Bahan-Bahan:
300gm Tepung Gandum
40 gm Tepung Jagung
200gm Gula
3 Biji Telur
4 Biji Pisang Emas
250gm Mentega (Dicairkan)
80gm Cip Coklat
1 Sudu Soda Bikarbonat
Cara-caranya:
1. Pisang dilenyek hingga hancur
2. Pukul telur dan gula hingga kembang
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan soda yang telah diayak ke dalam adunan
4. Bila telah sebati, masukkan pisang, cip coklat dan mentega cair, gaul hingga sebati
5. Bakar dengan suhu 180 darjah selama 40 minit @ sejam
SELAMAT MENCUBA!!