Wednesday, June 30, 2004

Spiderman 2

HOTLINK!29 June 2004 yang lepas..jam 9.15pm..aku pergi tengok SPIDERMAN 2 bersama-sama beratus-ratus ahli HOTLINK yang lain. Tak sangka akan seramai itu pulak yang akan pergi. Penuh TGV KLCC malam tuh. Sebelum masuk semua kena periksa. Takut ada yang bawak Video Cam, PDA, Camera Phone etc yang boleh rakam Spiderman 2..yer lar..kot-kot ada yang nak koleksi sendiri atau pirate CD ker kan...tak elok tu.

Anyway, SPIDERMAN 2 kali ni memang best ler...aku suka sangat. Dah ler muka Tobey Mcguire nampak sweet jer..Kali ini lebih banyak aksi berbanding dari SPIDERMAN yang lepas tu. Kali ini SPIDERMAN berdepan dengan masalah perasaannya terhadap Mary Jane Watson dan juga perasaan bersalahnya terhadap Auntie Ann yang telah membelanya sejak kecil. Kali ini musuh SPIDERMAN yang baru adalah seorang saintis yang telah menjadi raksasa akibat dari barang yang diciptanya sendiri. Manakala kawan baiknya sendiri Osborn juga mula memusuhinya akibat terbongkar identitinya kepada Osborn yang dia adalah SPIDERMAN yang dicarinya kerana dendam yang belum terbalas.

Kerana mahu menyelamatkan bandaraya New York dan Mary Jane...SPIDERMAN telah pergi ke tempat saintis yang menculik Mary Jane. Disitulah identiti Peter Parker terbongkar dan segala persoalan Mary Jane terjawab. Nak tahu lebih lanjut..bagaimana kesudahannya..dan mengalami keseronokan SPIDERMAN 2...jom lar pegi panggung terdekat di tempat anda..okeh..

Tuesday, June 29, 2004

Dah demam? Ni lah ungkapan AKADEMI FANTASIA untuk iklan AF 2 nie...Sabtu lepas dah buang sorang ahli pertama dari AF 2...EDLIN...vocal dia okay...tapi mungkin orang tak undi dia sangat pasal perangai dia kot...ada yang kata dia mengada-ngada...macam-macam lar lagi...tapi kalau tengok masa diary akademi tu pun...dia memang ada gak over...rapat betul dia dengan si anding tuh...ada apa-apa ker? Hmmm...mesti ada lar tuh..bila keluar jer...nangis bagai nak rak lak tuh...mak aku yang tengok konsert AF 2 ni ..dia kata meluat aku tengok orang nangih-nangih...macam tak jumpa lagi lepas nie...apa laa...ntah laa..tapi memang betul laa dia cakap...memang jumpa gak...cuma sedih laa...kena keluar dari Akademi...nak buat cam ner..yang penting...kena jaga perangai la kalau nak dapat undian yang baik & banyak....vocal biarlah mantap selalu....GOOD LUCK to all AF student...
 Posted by Hello

Monday, June 28, 2004


Hero & Heroin kegemaran ku...Silvia Navarro & Sergio Basanez Posted by Hello

Laily's Wedding : Laily and her husband Posted by Hello

Laily's Wedding : Me, Linda, Nick (With Baby) &; Azreen Posted by Hello

Gastrik...Bola...Jerebu...Demam...Batuk...

Assalamualaikum wrth wbkth...

Hmmm...aku rasa ni coretan aku yang pertama setelah hampir 3 minggu aku tak menghadap blog aku sendiri. Tak der masa...tu jer la alasan yang aku ada buat masa ini.Tapi memang aku tak der masa pun sekarang nie. BZ giler. Then last week aku tak der laa sakit pun..saja la nak pi klinik...sebab aku selalu rasa semacam jer...rasa macam jantung aku tersepit jer...so, aku risau gak lar ngan kesihatan aku tuh...aku pun pegi check laa kat klinik..aku masuk setelah dipanggil...yang kelakarnya...doktor tu baru je letak stetoskop dia kat aku...dia terus cakap aku nie GASTRIK..isk isk isk..aku ni ada rupa ker gastrik...rasanya asyik mencekik jer..hehehe...badan aku pun bukannya kurus meleding...makin montel @ comel @ tembam...aduhh..tak faham aku doktor tuh...dah tu aku kena cas sampai RM30 lak tuh...chehh...aku rasa sejak aku makan ubat gastrik yang dia bagi tu...aku jadi sakit perut lak sejak akhir-akhir nie.Tak nak lar aku pegi lagi sana...takut lak aku...hehehe...

Minggu bola...malam tido tak menentu...tapi bukan aku tengok bola pun...bola tengok aku biasanya...hanya satu perlawanan jer yang aku tengok sampai separuh masa pertama...lepas tu yang lain hanya 20minit jer yang aku larat...dah masuk tido..bukannya dapat tido nyenyak lak tuh...nyamuk lak gigit sana sini...abih bengkak badan aku dibuatnyer..terpaksa la tido pakai stokin untuk mengelakkan digigit nyamuk..hehehe...

Last week...negera kita lak dikejutkan dengan isu pembakaran di Sumatera...memang teruk gak...kalau tak tengok berita sure aku tak tahu ada jerebu...sebab aku pun heran kenapalah bila aku keluar rumah..semacam jer keadaan di langit..kelabu jer...rupa-rupanya jerebu dah melanda...patut laa tekak rasa semacam jer...dan disebabkan rasa semacam ni laa aku jadi batuk & demam...pergh...demam dah okeh...tapi batuk tu memang tahap sampai batuk kering lak...sakit tekak yang amat...sampai naik semput aku bila batuk..huhhh...dahsyat tu...hehehe..anyway aku dah okeh la setakat nie...

Okeh laa...lenkali aku story lagi ek kat korang...byee

Wednesday, June 09, 2004

~:: Bila Gila Bola ::~

Assalamualaikum...

Hmmm...Lagi 4 hari jer EURO 2004 akan mula...perghh..tak sabar aku nak tengok nie...tapi ada ke masa nak tengok nie...semester dah mula dah nie..rasa-rasa macam tak der jer masa nak jenguk TV nanti...ntah laa..tapi kena study maa..teruk aku kali nie...sebab short sem kena laa kejar..kejo yeop kejo..hehehe..karang aku lak yang tercicir kan..susah susah...

Tadi aku tgk berita TV3..ada berita pasal Lintasan Planet Venus...dapat gak la tengok kat TV...nak tengok guna teropong tak der lak...aku pun baru tau pasal benda ni dari berita..kalau tak sure tak tau...nasib baik aku tiap-tiap hari tengok berita...kekadang bosan gak tengok berita..sebab ada jer berita kes Norita tuh...aduh..tiap-tiap hari lak tuh...kekadang malas dah nak dengar...ntah laa...mungkin sebahagian boleh dijadikan iktibar...kes bunuh sana sini pun dah makin banyak...takut lak aku...yer laa..mak aku pun dah bising...jangan jalan sorang-sorang ler..apa la..memang betul laa..tapi nak buat cam ner kalau dah kena jalan gak sorang-sorang..aduh...ntah laa..

Okeh laa..byee..

50 Cara Utk Menghapuskan Teman On-Line

Kadang-kala kita seronok berkawan dengan teman on-line sehingga menimbulkan kemesraan dan persahabatan maya yang begitu unik. Apatah lagi jika dia berlainan jantina. Ada yg berlanjutan begitu lama sehingga sehari tak online pun dah rasa rindu. Tak nafikan, persahabatan maya dirasakan begitu selamat kerana kita hanya bersua di alam siber tanpa bersua muka. Identiti sebenar kita juga tidak akan diketahui teman kita kecuali kita memberitahu. Itu pun ada yg masih nak menipu dan mereka cerita.

Namun ada yg jujur dan ikhlas utk berkawan dgn kita dan kita pun tak keberatan utk menerimanya sebagai teman on-line. Teman on-line ini menjadi tempat kita bertukar pendapat, berkongsi rahsia, pengalaman dan maklumat serta adakalanya sebagai tempat kita mengadu masalah dari hal kerja hingga ke hal peribadi. Kita berchit-chat berjam-jam lamanya dengannya, bergurau-senda, berbalas gambar dan berbalas e-mail. Tidak mustahil hubungan maya yg dianggap persahabatan biasa oleh kita dianggap lain olehnya. Dia mula menganggap kita teman istimewanya dan berimpian utk menjadikan kita kekasih sebenarnya di alam realiti. Tapi kita tidak bersedia utk menerimanya sebagai kekasih, malah mungkin tak terfikir langsung ke arah itu. Selama ini kita melayannya kerana menganggap persahabatan ini hanya setakat keyboard dan monitor saja. Lagipun kita seronok berkongsi pendapat dengannya dan mempunyai teman siber... itu saja.

Tapi bila dia mula bercakap soal2 cinta dan bahasa pun dah lain macam, sudah tentu kita rasa tak selesa. Apatah lagi jika kita dah berpunya atau dah berkahwin. Atau dia yg dah berkahwin dan punya anak! Lagi teruk jika dia memang tak sesuai utk menjadi kekasih kita atas pelbagai sebab. Bila dia mula meluahkan perasaan, lagilah kita pening! Dia asyik melayangkan e-mails yg merayu-rayu dan cuba pelbagai cara utk menagih simpati atau cinta kita. Bila kita masuk chit-chat, nickname dia pasti terpacul di mesej box kita. Kita mula mencari jalan utk menjauhinya. Ada pula yg baru kita kenal di IRC, atau tempat lepak siber yg lain, dah mula mengajak bermain cinta. Semua ini tak masuk akal! Di sini di ajarkan 50 cara utk menghapuskan teman on-line yg ingin kita jauhi tersebut. Ia adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman on-line sebenar yg pernah dilalui oleh kebanyakan orang. Ingat.. Mr Delete Key adalah sentiasa menjadi teman baik wanita.. begitu juga Mr Block Sender dan Mr Filter !

50 cara tersebut:

1. Jangan respon.
2. Jadi seorang yg menyakitkan hati sehingga dia hilang minat terhadap kita.
3. Buat-buat macam tak berminat sehingga dia bosan dan menjauhi diri.
4. Katakan anda memang tak berminat secara jujur dan diplomasi secepat yg mungkin.
5. Tunjukkan sesuatu yg spesifik pada dirinya yg tak sesuai dengan kita. Contohnya, "Saya tak keluar dengan org yg dah ada anak" , "Saya tak selesa berhubungan dengan duda" atau "Saya tak percaya pada hubungan jarak jauh!"
6. Beritahu perkara sebenar.
7. "Let’s just be friends."
8. "Terima kasih atas mesej awak. But, I am not available at present. Hope you find your real mate soon."
9. "Saya dah berkawan dengan ramai orang.. jadi terima kasih sajalah.."
10. "Saya betul-betul tak berminat, terima kasih."
11. "Awak tak memenuhi citarasa saya."
12. "Maaf.. saya masih tak boleh lupakan kekasih lama saya. Jadi, saya tak bersedia utk memulakan hubungan baru."
13. "Saya tak yakin awak boleh memenuhi semua kehendak saya."
14. "Saya sebenarnya tak begitu berminat dengan hal2 cinta.. but it was nice to meet you."
15. "Saya suka bertemu awak di Internet. Tapi saya rasa kita tak ada hubungan yg istimewa. Semoga awak bertemu dengan teman lain yg boleh awak menjalin hubungan.
16. "Seronok berjumpa awak.. tapi saya hanya menganggap awak teman on-line biasa. Semoga awak berjaya mencari teman di Internet"
17. "Maaf, saya begitu sibuk sejak kebelakangan ini.."
18. "Saya yakin awak seorang yg baik. Tetapi saya tak rasa kita akan bertemu secara bersemuka di realiti"
19. Puji niat baik mereka tetapi kemudian jelaskan " Saya sudah ada menjalin hubungan dgn seseorang yg saya kenal sebelum awak... jadi maaf ya!"
20. "Terima kasih kerana minat awak tu, saya suka dengan puji-pujian awak. tapi, saya tak berminat dgn sesiapa pun pada waktu ini. Saya ucapkan Good Luck pada awak utk mencari teman lain yg sesuai"
21. "Terima kasih kerana menulis kepada saya. Tetapi sekarang saya berdating dgn beberapa orang dan tak ada masa utk seorang lagi."
22. "Perbezaan budaya dan cara pemikiran menghalang kita. Terima kasih."
23. "Saya dah berjumpa orang lain."
24. "Saya bukan perempuan normal"
25. "Awak tak sesuai dengan saya. Saya mempunyai citarasa yg tinggi."
26. "Saya akan ke luar daerah utk jangka waktu yg lama"
27. "Terima kasih.. tapi saya sudah berhenti mencari cinta di Internet."
28. "Saya dah kahwin."
29. "Awak tinggal di London saya tinggal di Malaysia.. Hubungan ini tak akan menjadi!"
30. "Saya tak berminat utk menjalin hubungan serius. Perlahan-lahan laa dan tengok apa yg akan berlaku."
31. "Saya mencari seseorang yg lebih tua"
32. "Saya mencari seseorang yg lebih muda."
33. "Terima kasih tapi terima kasih sajalah.... Good luck."
34. Utk tidak mengecilkan hati mereka, cakaplah sesuatu pada diri anda yg pasti mereka tak akan suka seperti "Saya ni pemalas dan tak pandai memasak. Kat rumah semua mak buat." Pasti mereka pula menarik diri!
35. Hantar mereka gambar monyet!
36. Blok nama mereka dalam program instant messenger anda atau e-mail anda!
37. Tukar nama nick anda semasa on-line di chat room.
38. Hilangkan diri anda buat sementara atau terus hilang begitu saja!
39. Menolak pelawaan mereka utk bertemu dgn baik.
40. Bila dia ajak chat.. dc saja! Atau klik off pada ICQ atau instant messenger.
41. Beritahu mereka komputer anda asyik meragam. Jadi, tak boleh nak chat!
42. " Oh.. saya tak sangka awak menaruh minat pada saya.. tapi saya mencari seseorang yg sedikit berbeza.."
43. "Maaf... saya rasa kita tak secocok.. Good luck on your journey!"
44. Bila dia mula cakap merapu.. soal cinta.. perasaan dan sebagainya.. buat tak layan saja! Cakap topik lain.
45. "I’m sorry, you seem like a really nice person, but I’m not interested."
46. "Maaf.. hubungan kita pasti tak akan menjadi.. Saya ada firasat yg kuat. Saya beritahu awal2 kerana tak mahu awak terus mengharap.. Carilah orang lain.
47. "Tak berminat.. terima kasih. Harap awak tak tanya lagi!
48. "Tak! Jika awak berdegil, saya akan komplen pada Sys Admin."
49. "Maaf, saya ni sebenarnya lelaki!!
50. "Saya pendek, hitam, gemuk dan hodoh!"

Kaedah ini hanyalah sebagai pembacaan sahaja. Ambil mana yg baik dan buang mana yg buruk. Pasti anda punya cara tersendiri utk menolak cinta di Internet!

~:: Fear Factor ::~

Assalamualaikum wrth wbkth...

Hmmm...aku ni bukan la baru lepas tengok Fear Factor pun...hehehe...tapi aku memang dalam ketakutan..ketakutan untuk menghadapi hidup..tak tau cam ner...aku rasa aku ada banyak masalah..bertimbun masalah aku datang dan pergi...yang pasti hanya datang...yang pergi belum lagi ada rasanya...tak tau lar...banyak fikir sangat, sakit kepala aku dibuatnya...

Minggu ni jer aku rasa macam susah hati jer...sakit hati pun ada...tak tau nak citer macam mana kekadang...nak mula di mana pun tak tahu...nak akhir di mana pun aku tak tahu jugak...di mana salahnya? Ntah laa...aku kena kaji lagi dengan lebih mendalam lagi nie ...hmmm...kena buat research dalam masalah sendiri pulak aku nie...

Okeh laa..aku stop dulu..nanti ada idea aku sambung lagi...otak tengah kering tahap cipan dah nie...aduh aduh... ntah ler labu...

Monday, June 07, 2004

~:: Hilangnya Seorang Teman ::~

Assalamualaikum wrth wbkth...

Hmmm...cam ner nak mulakan kali nie? Teman? Ni topic aku hari nie...seorang yang menemani kita di saat suka dan duka...mungkin tidak semua teman kita begitu? Betul kan? Ada juga teman yang hanya sekadar ada pada saat kita senang...dan tidak kurang juga ada yang muncul pada saat kita berduka atau susah...teman yang sentiasa membantu dalam apa jua yang kita sedang lalui....

Teman? Aku dulu punya seorang teman..kenal melalui seorang teman lain juga..pen-pal..itu istilah dulu...kami jadi agak rapat..walaupun jarang dapat berjumpa..telefon dan surat dijadikan sebagai alat perhubungan untuk berkomunikasi..aku ingat lagi...aku kenal dia...di tahun 1994...saat itu dunia internet belum lagi wujud dalam dunia kami...kenal IE..kena Yahoo Messenger pun blom masa tuh..surat!! Itulah bahan penghubung kami...

Ditakdirkan kami bersahabat...rapat...kongsi segala suka dan duka...dan antara kami akhirnya lahir rasa cinta terhadap diri masing-masing...tapi..dipendam..kenapa? Kerana kami hanya kenal makna 'SAHABAT' sahaja. Bagiku dia tetap sahabat walaupun lahir isu 'cinta' antara kami...itulah silapnya...tapi aku hanya perlukan seorang 'teman' dan bukan sebuah 'cinta'...

Hilang? Apa yang hilang kan? Aku kini sudah kehilangan title 'sahabat' kepadanya...sejak kami terputus hubungan...bukan memutuskan utk tidak berhubung...tapi terputus begitu sahaja..kenapa? Aku sendiri sampai sekarang tak tahu kenapa.Aku sendiri masih mencari jawapan...yang tak mungkin aku jumpa dalam jejak ku sendiri...yang pasti kini memang aku telah kehilangannya...sepenuhnya...dia milik orang lain kini. Tahniah di atas pertunangan mu...semoga kau berbahagia bersamanya...semoga jangan kau lupakan aku sahabat mu yang satu...

Untuk mu sahabatku...ku pinta hanya satu...hanya makna sahabat dari mu untuk ku...aku rindu saat kita berkongsi segala cerita suka dan duka...aku rindu gelak tawa dan lawak mu...kerna aku tahu...aku kini hanya rindu seorang sahabat...seorang teman...yang hilang di mata ku...

Assalamualaikum wrth wbkth...

Saturday, June 05, 2004

~:: Cuak aku dibuatnyer ::~

Assalamualaikum wrth wbkth...

Hmmmm...lega rasanya dapat online lagi nie...bukan apa...semalam computer aku ada problem...tak leh nak bukak IE langsung..cuak aku..lepas tu asyik hanged jer..tension lak aku dibuatnya...ntah laa..tapi anyway semuanya dah settle lar..nasib baik laa..kalau rosak ker..mampuih laa nak pi betulkan balik kan...

Apa lagi ek nak story? Tadi makan kat satu restoran kat Seri Manjung...Restoran Kuning...boleh laa tahan sedapnya...tapi tension tul...aku ni dok makan nasi campur ngan mak aku...aku dah order air dah masa sebelum nak makan..tapi malangnya air minuman kami sampai sesudah nasi campur aku abih dalam pinggan...apa daa...tercekik aku...mintak kali ke-2 baru air kami sampai...sampai aku pun minum lar...tawar abih air tuh...aku mintak sirap...macam rasa minum air masak jer...sabo jer le...isk isk isk..ni laa orang Melayu...bila orang lain bukak restoran..dia pun sibuk bukak gak..nak berlawan la gak...tapi bila dah bukak..kali pertama jer KUALITI jaga..tapi lelama KUALITI langsung haprak...isk isk isk...

Hmmm...okeh laa...aku nak pi lepak tengok TV...ada citer hindustan nie...hehehe...okeh...see yaa..babaiiii....

Assalamualaikum wrth wbkth...

Wednesday, June 02, 2004

~ :: Seindah Biasa ::~

Assalamualaikum wrth wbkth...

Hi again! Hari nie apa aku buat? Mula dok rumah, pas tu kuar pi bank jap...masukkan duit sewa umah dan masukkan cek ibu ke dalam bank. Sementara tunggu ibu ambil aku..aku pi makan kat KFC...chehh..cekik darah tul KFC nie..semakin hari semakin mahal....kalau tak pasal lapar, sure punyer aku takkan makan...nasib baik lapar lar kan...

Tadi baru lepas tengok slot Samarinda : Sephia...best gak...tengok bersungguh-sungguh nie...hehehe..bukan apa, aku nak join kuiz dia...mana la tau kan..dapek duit..kayo makcik..hehehe..leh kawin..heheheh...kawin jer ek....leh beli kete kan...wah wah..alahai...boleh ker beli? Tak cukup tu..kena tambah lagi tu...hehehe...cehh..berangan lak dia...

Hmmmm...apa lagi aku nak story kat korang ni ek? Dah macam tak der idea...kering sesangat...minggu depan sure aku tak dapat nak view aku punya blog...minggu bz dah minggu depan tuh...faham-faham jer laa kan...malas nak story lebih lak...cam letih la...macam tak sihat...ntah lar..kesihatan kureng memuaskan sejak akhir-akhir nie..ntah laa...

Okeh laa...aku nak pi check email lak...jumpa lagi kay! Bye...

Tuesday, June 01, 2004

:: Sheila On 7 : Berhenti Berharap ::

aku tak percaya lagi
dengan apa yang kau beri
aku terdampar di sini
tersudut menunggu mati

aku tak percaya lagi
akan guna matahari
yang dulu mampu terangi
sudut gelap hati ini

aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap
sampai nanti suatu saat
tak ada cinta kudapat

kenapa ada derita
bila bahagia tercipta
kenapa ada sang hitam
bila putih menyenangkan

oh...

Chorus:
aku pulang...
tanpa dendam
kuterima.. kekalahanku

aku pulang...
tanpa dendam
kusalutkan.. kemenanganmu

bridge:
kau ajarkan aku bahagia
kau ajarkan aku derita
kau tunjukkan aku bahagia
kau tunjukkan aku derita
kau berikan aku bahagia
kau berikan aku derita

::: Hari Yang Meletihkan :::

Assalamualaikum...

Bertemu lagi...perghh...penat betul hari ni..banyak urusan kat sana sini. Naik bank turun bank...naik ofis turun ofis...susah tul...banyak betul benda nak buat...perut keroncong...dok ingat nak makan jer..sedangkan kerja tak abih lagi nie...dah sibuk nak diisi...makan? Aku lom makan lagi rupenya sejak pagi tadi...aduhhh...cam ner leh luper?

Semalam tengok rancangan Ratu Sehari kat Astro Ria..best...pengacara dia si Maya Karin...Pontianak Harum Sundal Malam punya heroin...hehehe..pontianak malaya la kiranya...hehehe..seram gak tengok muka dia..berbalik pada rancangan tu...memang best...memperagakan busana perkahwinan...memang cun..hehehe..bila tengok baju cam tu...mula la nak perasan kan...hehehe..lambat lagi maa...lom sedia lagi!

Hmmm...mak aku sedang sibuk layan kucing-kucing dia kat luar tuh...dok mandikan kucing dan kandang mereka sekali...hehehe...nak kata banyak..memang banyak 'anak-anak' mak aku nie...tak terkira banyaknyer...sampai aku pun tak larat nak jaga...nasib baik semua dalam kandang...kalau tak pening aku layan depa nie...nakal giler...tak per...meriuh rendahkan lagi rumah aku nie...hehehe...kalau tak sure sunyi jer...sebab dah tinggal berdua kan...

Okeh laa...aku pun ada banyak benda lagi nak buat nie...see ya...bye...

Sutera - Bukan Itu Bukan Ini

Disini Ku berada
Disini ku tetap jua
Dari dulu ku menanti

Dari mula dan kini
Mimpi ku impianku
Harapan dan keinginanku
Membara selalu

Tak dapatkah kau merasakannya
Kehangatan dan sucinya cinta ini

Agak sukar bagiku
Untuk meluahkannya
Dari dulu ku menanti
Dari mula dan kini

Korus

Bukan itu bukan ini
Hanya kau sentiasa dihati
Bukan itu bukan ini
Yang kuingin hanya segalanya
Dirimu kasih

Apalah ada pada diri ini
Tanpamu berada disisi
Segalanya sunyi dan sepi

Apalah ada pada hidup ini
Jika dunia jika semuanya
Tanpa kehadiranmu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...