Showing posts with label Outing. Show all posts
Showing posts with label Outing. Show all posts

Thursday, February 05, 2015

Jom Bersantai : Breakout Malaysia

Assalamualaikum!

Hi. Nak citer la, 2 minggu lepas baru nak citer laaa kan kami & rakan-rakan office ke tempat ni. Breakout. Apa tempat ni? Tempat makan ker? Atau tempat karaoke? Semua tu bukan yek adik-adik comel sekalian. Tempat ni adalah tempat bermain escape game. Kiranya macam anda semua terkurung dalam 1 bilik dan cuba selesaikan sesuatu dan kena keluar dalam masa yang ditetapkan. Seronok sekali sekala mencuba benda-benda lain kan.


Breakout is not your conventional escape game. Our outlet consists of various themed rooms with a capacity of 2 to 6 players. The rooms are carefully crafted and designed to provide players maximum mind boggling puzzles and tasks which are to be completed within 45 minutes. Each room have their very own storyline, puzzles and tasks to ensure fresh and exciting new experiences. Our objective is to provide an immersive movie-like experience and a whole new level of escapism from the hustle and bustle of Kuala Lumpur city for the young, uprising community of Malaysians seeking a new thrill in life.

So amacam? Nak datang sini ker?

Jom kita tengok apa bleh buat di sini. Mula-mula kena ada player untuk game ni. Pemain antara 2 hingga 8 orang. Refer pada gambar di bawah yek.

Sumber dari Web Breakout Malaysia
Apa game nye kan? Mesti korang nak tau kan. So far ada 5 jenis room kat sini. Korang boleh laa pilih ikut tahap kesusahan bilik ini. Ada yang paling susah, ada yang paling senang. Pilihlah mana yang berkenan di hati.


Hari tu aku & rakan-rakan mencuba room yang paling susah. Tahap 5/5 la kiranya. Kami pilih The Greatest Murder of Westwood. Seronok. Nak tau kenalah cuba kan! 

Sebelum pulang, aku sempat laa beli souvenir. Macam laa jauh mana siap nak bersouvenir-souvenir lak kan....sebabnya aku terpandang lanyard Breakout ni. Lawa plak. Jadi tangan tergatal nak beli laa buat koleksi.


Lokasi Breakout ni adalah di Level 2, Avenue K bersebelahan dengan Deli France. So, lepas penat bermain game boleh laa makan plak! Hehehe...


Located: 
L2-16 (Level 2) Avenue K Shopping Mall (LRT KLCC station) Kuala Lumpur. 156, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur 
Operation Hours: 10AM -10PM (Monday – Sunday) 
Contact: (603) 2181-1835

Selamat mencuba buat yang nak mencuba! Minggu ni pun kami nak pergi lagi dengan kawan-kawan office. 

Tuesday, November 05, 2013

Small but Memorable...

Assalamualaikum....

Hai! Buat apa hari ni? Tiada apa2 acara laa kut. So, dok umah aje laa kut cuti-cuti ni. Nak merayau jejauh sah-sah laaa jalan akan jem sebab orang dah bercuti panjang nie kan. Time ni laaa semua sibuk nak balik ke Kuala Lumpur setelah bercuti sakan...

Nak citer Ahad lepas, kami pi celebrate birthday Long. Bawak pergi makan-makan bagi dia happy. So, kali ini kami ke RK Recipe Cafe di Melawati. Lokasi adalah di Gaya Commercial Centre, Pusat Bandar Melawati. Cafe nie milik pelakon husband and wife, Riezman Khuzaimi & Kartina. Kenal? Mesti selalu tengok drama-drama lakonan mereka kan...


Jom layan apa yang kami order di sini...Speciality weekend adalah Nasi Ambeng. Sedap sangat! Memang best! Di sini juga ada cupcakes. Dah banyak gak aku makan cupcakes tapi kat sini adalah yang terbaik. Red Velvet Cupcakes memang sedap! Drinks; teh tarik best! Ada gak yang suka makan Mee Goreng Mamak dia...so far lom penah cuba. Dorang cakap best..based on review baca kat tempat lain...Nasi Ambeng yang kami amek sorang sedulang nie. Bukan dulang besar yek..dulang tu kira macam pinggan besar tapi portion untuk seorang. Ada juga portion dulang untuk makan 4 orang tu. Boleh laa cuba jika suka. Dorang semua makan Nasi Ambeng, aku plak rasa macam kenyang, jadi aku makan laaa Mee Bandung. Not bad...sedap sangat!! Big portion gak...jenuh nak abiskan!




Long happy sangat..lelagi dia dapat makan cupcake tu. Dia suka kuih-kuih manis nie. Suka laaa dia..senyum lebar..eheheh...Alhamdulillah, dapat gak kami bawak Long makan Nasi Ambeng kesukaan dia tu...Sekian aje laaa...walaupun it's a small celebration, but it is memorable for us..

Sunday, November 03, 2013

Weekend at WWM

Assalamualaikum...

Actually kejadian nie untuk minggu lepas. Melepak ngan ex-officemate masa memula kerja dulu. Lama lak kami tak jumpa. Dari memula keje part time sampai dah keje permanent. Persahabatan cukup lama, walaupun kami berbeza umur. Orait apa, kawan ngan semua orang tak kisah laaa dari pelbagai peringkat umur kan.

Memandangkan si dia nak melangsungkan perkahwinan dalam 2 minggu lagi, jadi kami pun berjumpa laa setelah sekian lama tak jumpa. Padahal dalam KL aje pun, lawak plak rasa! Lepas dah kahwin ni, dia akan berpindah ke selatan tanah air dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Sweet nyee....

So, weekend yang tak tau buat apa nie, kami pun berjumpa laa. Mulakan dengan breakfast laaa kan. Terus menuju ke WWM. Apa tu? Wangsa Walk Mall. Hehehe...Brekky di Georgetown Coffee. 1st time makan sini, selalu lalu aje. Tapi makanan sedap. Teh Tarik pun sedap! Aku cuma makan Roti Bakar & Peanut Butter aje, sebab tadi dah masak breakfast untuk Mr Hubby yang kena bekerja hari ni. Jadi bantai makan skali laa kan! Hehehe....


Lepas dah kenyang, kami pun ke TGV. Cadangnya nak menonton wayang. Wayang apa eh? Nak tengok citer Cloudy With A Chance Of Meatballs 2 tu, tapi tayangan dia petang laaa plak...so, tak jadi la.. Memandangkan dah beratur, kami pun pilih Escape Plan, sebab tengok ada Slyvester Stallone. Hehehe HERO yang aku suka tu. Macho walaupun dah tua. Mantap!! Cite dia best? Bagi aku best laa...tapi memang jalan citer dia best laa...tak diduga plak kan...nak tau kena tengok la! Okay...


Wayang pun dah abis. Kami pi laa ronda-ronda dalam mall aje. Malas nak pergi jejauh lak. Heheh...keje nye keluar masuk kedai aje la. Tu yang syok tu...Heheh tapi tak de membeli belah sangat kali ni. Cadang ronda-ronda nak cari baju keje, tapi tak de yang berkenan laaa plak kan. Jadi tak beli apa laa jawabnye...Hehehe

So, tu aje laaa aktiviti minggu lepas. Hari nie ada...tapi nanti aku story yek... Banyak nak citer...tapi perlukan masa nak menatip laa plak kan...eheheh...biasa laa kena tunggu mood untuk menaip. Atau tunggu giliran pakai lappy. Nampaknya kena beli lagi satu laaa lappy kut...ehehe

Okay sambung kemudian yek...chowww!!!

Hello November!!

Assalamualaikum!!

Ehsan Mr Google :)
Salam semua! Selamat Hari Deepavali to all my Hindu's friend. Dah bulan November kan! Kejap aje...Oktober dah berlalu. Kalau kat negara 4 musim sekarang musim Autumn. Perghh bestnyer tengok daun-daun warna oren tu. Bila dapat merasa kan! Insya'Allah, umur panjang sampai laaa ke negara 4 musim yang diingini tu kan...

So cuti buat apa? Tak de apa pun. Dok umah tengok tv. Keluar beli barang. Lepak kedai mamak jap di AmBistro, Melawati. Pekena Teh Tarik dan Tosai di petang hari memang nikmat jap. Perghh...aku nie bukan jenis berjalan hari-hari sangat. Cuma kalau musim aku berjalan tu memang jalan jauh2 terus.


Di masa yang terluang nie laa aku nak sambung balik itinerary perjalanan. Hehehe..jauh nak jalan? Yek....jauh nie! Tu yang kena rancang bersungguh-sungguh...beriya kan! Ke mana? Nantikan aje laa update kemudian...

Hmmm cuti sekolah dah nak mula kan...korang ke mana? Mesti dah ada perancangan dalam minda tu...jom jalan-jalan!!

Wednesday, January 11, 2012

:: Cheese Naan Meleleh & Meletupss ::

Assalamualaikum....

Hai! Hmmm kali ni nak ajak semua pegi makan-makan di RSMY - House of Real Briyani di Medan Tuanku berhadapan dengan Maju Junction. Lokasinya agak tersorok sikit. Kalau nampak Hotel Lotus & Restoran Lotus tu...korang bleh laa nampak lokasinya.

Hari Jumaat kami balik agak awal dari biasa. 445pm dah keluar ofis. Jadi terus laa menuju ke sana. Tapi sampai awal sangat lom lagi laa dia mula menebarkan cheese lagi. So, dok pekena Milo Ais dulu. Cawan tinggi. Kira gelas besar la. Memang berbaloi.

:: Cheese Naan & Garlic Naan ::
Lebih kurang jam 545pm kami dah mula order laaa...so, jam 6pm dah dapat laa Cheese Naan tu...memang rasa berbaloi sangat laa tunggu kan. Rasa puas hati dan kenyang. Alhamdulillah. Untuk hari nie kami order 2 jenis Naan. Garlic Naan & Cheese Naan. Konon nak merasa aaaa...tapi memang sedap semuanya. Selain tu kami order Kimma Daging & Kuah Dhal. Memang tersangat la sedap dan kenyang sampai ke esok terus.
:: Cheese Naan baru tiba ::
:: Tarik cheese...perghhhhhh ::
:: Kuah Dhal ::
:: Keema Daging (RM10 sepinggan)...Berbaloi sedap! ::
Memang untuk hari itu kami puas hati sangat. Antara Roti Naan paling sedap penah makan laa..memang berbaloi untuk kekenyangan! Hehehe...Alhamdulillah.

Meleleh air liur? Apa lagi...pergi laa sekarang...Ok...chowwwwww

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...