Salam buat Semua...
Acapkali kita diperdengarkan dan dipertontonkan dengan kisah-kisah Menantu & Mentua...especially menantu perempuan & mentuanya...kenapa ek? Kisah tak sebulu...tak ngam...tak suka...bukan pilihan...Kenapa kisah menantu perempuan sahaja yang sering dipersalahkan? Kenapa bukan menantu lelaki? Pada kebiasaannya menantu lelaki nie...mereka tak berapa kisah sangat dengan hal sekeliling...sebab semuanya dah diuruskan oleh si isteri..tapi pernahkah mereka terfikir jika mereka berada di tempat sang isteri?
Ramai kata susah nak ambil hati mentua. Ada yang cerewet.Ada yang suka membebel. Ada yang suka carik pasal tak semena-mena. Ntah la...mungkin tu lumrah menjadi menantu ...dan lumrah menjadi mentua. Mungkin si mentua juga dulu pernah kena macam tu masa dia jadi menantu. Dan time to revenge laa kat menantu...biar dia rasa macam mana yang aku penah rasa dulu...mungkin itu yang ada difikiran meraka. Adil ke cam tu? Wajib ke dijadikan alasan?Kisah menantu lelaki & mentua jarang diperkatakan...sebab lelaki ambil mudah semua perkara. As I said before, lelaki tak kisah sebab semuanya diuruskan oleh sang isteri. Banyak kes aku dengar dan aku baca, mereka boleh berkongsi pendapat gak...hebat ek..tapi bila kes menantu perempuan dan mentua...sependapat? MUNGKIN TIDAK!! Tak mungkin terjadi...
Tak kurang juga ada yang salahkan menantu jika anak jarang pulang ke kampung atau anak dah pandai melawan. Kononnya dengar cakap isteri. Atau dikongkong isteri...queen control...kadang-kadang si isteri cakap apa pun tidak. Ntah laa kan....kadang-kadang pandangan masyarakat pun memainkan peranan penting...biasanya mereka juga penyumbang kepada perkara-perkara sumbang...bawa 'mulut' tak tentu hala...menyebabkan timbul perkara lain di kurang enak di dengar oleh si mentua...yang sedia adanya tak suka pada si menantu...bertambah laa dosa orang-orang macam ni kan...
Ada sesetengah cakap..."Mentua aku baik ngan aku." Tapi dalam hati siapa yang tahu. Ada sesetengah perkara yang kita tak boleh mengaku ia benar atau salah didepan mentua. Mengiya dan menidakkan ia adalah satu perkara agak mustahil, kerana orang tua selalu ada pendapatnya tersendiri...kenapa? Kerana orang tua lebih dulu makan garam..tu alasan yang sering kita dengar...no wonder la ramai yang darah tinggi..banyak sangat makan garam kot....hehehe...
Banyak drama berkisarkan perang mentua & menantu...contoh macam Menantu Vs Mentua (Astro)... Rendang Untuk Mentua (TV3)....ada sebahagian kisah tu tunjuk menantu kena dera...hinggakan kekadang kat Talk Show pun tajuk nie menjadi bualan hangat...segmen sebegini memang akan menjadi tarikan pada semua orang...dan ramai pemanggil akan cuma memanggil. Dan rata-rata semuanya wanita.Atau mungkin rakyat Malaysia nie terlalu didedahkan dengan kisah menantu perang dengan mentua. Dan bermulalah acara COPYCAT dikalangan masyarakat. Mungkin juga kan?? Yang peliknya...si menantu nie cukup la sopan dan baik budi pekerti pun tak disukai lagi. Lain laa kalau si menantu nie adalah budak punk ke...atau budak yang jenis berpeleseran ke....heran aku!!!
Tak kurang juga dengan mentua yang suka ambil kisah hal rumah tangga anak menantu nie. Suka masuk campur dalam segala hal. Dan kemudian memporak peranda kan rumahtangga anak sendiri. Kenapa? Perlu ke buat macam tu? Meruntuhkan masjid yang dibina kan berdosa.Tak fikir pasal agama dah ke? Bagi aku laa..cukup sekadar meleraikan pergaduhan atau persengketaan dan beri nasihat pada kedua-duanya. Kerana menantu itu juga adalah anak, dan bukan musuh. Once dia berkahwin dengan anak kita, dia adalah anak kita juga. Kenapa perlu dijadikan musuh kan? Keluarga dah bertambah sepatutnya mereka berasa bersyukur.
Kadang-kadang buat aku terfikir laa...kenapa tak boleh terima menantu sedia ada...cuma berikan restu buat anak-anak untuk hidup bahagia. Once anak berkahwin, mereka dah ada kehidupan mereka sendiri. Biar mereka uruskan hidup mereka...seperti mana mereka masa muda dulu.Tak jauh beza dulu dan sekarang. Kenapa mereka perlu membuat jurang yang tak pernah ada?
So, kepada semua yang bakal jadi menantu atau jadi mentua....fikir-fikir laa kan...jangan sakitkan hati anak sendiri atau menantu...atau sakitkan hati mentua...kerana mereka adalah keluarga yang kita ada di atas dunia nie. Tak de ertinya sebuah keluarga andai ia berpecah belah. . . Bak kata Nabil ...Lu Fikirlah Sendiri kan....

No comments:
Post a Comment