Showing posts with label Office. Show all posts
Showing posts with label Office. Show all posts

Thursday, February 05, 2015

Jom Bersantai : Breakout Malaysia

Assalamualaikum!

Hi. Nak citer la, 2 minggu lepas baru nak citer laaa kan kami & rakan-rakan office ke tempat ni. Breakout. Apa tempat ni? Tempat makan ker? Atau tempat karaoke? Semua tu bukan yek adik-adik comel sekalian. Tempat ni adalah tempat bermain escape game. Kiranya macam anda semua terkurung dalam 1 bilik dan cuba selesaikan sesuatu dan kena keluar dalam masa yang ditetapkan. Seronok sekali sekala mencuba benda-benda lain kan.


Breakout is not your conventional escape game. Our outlet consists of various themed rooms with a capacity of 2 to 6 players. The rooms are carefully crafted and designed to provide players maximum mind boggling puzzles and tasks which are to be completed within 45 minutes. Each room have their very own storyline, puzzles and tasks to ensure fresh and exciting new experiences. Our objective is to provide an immersive movie-like experience and a whole new level of escapism from the hustle and bustle of Kuala Lumpur city for the young, uprising community of Malaysians seeking a new thrill in life.

So amacam? Nak datang sini ker?

Jom kita tengok apa bleh buat di sini. Mula-mula kena ada player untuk game ni. Pemain antara 2 hingga 8 orang. Refer pada gambar di bawah yek.

Sumber dari Web Breakout Malaysia
Apa game nye kan? Mesti korang nak tau kan. So far ada 5 jenis room kat sini. Korang boleh laa pilih ikut tahap kesusahan bilik ini. Ada yang paling susah, ada yang paling senang. Pilihlah mana yang berkenan di hati.


Hari tu aku & rakan-rakan mencuba room yang paling susah. Tahap 5/5 la kiranya. Kami pilih The Greatest Murder of Westwood. Seronok. Nak tau kenalah cuba kan! 

Sebelum pulang, aku sempat laa beli souvenir. Macam laa jauh mana siap nak bersouvenir-souvenir lak kan....sebabnya aku terpandang lanyard Breakout ni. Lawa plak. Jadi tangan tergatal nak beli laa buat koleksi.


Lokasi Breakout ni adalah di Level 2, Avenue K bersebelahan dengan Deli France. So, lepas penat bermain game boleh laa makan plak! Hehehe...


Located
L2-16 (Level 2) Avenue K Shopping Mall (LRT KLCC station) Kuala Lumpur. 156, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur 
Operation Hours: 10AM -10PM (Monday – Sunday) 
Contact: (603) 2181-1835

Selamat mencuba buat yang nak mencuba! Minggu ni pun kami nak pergi lagi dengan kawan-kawan office. 

Saturday, February 15, 2014

Office : CNY Open House

Assalamualaikum....

Weekend. Tiada apa nak buat. Relax. Watching TV. Makan. Jalan jauh malas lak...sebab cuaca amat panas sangat! So, better stay at home. Kang sakit kepala plak kan. Jadi baiknya dok rumah aje laa dari aku memeningkan kepala.


Jumaat lepas..kami buat CNY Open House kat ofis. So, Yee Sang ada laa kan. So makan sekenyang-kenyangnya. Dijamin HALAL yek! Jangan risau laa kan...hehehe catering Melayu. Hehehe so, kami pun bedal laa secukupnya. Sebab masa nak amek main course tu beratur panjang, jadi kami pun bedal laa Yee Sang dulu untuk isi perut yang lapo sesangat tu...jadi laa kan dari tak makan langsung.


Menu bleh tahan gak best. Antara menu yang terhidang adalah : Mee Goreng, Bihun Goreng, Nasi Goreng, Sambal Tumis, Chicken Wings, Roti Jala, Kari Kambing, Popia Goreng, Horlick Brownies, Cream Puff dan Talam Cendol. Semua menu tersangat la sedap. Memang terbaik!! Kiranya tengahari tu tak yah laaa keluar makan-makan di luar. Makan hingga kenyang. Siap bungkus tapau bawak balik lagi tau. Syokk wooo....


Lepas makan. Dah kenyang, Haruslah berkepak2 dan tersadai dengan seronoknya. Memang tersadai tahap kenyang. Walaupun makan dalam small portion, tapi memang kenyang laa sebab dok berulang ke meja buffet tu aje kan. Hahahaha....mana taknya dok bedal Yee Sang aje dah setengah pinggan besar. Perghhhh hebat!!

Apa pun makan beramai-ramai memang seronok sangat! Enjoy sambil borak2. Bukan selalu dapat makan bersama secara beramai-ramai kan!!

Sunday, August 25, 2013

Open House & Open Office

Salam...
Balik aje cuti raya,(masa 12 Aug tu) terus nak buat makan-makan. Jamuan kecik-kecik. Variasi rending bersama ketupat dan lemang. Janji ade ok laa kan. Tiada apa pun nak di bawak. Actually ada kek semua. Tapi sebab syok sangat makan. Lupa plak nak gambo semua tu. Heheh...jadi laaa ada gambar nie kan...


Minggu depan lak sibuk laa dengan open house/ open office di sekitar department yang ada. Abis laa...minggu menggemukkan diri gamaknye!

Saturday, July 27, 2013

Makan2 Before Puasa di Ofis

Assalamualaikum....

Sebelum bulan Ramadhan menjelma biasanya kami semua akan buat satu makan-makan di ofis. Biasalah laa kunun nak buat potluck reramai. Seronok gak sekali sekala macam nie kan. Makan bersama-sama rakan ofis di dalam bilik komuniti. Bukan selalu duduk semeja makan kan...kali ini, hidang dan makan sama-sama. Untunglah ofis ada microwave, jadi bila tiba waktu lunch semua makanan akan dipanaskan. Senang laa bleh makan panas-panas. Best aja feeling2nye...tul tak?

Banyak gak kami bawak ari tu. Antara lauk-lauk yang ada : 

Asam Pedas Pari (ni aku masak...licin abis, sedap kata dorang, alhamdulillah), Begerdil (Azura bawak), Rendang Ayam Noghori (kak Leen), dan Sambal Daging (Inn) ..ada lagi lauk2 lain tapi sebab nak makan punyer pasal semua terlupa nak makan daaa...biasa laaa kan..dah lapo dan tak saboo sangat nak makan. Semua lupe daaah...
 

Lepas makan harus laaa bergambar walaupun gambar sendiri tak de kan. Redho aje laa....janji makan ramai-ramai kan. Syok merasa kemeriahannya.. Terima kasih laaa kerana sudi join yek kengkawan...pas raya kita buat potluck raya lak ehhh....

Tersadai kekenyangan....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...