat bezanya. Kat sini dorang hidang dengan ulam-ulam tau. Kalau tak suka makan sayur or ulam jangan la makan kut. Nasi berlauk ada gak. Tapi lauk tak banyak pilihan sangat la. Depan hotel kami ada beberapa kedai makan halal iaitu Hajah Basiroh & Restoran Kampung Melayu. Kalau nak murah makanlah di kedai Hajah Basiroh cuma pilihan makanan tak banyak la. Kalau Restoran Kampung Melayu ni banyak sket pilihan. Cuma harga mungkin agak mahal. Tempohari tak sempat nak cuba lak...
 
Pho Mee @ Hajah Basiroh, HCMC
Nasi Berlauk (Kangkung+Telur Sambal+Ayam Goreng)
Lepas makan sambung lagi shopping sekitar Benh Tanh. Macam-macam kedai kami keluar masuk la. Mencari apa yang dihajati di sini. Baju kurung, Kain Cotton, Kain Sutera Vietnam, Telekung, Tudung, Beg Deuter, Beg Beroda...memang mau sasau gak laaa kalau tak bleh kawal iman tu...hehehe..aku? Masih terkawal lagi laa...eheheh...
 
Tudung Half Moon

Half Moon 2 layer
Sebenarnya banyak benda yang boleh dibeli selain kain & telekung. Seni kraftangan di sini gak agak bagus untuk dijadikan buah tangan. Cantik-cantik belaka. Orang Vietnam ni sangat cermat. Oh ya, selain baju, beg adalah benda yang boleh dibawak balik juga. Beg Deuter, Kipling, Crumpler, Samsonite dan lain2. Memang banyak dan murah gak. Cuma kena pilih laaa dengan baik la. Ada yang menawarkan harga agak mahal juga.
 
Kedai beg. Memang teruja!
 

Nie plak kedai 24 jam. Kiranya macam 7-Eleven la. Ada HSBC ATM lagi tau. Tapi kalau nak membeli belah dalam kedai nie pakai laa mata wang VND (Dong). Dorang nie tak pakai USD atau RM pun. Lokasi kedai pun depan hotel aje. Ok laa tu. Kiranya kalau rasa nak beli apa2 boleh laa singgah ke kedai nie walaupun dah malam kan.
 
Banyak nak citer lagi...adoi..letih dah...penat menaip...bukan penat bercakap pun eheheh..anyway harap enjoy....
 

Ho Chi Minh City, Vietnam

Thursday, January 24, 2013

Day 1 : Ho Chi Minh City - Part 2

Salam,

Lebih kurang jam 11 am waktu Malaysia kami tiba di Tan Son Nhat Internation Airport, Vietnam. Lepas keluar perut kapal terbang, tiba laa masa nak jumpa imigresen & pick up beg. Memula tengok imigresen takut gak. Sebab macam komunis lak. Risau pun ada. Muka depa dah laa serious. But after greet "HELLO", dorang senyum. Alhamdulillah!
 
Kami dah tiba di Ho Chi Minh City, Vietnam
Lepas dah pick up beg. Kami pun keluarlah dari airport dari balai ketibaan. Terkejut omak! Ramai betul orang yang menunggu di hadapan pintu. Hehehe...dorang tunggu family kut. Tapi memang ramai dia tu kalah laa KLIA & LCCT. Anyway, kami terus ke bahagian hujung airport, untuk mendapatkan teksi. Teksi Vinnasun adalah pilihan yang digalakkan sebab mereka menggunakan meter berbanding teksi lain. Kalau dari airport hingga ke hotel area Benh Tanh around USD9-USD10 saja. Tapi sediakan duit dalam Viet Dong VND).
 
Muka org Malaysia memang bleh kelihatan di mana2
Kami kami keluar dari airport agak payah gak. Sebab tunggu giliran untuk dapatkan teksi. Ramai sangat orang Malaysia dapatkan teksi Vinnasun. Jadi tunggu aje laa giliran kan. Dekat 30 minit gak laaa baru kami dapat teksi. Penat gak laa berdiri kat situ. Letih!

Pemandu Teksi kami seorang wanita Vietnam...lawa seh!
Tiba di hotel Saigon Pink 2. Kami berehat2 dahulu. Makan dulu bekalan yang dibawa dari Malaysia. Kenapa bawak bekal? Sebab nak jimat. Duit tak de? Ada laa...tapi kalau boleh nak pakai untuk bershopping laa kan. Biasanya bekalan yang harus di bawa adalah mee maggi, roti, minuman 3 in 1, rendang Brahim etc...suka hati laa apa nak bawak kan. Bukan tak boleh makan makanan di HCMC ni, boleh gak cuma larat tak larat aje nak bayor laa kan...tak de laa mahal pun. Tapi bak kata saya tadi kita bleh berjimat gak laa...tul tak..
 
Nescafe + Mamee Kari Berapi buat alas perut sebelum berjalan di HCMC

Bekalan kami dari Malaysia
Lebih kurang jam 3pm (waktu Malaysia)...kat sana baru kul 2pm la. Kami pun memulakan perjalanan ke pasar yang fames tu. Benh Tanh Market. Tak jauh pun dari hotel. Bleh nampak lokasinya bila berdiri dihadapan pintu hotel. 2 minit aje dah sampai, cuma kena menyeberang jalanraya yang penuh dgn kenderaan yang suka hon hon tu..kena berani menyeberang aje la...kalau takut memang tak bergerak la jawabnya.
 
Tu pasar Benh Tanh. Motor banyak sangat di sini..
Salah satu pintu masuk

Kraftangan yang sangat banyak

Bleh buat pants & suit
Banyak sangat nak citer kat Ho Chi Minh City nie. Seronok pegi sana buat kali pertama memang agak teruja gak la. Maklum jer laa sana kan syurga membeli belah buat kaum wanita. Tapi sebenarnya untuk kaum lelaki juga kalau pandai mencari apa barang yang nak di beli.
 
Mau sasau kalau tengok warna-warna kain nie
Bagi kaum wanita, kain cotton, baju kurung labuci dan telekung menjadi pilihan. Banyak pilihan memang tak terkata la. Sebab tu laa ramai sangat orang Malaysia di sana. Dah rasa macam kat KL. Macam area Masjid India aje. So, tak de laa homesick sangat bile berada di sini.
 
Sebelah malam pula depan Benh Tanh market tu ada pasar malam. Setiap hari tau. Perghhh kat KL pun tak de laaa pasar malam setiap hari di tempat yang sama plak tu. Tapi memang best laaa...sebab bleh tengok macam2 di situ. Time ni kita bleh tengok orang Malaysia sangat ramai. Siang ke mana?
 
Baju Kurung Cotton sulam manik
Ramai kan orang Malaysia di pasar malam ni. Tu pasal rasa macam di KL aje time nie. Macam tak percaya plak aku kat pasar malam di Vietnam yang dipenuhi rakyat Malaysia bershopping sakan.

Ada yang species berebut gak tu...mcm2 aje...
Nie baru kisah day 1 aje...lom lagi kisah2 hari kedua dan ketiga. Aku shopping banyak? Tak laa...aku just jalan2 & amek catatan aje. Beli pun sehelai dua saja. Sekadar memerhati gelagat orang aje. Tengok apa yang boleh dibeli untuk lawatan akan datang ehehe...niat untuk datang lagi sekali memang ada. Dengan duit yang banyak sket laaa kan ehehe...


Saigon, Vietnam

Day 1 : Ho Chi Minh City ... Here I Come ... Part 1

Assalamualaikum....
 
Hari yang dinantikan telah tiba jua akhirnya! Berdebar ngalahkan nak amek exam aje...ape pun aku sangat teruja disebabkan ini kali pertama menjejakkan kaki ke bumi Ho Chi Minh a.k.a Saigon yang begitu fames dikalangan warga makcik2 dari Malaysia....
 
 
4.30am - Bertolak ke LCCT dan naik SkyBus.

4.50 am - Tiba di KL Sentral.
 
5.00 am - Naik bas.
 
5.30 am - Baru bas bergerak ke LCCT.
 
6.30 am - Tiba di LCCT. Check-in baggage. 
 
7.30 am - Check kastam. Melepak dalam Departure Hall. Makan Dunkin Donut jap..heheh
 
8.30 am - Boarding flight
 
9.10 am - Flyyyyyy.....terms nyanyi lagu Air Asia yg dlm iklan tu...huhuhu
 
10.50 am - Tiba dah di Saigon
 
Saigon Pink 2
Fuhhh...letih laaa nak citer pakai iPad nie..secara live laaa kiranya. WiFi hotel sangat laaa best. Hotel mana? Hotel Saigon Pink 2. Lokasi sangat laaa strategik ngadap pintu Pasar Ben Tanh. Syok laa jalan kaki tersangatlah dekat! Lokasi shopping tersangatlah bagus. Senang sangat kalau mmg niat untuk shopping sakan (ada gak aksi shopping mcm Sakai, sbb taksub shopping smpi mata pun mcm buta aje..main langgar aje) ....kisah nie nanti aku story di entry akan datang. Tak de mood nak story...
 
Okay laaa...mata sudah mengantuk sangat. Kaki sudah penat. Mata sudah letih. Mau tidur laaa tu kan...Nanti saya update lagi yek....
 
Nite...Selamat malam Malaysia.... 
 
P/s: gambar after blk Malaysia....
 
Saigon, Vietnam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...