Monday, March 30, 2009

Dia Fadilla - Jat Da Da Da


Jat da da da..
Jat da da da…
Jat da da da…

Entah mengapa debar di jiwa
Terasa bagai ku telah jatuh cinta
Semakin lama
Semakin mula rasa rindu

Kini ku sedar
Ku tak berdaya
Memendam rasa
Yang sekian lama

Menginginkan mu
Mencintaimu oh sayang ku!

Jangan cuba mencipta harapan
Jika kau hanya mainkan perasaan
Yang sekian lamanya
Dambakan kehadiranmu

Jangan biarku mencintai mu
Melainkan kau merasa begitu
Kerna hati ini
Tak bisa di luka lagi

Jat da da da…
Jat da da da…
Jat da da da…

Katakan saja yang sejujurnya
Ada kau rasa apa yang ku rasa
Kau kan setia
Mengharap sinar bahagia…

Jangan cuba mencipta harapan
Jika kau hanya mainkan perasaan
Yang sekian lamanya
Dambakan kehadiranmu

Jangan biarku mencintai mu
Melainkan kau merasa begitu
Kerna hati ini
Tak bisa di luka lagi

Jat da da da…
Jat da da da…
Jat da da da…
Jat da da da…

Nabila Huda - X-Ray

Ciptaan: Edrie Hashim
Lirik: Edrie Hashim

Andai kata..
Kau masih meragui cintaku
Buka mata.. pandang dalam mataku

Andai kata
Masih kau curiga kepadaku
Telah ku kata di hati hanya kamu

Ku nyanyikan lagu cinta
Moga kekal terpatri di hati kita
Janji kita berdua

Andai benar
Tak terasa getaran cintaku
Peluk lah aku pasti kau akan tahu

Tak akan mungkin terbuang
Satu perasaan cinta yang makin dalam..
Tak bisakah kau rasa?

Kau X-Ray lah hatiku
Kau lihatlah bibit bibit cinta suciku
Percayalah
Pasti kau akan tahu
Kau X-Ray lah hatiku
Kau lihatlah keping keping laras cintaku
Periksalah
Semua untuk kamu

Percayalah Sayang
Pasti hanya Kamu.

Andai Kata..
Masih kau curiga kepadaku.

Kita nyanyi lagu cinta
Moga kekal terpatri di hati kita
Ku mahu kau percaya

Saturday, March 28, 2009

Earth Hour Malaysia




What you can do

Turning your lights off for an hour is a great start. However, there are many other things you can do to make Earth Hour 2009 a success.

  • Sign Up NowBecome a part of Earth Hour and get useful tips and tools to reduce your carbon footprint everyday

  • Tell A Friend. Better still – tell them, your family and even your work mates. Encourage them to sign up. Email them a link to this website and mobilise even more people!

  • Tell Your StoryHow is climate change affecting your family and your community? We want to hear how you're becoming part of the solution.

  • Your Earth Hour. What will you be doing at 8.30pm on Saturday March 28? We're keen to know what you have planned for Earth Hour 2009. If you'd like to share your plans with Earth Hour and the media, then please send us an email describing with as much detail as you can what you have planned to myearthhour@earthhour.org. Don't forget to include your name, where you live (City and Country), and your contact telephone number including your country code.

  • Blogger Tool Kit: Create a blog post about the importance of global action on climate change and how participation in Earth Hour can make a difference.

Friday, March 27, 2009

Dah berhabuk...

Assalamualaikum wrth wbkth...

Huhu....dah lama tak berblogging...saja laa nak menaip plak kali nie...sebab dah lama kosong ruangan nie...selalunya aku rajin...tapi sekarang macam malas...mungkin sebab ketandusan idea laa kot..nie pun malas benor..dah laa sejuk giler babas.. hujan plak tu kat luar...perghh...nak tido tarik selimut tebal best nie....tapi kat ofis..tak best laaa..lentok kat meja jer laa..hehehe terpaksa laa kan...dah nak rehat..rehat laa sepenuhnya..

Esok dah Sabtu & Ahad...kejap jer...pejam celik pejam celik...dah nak masuk bulan April..perghhh..tak lama lagi laa trip aku ke Kuching tu  tak sabar nak pi nie....beg pun dah kemas dah...heheh tinggal masukkan barang penting jer...lepas tu bleh laa berangkat ke sana....stay utk 4 Hari 3 Malam di Tune Hotel, Kuching..masa tu promosi dengan tiket sekali..best laa...utk 2 orang termasuk hotel & penerbangan baru RM273 je..so, kira mmg murah gile laaa...as usual camera aku bawak..dan nak snap semua tempat..heheh...aku dah target 2-3 barang nak beli spt..tikar kayu, pasu sarawak etc..heheh mampus aku nak bawak sok...heheh 

Hmmmm...lunch nie malas plak nak makan...pagi tadi dah makan nasi lemak..jadi rasa malas laa plak nak makan..tapi rasa macam lapo..lelagi laa sejuk giler kat sini kan..kena gak makan sesuatu nanti..sat g laa kot aku turun bawah nak ushar makanan apa yg ada kat bawah...heheh mesti ramai sebab hujan ramai la tak kuar dari bangunan kan...harap tak le ramai ...

Esok EARTH HOUR MALAYSIA bermula dari jam 8.30malam - 9.30malam...aku antara yang akan join ... tutup lampu saja...bukan susah..aku pelik ada gak yang tak mahu support agenda nie...kenapa? Susah sangat ke nak tutup lampu tu? Tekan je suis tu..kan senang!! Apa laaa...memang tak sayang BUMI kita laa tu..sian BUMI kita nie....makin tua..dimamah usia dah dia...so, apa lagi...jom sokong EARTH HOUR MALAYSIA kita nie...

Esok gak aku tak de apa acara di rumah...mungkin nak kemas rumah..nak pilih mana2 baju & barang2 yang boleh diRECYCLE kan..jual kat RECYCLE center...dapat duit..dan dapat selamatkan BUMIgak....botol-botol plastik...tin-tin semua aku dah mula kumpul...jadi esok pegi recyle center bleh la aku jual kan...dapat gak duit tabung utk duit dapur...tambahan laa kiranya kan...

Resepi esok..mungkin nak buat NASI BERIYANI..saja laa dah lama tak buat masak2 nie...sekali sekala...lepas mengemas dapat aaa makanan yang best plak kan..hehehe...kira dah kuar peluh tak pe laa kan..hehehe...

Ok laa nak turun makan laa...babaiii....lapo sangat dah nie..byeee....

Wassalam....

Thursday, March 26, 2009

Rahsia Ttelefon Bimbit Anda

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda  sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -   


1)      NOMBOR KECEMASAN        
-          Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )   

   
2)      KERETA TERKUNCI        
-          Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat  ' ON '  pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta  anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.   


3)      KUASA BATERI TERSEMBUNYI        
-          Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci  ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .   


4)      TELEFON KENA CURI    

-                          Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail  *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun  ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya 

Wednesday, March 18, 2009

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

Sunday, March 15, 2009

IKEA...Ikan Bakar...KL...& Hujan...

Salam semua...

Huhu...hari nie umpama aku masuk larian obor..pusing around KL & Selangor..seawal 8.30am aku dah bertolak ke IKEA...tapi sebelum tu aku singgah makan di Melawati..makan roti canai & milo..kemudian singgah beli paper..Kosmo...Metro...The Star...Berita Harian..semua aku amek..heheh...then terus pi isi minyak dan memecut ke IKEA...ramai gak pagi nie...aku tiba around jam 9am di parking IKEA...depan pintu betul...senang nak angkut barang kan...hehehe...then pusing2 dlm tu...around 10.30am...singgah minum di cafe IKEA...hajat hati nak mkan Sweedish Meatball kesukaan ku..tapi tak de lagik lak..lewat lak..tak dpt nak tunggu..jadi makan D'Aim Cake jer..tak pe la...mungkin next time..so, turun ke 2nd level lak..start amek barang...set perium ANON..& beberapa barang lagi...nak beli kuali offer tu...dah HABIS lak.uuuwaa...keciwaaaa lagi...sabooo je laa..lepas bayar...terus la kuar dari IKEA...jem giler kat persimpangan u-turn tu..perghh tension aku tghari buta jem nie..hit terus ke Kelana Jaya..nak pekena Ikan Bakar Fendi (dulu dia jual atas lori je masa aku memula makandah ada kedai) kat Jalan SS6/20A.....kat depan flat PKNS...kediaman rumah sewa lama aku dulu masa bujang..hehehe...rindu beb...hajat nak makan ikan bakar...tak dapat gak...ikan pari dah habis...uuwaaa...jadi aku makan ayam bakar jer laa...sedih tul...tapi dpt gak makan Koktel Mangga (sapa penah tgk Fotopages aku..ada gambo koktel mangga nie)..heheh..best giler...pas tu makan..hit ke KL terus...nak pi Kolej hubby..dia nak pi jumpa lecturer ..last project paper ...hehehe...smpi kat area Masjid Jamek...dah kilat...then smpi je kat Jalan Raja Chulan (Macam nak pi keje lak..eehheh) hujan lebat...plus kilat plus guruh..perghhhh..lepas selesai urusan...terus balik Melawati..hujan lebat..jalan Ampang standard laa...jem dek bas Metro...tension tul..dah la tak nampak jalan..lebat benor hujan...sib baik kat area Wangsamaju..dah tak hujan...terus pi kedai gunting rambut..nak trim rambut..pas tu balik ke Melawati...cuci kete aku yg dah berlecakkk...kotor gile baby aku..cian dia..so, anto mandi buih kat kedai..hehehe...so, dia comel balik le..heheh...then ingat nak balik...tapi hubby lak ajak singgah pi makan roti pisang...hehehe...dia nak makan mee goreng...so, apa lagi..pi laa singgah before balik...lepas makan hujan balik..lebat gak....smpi umah renyai lak..hehehe...ok la..sempat angkat barang naik ke rumah..huhu..letih..penat nak 'panjat' tangga..adeeehhhh......sekiaaannn...

Aizat - Lagu Kita

Deras hatiku berdetak
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam teman kita
Dengan angin meniup sayu

Kupetik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu

Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

Oh..oh..oh
Oh..oh..oooh

Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu

Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

Terciptalah lagu kita

Wednesday, March 11, 2009

9 jenis anak setan..

Assalamualaikum,

Simpanlah baik2 dan sebarkan pada rakan2 anda sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidak sedar hasutan mereka.Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi
pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah.
 
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat
9 jenis anak syaitan :
 
1
. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda
supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak
perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap
Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok
dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu
mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman
keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa
kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan
dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim

(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah
kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan
bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri
bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk
dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
 

Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk! (SCROLL DI BAWAH)..
 

 

10. Isetan.

Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar
Lembah Klang, Singapore, Beijing &.....
Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.
Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu
sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.
Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan. 

Tuesday, March 03, 2009

Main Pondok-Pondok @ Dapur

Salam....

Huhu....time rajin macam2 buat kan..especially hujung minggu...semua benda nak makan..jadi baik masak saja di rumah..kalau sempat lagi menarik laa resepi yang di masak...kalau malas....yang simple jer...itu pun ikut bahan gak laa...kalau bahan ada banyak...banyak laaa benda yang boleh di masak kan....






Main Pondok-Pondok

Salam semua...

Edisi meng Update resepi lak...hehehe...sebenarnya tak tau apa nak post dah...tak de idea nak bercerita dah sekarang nie..kering gusi dah nak berjenaka..heheh...so, basahkan lidah dengan makanan yang terhidang jer laa..heheheh...penuhkan perut dengan menu yang ada...



MC Hari Ni...

Assalamualaikum...

Huhu...dok di rumah hari nie...tak de la best sangat..rasa bosan...lepas balik dr klinik..singgah beli sarapan dan surat khabar...dah baca & belek2..dah habis makan..online kejap...tak tau nak buat apa...maklum la kat ofis sibuk sangat...bile dah dok umah rasa pelik plak..

Nape MC? Sebab sakit kepala...huhu..semalam rasa nak pitam dlm tren...sib baik tak tombang...digagahkan juga utk smpi ke stesen Wangsamaju..dah la jalan kaki dr ofis utk ke LRT Jamek...gagahkan gak...sebab nak balik rumah..smpi umah..lega..terus baring...ingat dah ok...masih sama gak...Pagi nie pegi doktor..tapi lega...blood pressure tak de laa naik plak..heran...hmm...ntah laa...

Ok laa...nak rehat2...chow...

Wassalam...

Friday, January 30, 2009

Dan CUTI pun BERMULA lagi dan lagi....

Assalamualaikum...

Hi...dah petang dan tiba waktu nak balik dah...tak saboo balik rumah..harap tak jem la petang nie..harap tak HUJAN jugak macam semalam...basah kuyup aku...heheh...harap segala-galanya akan OK petang nie...Cuti sampai ISNIN....sebab cuti WILAYAH..best...bleh lepak umah..tengok movie puas2...eheheh...senangkan hati...

Petang nie nak pegi beli barang untuk hujung minggu nie...manalah tau ada orang datang bleh laa masak-masak kat umah kan...heheh ...kira dah prepare barang nak masak di rumah laa..senang sket kan..heheh

Ok la...Selamat bercuti buat WARGA KL...heheh...byeeeee....

p/s: nak kemas2 barang before balik..chowww

Thursday, January 29, 2009

Cuti lagi....

Assalamualaikum....

Huhuhu....esok dah Jumaat..tak saboo nak cuti lagi...Isnin cuti lagi...cuti sempena Hari Wilayah yang jatuh pada hari Ahad...dan di bawa ke hari Isnin..best laa..boleh laa berehat di rumah...minggu depan lagi...Thaipusam plak..hehehe...sama gak...3 minggu berturut-turut cuti pada awal minggu...hehehe ...kes berehat banyak...pas tu jadi malas keje plak...

Minggu lepas minggu jalan-jalan hujung minggu....minggu nie mungkin aku tengok tv/ movie je la kot kat umah...malas plak nak jalan...banyak pakai ongkos..hehehe ... so, baik masak sedap2...then dok umah makan sambil tengok tv....nanti bleh laa aku upload resepi2 terbaru kan..heheheh....

Ok laa..nak kemas2...jap lagi dah nak balik...yang lecehnye..hujan plak kat luar...harap jap lagi hujan berenti laa..ok...chow chin chow...

Wassalam....

Wednesday, January 21, 2009

No Idea....

Huhuhu...no idea lak nak menaip blog...sejak dua menjak nie...mind block!! ahahah .....mungkin lepas raya cina aku baru ada idea laa kot..hahaha..bestnye dok umah...tak sabo nak tunggu Jumaat...balik nak cepat je...bleh rehat 4 hari..perghhh...best...dok umah makan popcorn...depan tv..mesti lepak giler...hehehe...

Ok laa...choww..ada idea nanti aku taip laa blog..ok...chowww

Monday, January 12, 2009

Aktiviti Hujung Minggu....

Assalamualaikum wrth wbkth...

Hehehe...kat ofis baru aku nak online..biasa laa kat umah ...MALAS...lagipun semalam 'sibuk' tengok tv...dari satu cerita ke satu cerita lain aku tengok...dari RTM1 sampai laa ke channel Discovery Turbo aku layan...keh keh keh...hari relax sedunia...tapi semalam memang aku benar-benar malas...heheh ...tak tau laa angin MALAS dah berTIUP agaknye...tu pasal dok melepek depan tv jer....Masak pun ala kadar jer...Cuma hari Sabtu je aku masak best...Peria goreng cili, daging black pepper...then lebihan Peria aku goreng tepung..sedap & rangup!! Pas tu tetiba rajin aku buat la sambal belacan...hehehe..pembuka selera...biasa laa...tak de tak best rasanya...

Konon semalam nak laa keluar beli barang...tapi semua rasa macam terbantut je aktiviti..so, baik aku lepak kat umah jer laa..merehat-rehatkan otak jer laa..heheh :) bantai tengok majlis persandingan si Mawi-Ekin....sekali sekala tengok...walaupun tak bape suka...tak de laa aku benci...sekadar nak tengok semeriah mana wedding depa tu...heheh :)

Nie kat ofis...bosan gak....esok bukan giliran aku...so, esok tak dapat laa nak online..mungkin nak tido laa kot kat meja..heheh...betul2 angin M aku dah tibe...heheh nak kuar pi makan pun aku malas sekarang nie..konon nak jaga badan..tapi tak terjaga gak aku tengok...heheh ..ntah laaa...hehehe...

Ok laaa...nak clearkan keje before balik....harap lusa dapat blogging lagi...banyak nak citer...tapi tetiba kering idea....nie semua sebab M besar dah datang..hehehe...mata pun dah kuyu je....ok...jumpa lagi...chow chin chow...

Wassalam...

Friday, January 09, 2009

Di Ofis...

Assalamualaikum...

Akhirnya dapat gak aku berblogging..heheh ..rindu rasanya nak menaip..hehe :) kini dah kembali..alhamdulillah...berkat usaha mencari broadband ...heheh ok la nie....walaupun tempat aku terselindung disebalik cubical yang agak jauh dari tingkap..heheh :) masih boleh lagi mencapai tahap maksimum kelajaunnya..heheh...

Bos tak de nie..tu pasal bleh online jap...depa pi meeting..heheh...keje pun dah siap...tapi sambil2 buat keje laa..hehehe jadi jenguk sana sini jap laa..kalau kat umah susah sket nak online...berebut...hehehe..tau tau je la ngan sapa kan...hehehe...

Ok laa...nak kemas2..ari nie Jumaat...balik jam 5pm...heheh...koje bank la katakan..hehe...balik nie nak pi Kampung Baru ngan hubby....makan kat situ...heheh mana lagi kalau bukan gerai faveret tu kan..heheh...tempat seribu satu macam lauk + ikan bakar tu...heheh best giler...hehehe...okehhh....

Chow chin chow...

Wassalam..

Thursday, December 25, 2008

Hari Jalan Sedunia...

Assalamualaikum...

Aku baru balik dari Low Yat tadi...pegi cari monitor PC aku...LCD...ganti sebab monitor pc aku dah nak rosak pun...color dah lain....so, pegi laa Low Yat Plaza...carik2...berkenan kat LCD Samsung...22" terus laa...hehehe...orait laa besar..cuma tak syok..sbb umah aku dah tak de internet dah...eee..tension gak...nanti laaa kot...tadi dah siap pasang laa kat umah..best gak...besor semacam...hahaha ..rasa pelik pun ada gak...hehehe ...

Tadi laa jem giler...tension jer aku....dah kenyang pun jadi lapoo balik...yer laaa...nak masuk parking dah la berebut2...orang hon2...balik plak..jem kat belakang Sg Wang...adeehhh tension beb...

Esok aku nak balik kampung...nak tengok ibu...memandangkan cuti kan Isnin depan...jadi aku pun nak balik laa....pas tu dah macam2 perancangan nak ibu aku...nak BBQ laa...nak masak itu ini laa....tak saboo lak nak balik..hehehe...malam nie nak kemas beg..heheh..esok aku keje 1/2 day...tengahari aku balik laa naik bas bersama hubby...dia plak cuti...so, terus tunggu kat PUDURAYA...

So, ok laa...apa2 korang kol/sms (pada yg tau nombor aku jer le) aaa ek....aku ada kat Lumut utk 3 hari nie...heheh...

chowww...adiosss....

SELAMAT TAHUN BARU 2009...

Saturday, November 15, 2008

Bosan Mencengkam Jiwa...

Assalamualaikum....

Lama tak mem'blog' diruangan sendiri...terlalu lama rasanya...sampai tak de idea nak menaip tika ini...sibuk sejak beberapa minggu...kekadang ada di rumah...kekadang tiada di rumah...kalau ada dirumah sibuk membuat kerja harian sebagai suri rumah..sibuk dengan kerja di pejabat...sibuk segalanya...baru hari nie ada masa nak berblog....baru ada masa nak mencoret segala yang berlaku beberapa minggu...baru ada masa untuk diri mendengar lagu..hehehe....banyak kan....sampai tak mana satu nak mula dulu...

Nie pun masih sempat nak download lagu..konon nak carik lagu2 baru laa..nak masuk dlm iPod ku....yang rasanya dah nak bersawang.sebab aku dah berzaman tak upload lagu kat dia...sian dia..hehehe...nak letak lagu2 best..sebab sambil bekerja bleh laa aku dengar..dari dengar beruk2 bising..baik aku dengar lagu...hahaha...bosan dengar 'makhluk bengong' tu bising...bingit siottt...rasa annoyed sesangat kalau dia ada...tak sabar tunggu bulan 12..dia akan cuti panjang..sure aman damai ofis tu...hehehe

Hari nie tak masak lagi...since aku sorang jer..hubby keje plak minggu nie..dia kena OT minggu nie ...minggu lepas dan mungkin minggu depan...sian dia...nak buat macam mana..keje kan...tak pe laa...petang nak buat Ayam Masak Kicap Berempah kot...fav hubby...then masak la sket sayur2...tambah laa dgn Telur Dadar kot..tengok laa...aku nak buat resepi baru kot..tengok mood cam ner...

Hmmm..apa lagi ek nak citer? Dah kering idea dah....kering sekeringnye...rasa nak pi sambung buat keje dulu..nanti aku borak g ngan korang k...okiesss...chowwwww....

Wednesday, October 08, 2008

Aidilfitri.....

Assalamualaikum wrth wbkth...

Dah nak masuk Syawal ke-9...kejap jer...kehangatan Syawal masih terasa...sebab hari raya ke-6 dah mula keje...biasa la...boring gak...rasa macam tak puas berhari raya plak bersama Ibu...tapi nak wat cam ner...sebelum raya aku dah bercuti sakan....jadi lepas raya kena la masuk keje awal...aku tengok kat ofis pun masih ramai yang bermood RAYA lagi...semua macam bermalas-malasan jer..meja pun byk ada balang kuih raya jer..hehehe..tak kurang juga ada unit-unit dalam department aku yang buat jamuan raya sesama mereka..meriah...hehehe..unit aku serba malas...tau nak makan jer...so, tengok jer la orang makan...hehehe...

Open House? Hmm..tak terfikir lagi nak buat..tapi kalau ada yang nak mai umah..sila-silakan laa...bleh ler masak-masak di dapur...itupun kalau ada permintaan...hehehe ...biasa laa...kalau tak de...aku pun nak p beraya gak nie...tapi tak tau nak pi mana lak...heheh...tak de sapa nak jemput pi open house pun...hehehehe..dok umah jer la kot...tgk tv..tak pun....zzzzzzzzzzzzzz je....

Esok keje lagi...adehhh ...letih jer rasa minggu nie...tak tau laa..agaknyer penat balik kampung tak habis lagi kot....nak bantai tido...macam malas lak...kalau bulan pose bantai tido jer...hehehehe ...tadi tak hujan waktu lunch....jadi aku pun pi la menjalankan misi mencari majalah yang mak aku pesan tu..."Ketuk-Ketuk Ramadan"...dapat gak akhirnya..heheh...lega laa...so, nanti aku scan memana yang patut laa...then aku bagi mak aku laa...hehehe..

Esok cadang nak bawak kuih raya...tengok laa...kuih raya aku tak banyak...sebab ari tu pun aku beli sebab mak aku pesan..kalau tak..tak de laa aku nak buat kuih raya pun...hehehe...malas...aku suka kuih siput aku jer laa...nanti aku upload gambo kuih siput aku tu ek...hehehe..

Kalau korang perasan...2-3 hari nie aku dok online jer..sebabnye Astro kat umah aku tak terang lak...dok cit cot cit cot jer...tension aku...last2 aku tutup terus laa tv..malas nak tengok..sebab tak bleh tgk pun...Insya'allah Sabtu nie nak pasang disc la kot..harap terang..leceh pakai centralised disc...sebab ari tu ada ribut sket..agaknyer disc Astro tu dah tergeliat laa kot...tu pasal jadi tak terang langsung...angin tak de..hujan pun tak de..tak terang..apa kes kan...ntah laa...penat je bayar mahal...tapi tak dapat tengok...tension woooo....

Ok laa..nak tukar giliran online plak..kang merajuk lak..hehehe..so, aku nak tido awal laa kot..mata macam dah berat jer...esok aku sambung celoteh pasal balik raya laa kot..heheh..okeh...chow chin chow..

Wassalam...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...