Tuesday, August 18, 2015

Roadtrip : Road to Krabi, Thailand (Part 3)

Assalamualaikum...

Hari ke-3, kami pun dah nak balik. Selamat tinggal Ao Nang, Krabi. Next time jumpa lagi. Enjoy my stay in Krabi. Hari ni kami nak menuju ke Hat Yai. Tempat yang memang kami nantikan untuk bershopping sakan. Hehehe..Tak sabar nak tiba. Sebelum tu, kami ronda-ronda dulu laa before shopping kan. 


Sempat laa kami berdua masuk ke Hatyai Icedome. Macam kat i-City Shah Alam gak. Ok laa...banyak gak benda bleh buat dalam tu. Main salji lagi. Hehehe seronok gak. Lepas bermain-main salji tu. Ada plak bunga-bunga untuk di tengok. Macam-macam jenis bunga ada.



Masa pi shopping memang tak dan amek gambar pun. Sebab masing-masing sibuk shopping sakan masa nie. Hahaha...lepas tu kami nak balik dah tapi sempat singgah ke Klonghae Floating Market. Kat sini ada macam-macam laa gak. Makanan dorg jual atas bot. Ada juga jual baju, beg, kasut dan macam-macam lagi. Pokoknya sediakan ajer laaa duit ye...memang rambang mata laaa kat situ.



Dah dekat jam 6pm. Kami cepat-cepat laaa naik van dan bertolak ke Padang Besar. Takut sempadan tutup plak. Sempadan tu tutup jam 8mlm. Kami sampai ngam2 ajer kat sempadan tu, around 7.45mlm. Fuhh memang letih giler. Sampai tu nak punggah beg lagi masuk ke van untuk balik ke KL. Letihnya haiii...tapi apa nak buat, travel tak boleh laa mengeluh kan. 

Citer pasal bajet. Kami sorang bawak RM500 aje. masa tu tukaran wang pun susut gak. Kurang dalam 60 sen. Sekarang lagi laa teruk dah. So, memang tak dapat laa nak travel ke mana-mana buat masa ini. Kena bajet2 kan dulu duit yang ada untuk meneruskan kehidupan.

Ok. Maka tamat laaa perjalanan kami ke Krabi....

Monday, August 17, 2015

Roadtrip : Road to Krabi, Thailand (Part 2)

Assalamualaikum...

Sambung journey di Krabi dengan Island Hopping. Melawat 4 pulau. Kiranya melompat-lompat pulau katanya. Trip nie memang best. Cuma dari 9 orang, hanya kami 7 orang ajer yang pergi. 2 orang lagi tinggal sebab mabuk laut. Heheh...tapi memang best berhitam-hitaman di pantai.

Bertolak jam 8am dari hotel. Ada bas ambil kami depan hotel. Tapi bukan bas pun, kira macam tuk tuk dorang version lori dan ada seat macam naik lori askar zaman skolah dulu. Hehehe kelakar lak. Tapi seronok laa gak...Dah ambil semua penumpang, terus bas menuju ke satu pantai yang menghimpunkan semua orang yang akan pergi islan hopping tu. Ramai rupanya. Dari macam-macam agent lak tu. So, memang pantai dipenuhi dengan manusia yang datang dari pelbagai negara.


Kami naik bot kayu atau pun lontail boat aje. Tak de laa nak naik speed boat. May be next time laa kut. Tapi seronok gak. Hehehe....tapi jenuh nak panjat tangga bot kayu ni. Sebab ia agak tinggi. Dan aku dah beberapa kali nak tersungkur masuk dalam bot, tapi nasib baik laa driver bot tu sambut aku, kalau tak sure makan lantai bot aaa muka aku...hahaha...

Kalau ada yang mabuk laut tu, boleh laa siap2 makan ubat tahan mabuk eh. Macam aku tak mabuk laut pun, tapi disebabkan bot semua macam berlumba ajer nak sampai pantai Island Hopping tu, jadi air laut jadi berombak-ombak ajer masa tu. Seram sejuk gak aku masa tu. Dah nak termuntah pun ada gak. Paling best bawak laaa gula-gula ke untuk hilangkan rasa mual tu ye. Malangnya aku pun tertinggal gula-gula aku semua. Boleh plak!

1st Island kami tiba adalah Tup Island (Koh Tup). Pulau ni cantik sangat, ada beting antara 2 pulau. So, bot akan parking antara beting ni, dan kita pun berjalan-jalan laa di atas beting pasir ni. Masa aku datang macam dah nak lambat sket, jadi air pun macam nak pasang dah masa tu. Keindahan pulau dia memang tak terkata. SUBHANNALLAH! Cantik sangat. Pasi putih gebu. Air biru turqoise. Perghhh indanyanya saat ini. Rasa macam tak cukup aje pergi sekali hari tu. Rasa nak pegi lagi nanti.


Lepas tu yang kedua adalah Chicken Island (Koh Gai) memang macam ayam pulau tu. Hehehe tapi kami tak de stop kat sini. Lepas snorkeling ajer baru kami lalu tempat ni. Snorkeling pun best, walaupun aku tak turun untuk snorkeling. Just duduk atas bot, and perhatikan kawan2 dan tangkap gambar kawan2 dalam air. Seronok tengok orang berendam, tapi takut punya pasal terus tak jadi. Hahaha....

Lepas snorkeling, baru laa lalu kat pulau ayam tu. Comel ajer nampak dari jauh kepala ayam. Tetiba rasa nak makan KFC lak masa tu. Hahaha...lapo gak bila dok atas bot nie.


Lepas dari Chicken Island nie...dalam 15 min gak kut naik bot, kami tiba Poda Island. Di sini kami dihidangkan dengan makan tengahari. Halal ye. Jangan risau laa...


Tiba aje, terus beratur ambil makanan mengikut bot masing-masing ye. Memang lapar sangat masa ni. Maklum laa dah time lunch pun masa tu. Memang aku pun bawak tikar, elok laa untuk kami semua duduk dan makan kan. Lepas makan baru bergambar sakan disekitar pulau tu. Lama gak kat sini, so memang siap bleh mandi manda di laut yang biru tu. Cantik sangat...
 

Lepas melepak-lepak sakan di Poda Island nie. Kami meneruskan perjalanan ke Phranang Cave atau pun Railey Beach. Sini pun cantik. Tapi sebab dah matahari memacak atas kepala, yang diidamkan hanya nak minum air ajer la. Memang panas sangat masa ni. Masa tiba di pantai, dah nampak bot2 yang jual air. Mata dah target untuk minum ajer masa ni. Memang terus turun ajer meluru beli juice manga. Kalau kat Thailand ni jus manga memang marvelous sangat!!
Di sini lepak lama gak. Dah laa panas. Tak sabo dah nak balik hotel. Sebab time ni rasa nak landing atas tilam yang empuk dikepuk2 bersama bantal. Rasa memang nak tido ajer masa ni. Lepas ajer driver boat dah panggil, kami apa lagi terus laa berlari2 ke bot. Sebab semuanya memang dah layu. Nak tido sebenarnya. Penat sangat. Panas plak tu. Perghhh..dan memang sepanjang dalam bot kami semua pakat tido. Hahaha...lena sungguh termasuk aku la kan. Hahaha....
Okay dah sampai pantai tu, kami turun boat, siap ada org jual gambar kami masa pagi tadi tu dorang ambil. Okay la. Aku pun beli laaa untuk tanda kenangan kan. Okay gak laa...at least ada laaa. Then berlari2 lak kami nak naik bas untuk balik ke hotel. Sikit lagi laaa geng kami ni tertinggal, sebab sibuk beli ais krim hahaha..sengal tul...
Nanti sambung kemudian eh..letih lak...banyak sangat menaip..hahah...chowww

Sunday, August 16, 2015

Roadtrip : Road to Krabi, Thailand (Part 1)

Assalamualaikum,

Asyik tertangguh jer nak berblogging pasal roadtrip kami ke Krabi. Kali ni memang pergi dengan kawan-kawan ofis dan 1st time laa aku pegi group tour nie. Best gak kalau dapat kawan-kawan sekepala ni. Seronok sangat!

Perjalanan bermula dihujung bulan Mac. Dah dekat-dekat dah time nak GST. Hahaha...kami tak de laa kena mengena ngan project2 GST. So okay laa kan, tak kisah sangat laaa. Dari Kuala Lumpur kami semua menyewa sebuah van yang boleh memuatkan kami seramai 9 orang. Bertolak dari KL jam 10pm. Aku ni amat sukar sket kalau travel malam. Tu pasal roadtrip aku semua bermula di siang hari sahaja. Hehehe...nie kira pengalaman baru. 

Dah bertolak jam 10pm dari KL. Kami menyinggah di hentian sebelah utara untuk mengisi perut. Patut membuang apa yang patut, tapi kami plak pi bantai makan Nasi Lemak. Sebab terpesona dengan bunjut peket Nasi Lemak, terus laa pakat ramai-ramai makan. Hahaha...memang makan macam orang kebulur lak. 

Lepas tu kami terus laaa bertolak. Dan tiba di Padang Besar lebih kurang jam 5.30am. Isi minyak dan terus ke tempat yang di janjikan dengan driver kami dari Thailand. Van Thailand telah menunggu kami di satu kawasan yang ditetapkan. Pakcik Driver ni pandai cakap Melayu. So senang laa kerja kami, sebab kami perlukan dia untuk membawa kami ke mana-mana. Sebab orang Thailand ni ramai tak boleh bertutur bahasa Inggeris. Payah tul dorang nie. Kang jadi ayam itik plak. Order makanan lain, sampai makanan lain plak. Naye laaa kan!

Bawah nie adalah Van Thailand yang kami sewa tu. Bertolak lebih kurang 7.30am dari Padang Besar memasuki sempadan. Awal pagi kurang jem. Kebetulan trip kami diketuai oleh seorang pegawai Kastam. Jadi senang laa kerja kami kan. Dia pun kebetulan pernah bertugas di Padang Besar nie. So, borang-borang nak masuk Thailand kami dah siap isi la. Awal pagi kurang sikit. Jadi que di imigresen kurang orang. Lancar ajer la. Lepas beberapa jam kami tiba di hentian rehat di Thailand.


Di hentian rehat ni, senang jugak. Sebab banyak makanan halal. Jadi kami pun memang lapar gak masa ni. Boleh laaa makan dan beli jajan. Toilet di sini juga bersih. Malah surau juga ada disediakan. Memang bagus sangat. 

Lebih kurang 2 jam perjalanan kami tiba di destinasi seterusnya. Emerald Pool. Memang best sangat tempat ni. Cantik dengan kejernihan airnya yang warna biru turqoise. Masa kami pergi nie dah kira weekend. So, ramai sangat orang. Sampaikan nak duduk kat dahan2 yang ada pun macam payah. Nak masuk sampai ke Emerald Pool tu kira2 800meter gak dari pintu masuk. Bersedia laa nak berjalan yek. Jauh tau!! Mengah gak laaa nak berjalan ke dalam tu. Tapi bila dah sampai memang worth it sangat laa masa tu. Tenang rasa jiwa tengok air tu.


Lebih kurang 2 jam kat sini. Kami bertolak laa untuk ke Ao Nang, Krabi. Tak sabar nak sampai destinasi dah sebenarnya. Dalam perjalanan memang kami semua bantai tido. Penat dah berjalan n berkubang dalam air tadi. Sebenarnya letih dek berjalan kaki ke dalam tu jer. Pas tu cuaca plak memang panas terik. Nasib baik laa kat situ ada juga gerai makan Muslim. So, senang laa kami nak makan minum. Tapi biasa aaa sebab ramai, makanan pun agak lambat sampai jugak la. Dah laa kebulur dan haus masa tu. 

Lepas makan tengahari tu. Kami bertolak laa ke Ao Nang, Krabi. Akhirnya tiba dalam jam 4pm. Alangkah seronoknya. Dapat laa mengeliat sakan. Badan dah lenguh2 dalam perjalanan tu kan. Kami menginap di area depan Starbucks & McDonald di Ao Nang. Sekitar hotel pun banyak kedai serbanika. So senang laa nak beli air atau apa2 kalau memerlukan di malam hari. Kebetulan di lokasi penginapan kami tu terletaknya tempat urut yang famous. Lepas dah penat memang best untuk mebetulkan urat-urat yang terselirat tu.


Sebelah petang, kami pun bersiar-siara laa di sekitar pantai Ao Nang Beach. Siap pergi tengok sunset tepi pantai lagi. Seronok laa kan. Sambil-sambil tu pergi carik beg kalis air untuk pergi ke island hopping esk. Actually dah ada. Tapi kononnya nak tambah lagi satu untuk koleksi akan datang.


Lepas jalan-jalan. Kami balik ke hotel. Nak rehat before pakcik driver tu datang untuk bawak kami jalan-jalan dan makan. So, balik berehat dulu laa. Kami plak pi kedai 7Eleven sebab dok cari air  masak untuk di bawa esoknya. Sebab musim tu pun panas, jadi kami perlukan air yang banyak.

Nanti sambung lagi part 2...waktu kami di Island Hopping sekitar pulau-pulau di Krabi. Choww....

 

JJCM : Mee Tarik Warisan Asli

Assalamualaikum,

Lama plak tak bersiaran di sini. Bersawang-sawang dah blog nie. Busy sangat sejak last travel ari tu. Sampaikan tak sempat nak melawat langsung rumah ni. Alahaiii...

Kali ni nak bawak jalan-jalan makan yek. Restoran ni agak ramai gak yang dah tau. Sebab lokasinya yang agak strategic di persimpangan Dang Wangi. Di laluan yang amat sibuk dikala pagi dan petang. So kalau dah alang-alang kat situ, apa kata singgah dulu untuk mencuba makanan di sini kan!

Restoran Mee Tarik Warisan Asli. Actually aku dah beberapa kali makan kat sini. Memang kawan-kawan ofis pun suka ke mari gak kalau saja nak makan ramai2. Walaupun agak susah parking, kami sanggup gak redah.


Macam gambar kat atas ni. Menarik kan. Menu dia pun agak banyak gak. So kalau nak tau meh laa ke sini. Bleh rasa satu2 menu yang ada. Ni antara yang kami order hari tu.


Lokasi restoran ni memang strategic sangat. Tapi susah nak parking. Disebabkan ia melibatkan makanan kami sanggup parking sampai kat Wisma Jakel tu. Hehehe...sedapnya pasal kan!


Nie laa restoran tu. Memang kat Jalan Dang Wangi tu. Kalau lalu mesti nampak kan. So apa lagi? Jom kita ke sana...

Lokasi cawangan boleh dpt di sini ye : http://www.meetarik.com/#!contact/c24vq

Thursday, March 26, 2015

Tiba Masa ....

Salam semua...

Tiba juga hari yang dinanti. Roadtrip! Seronok. Semoga perjalanan kami dipermudahkan semuanya. 

Story nanti akan menyusul. Nantikan...

Thursday, February 19, 2015

CNY 2015

Salam 1 Malaysia!

Cuti lagi dibulan February. Cuti memang sangat-sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia ni. Memang orang Malaysia suka sangat cuti. Memandangkan CNY 2015 ni jatuh pada hari Khamis & Jumaat. So, apa lagi kan....ramai laaa yang join sekali meramaikan highway utara selatan timur dan barat. Perghhh jawabnye akan jem la highway kan! Jadi rancanglah perjalanan anda. 

Tahun nie, tahun Kambing. Selamat mengembek laa semua ye! 

Anyway, buat semua kaum Cina di Malaysia, Selamat Tahun Baru Cina.

Sumber : Google

Thursday, February 05, 2015

Jom Bersantai : Breakout Malaysia

Assalamualaikum!

Hi. Nak citer la, 2 minggu lepas baru nak citer laaa kan kami & rakan-rakan office ke tempat ni. Breakout. Apa tempat ni? Tempat makan ker? Atau tempat karaoke? Semua tu bukan yek adik-adik comel sekalian. Tempat ni adalah tempat bermain escape game. Kiranya macam anda semua terkurung dalam 1 bilik dan cuba selesaikan sesuatu dan kena keluar dalam masa yang ditetapkan. Seronok sekali sekala mencuba benda-benda lain kan.


Breakout is not your conventional escape game. Our outlet consists of various themed rooms with a capacity of 2 to 6 players. The rooms are carefully crafted and designed to provide players maximum mind boggling puzzles and tasks which are to be completed within 45 minutes. Each room have their very own storyline, puzzles and tasks to ensure fresh and exciting new experiences. Our objective is to provide an immersive movie-like experience and a whole new level of escapism from the hustle and bustle of Kuala Lumpur city for the young, uprising community of Malaysians seeking a new thrill in life.

So amacam? Nak datang sini ker?

Jom kita tengok apa bleh buat di sini. Mula-mula kena ada player untuk game ni. Pemain antara 2 hingga 8 orang. Refer pada gambar di bawah yek.

Sumber dari Web Breakout Malaysia
Apa game nye kan? Mesti korang nak tau kan. So far ada 5 jenis room kat sini. Korang boleh laa pilih ikut tahap kesusahan bilik ini. Ada yang paling susah, ada yang paling senang. Pilihlah mana yang berkenan di hati.


Hari tu aku & rakan-rakan mencuba room yang paling susah. Tahap 5/5 la kiranya. Kami pilih The Greatest Murder of Westwood. Seronok. Nak tau kenalah cuba kan! 

Sebelum pulang, aku sempat laa beli souvenir. Macam laa jauh mana siap nak bersouvenir-souvenir lak kan....sebabnya aku terpandang lanyard Breakout ni. Lawa plak. Jadi tangan tergatal nak beli laa buat koleksi.


Lokasi Breakout ni adalah di Level 2, Avenue K bersebelahan dengan Deli France. So, lepas penat bermain game boleh laa makan plak! Hehehe...


Located
L2-16 (Level 2) Avenue K Shopping Mall (LRT KLCC station) Kuala Lumpur. 156, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur 
Operation Hours: 10AM -10PM (Monday – Sunday) 
Contact: (603) 2181-1835

Selamat mencuba buat yang nak mencuba! Minggu ni pun kami nak pergi lagi dengan kawan-kawan office. 

Tuesday, February 03, 2015

Mau ke mana tu?

Salam semua!

Hi. Cuti-cuti kita hari ni. Best dok umah di tengah2 minggu kerja ni. Rehat2 di rumah. Boleh tonton TV dan melipat baju yg macam gunung. Kalau suh merayau memang lajuuu aje kan...tapi kalau suruh lipat baju memang banyak malas la!

AA buat sale! Hmmm...menarik! Sale untuk 3 Aug 2015 hingga 26 Mar 2016...tapi macam malas nak fikir lak kali ni. Tak de mood ker nak jalan? Ntah la....kena carik mood yang hilang tu balik...mana dia eh?

1



Memang nak pergi ke suatu tempat 2016. Tapi rasanya macam belum bersedia plak. Mungkin sebab banyak perancangan lain lagi tengah buat nie. So, mungkin pergi yang dekat2 ajer laa kut. Mungkin kali ni buat road trip dalam Malaysia aje la kut. Nak menambah kilometer kat meter kereta aje nie. Tapi penat kalau drive nie. 

Nak roadtrip ke mana tahun depan nie? Huihh awalknya fikir kan! Mesti korang cakap macam tu laa kan....tapi aku suka merancang awal. Persediaan awal tak per, at least kalau tak jadi waktu yang dirancang boleh la ditunda ke tarikh lain. Betul tak?

Biar dulu laa untuk 2016 tu...kena tumpu untuk 2015 ni dulu. Semua dekat2 plak tu travel itinerary aku. Adoiii...macam salah pilih ajer. Tapi tak per....semoga segala perancangan akan dipermudahkan. Amiiin!!

Sunday, February 01, 2015

Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum....

2015 dah pun masuk bulan kedua. FEBRUARI. Cepatnya masa berlalu tanpa disedari. 
Apa yang kita dah buat sepanjang sebulan di tahun 2015 ni? Banyak achievement dalam hidup dah? Kadang-kadang lupa nak tanya soalan ini pada diri sendiri.

Perancangan 2015 sudah diatur dengan baik. Semoga segala perancangan akan di berjalan dengan sempurna. InsyaAllah. Semoga segalanya berlaku dengan izin Allah...Amiin. 

Saturday, January 31, 2015

Jom Jalan : Putrajaya

Salam,

Menikmati keindahan alam di petang Sabtu. Indahnya.

Masjid Tuanku Mizan a.k.a Masjid Besi Putrajaya

Monday, January 26, 2015

Lumut 2015

Assalamualaikum semua...

Saban tahun, Pekan Lumut akan berubah wajah. Walaupun  selalu balik ke hometown, tapi amat jarang aku jejak Pekan Lumut itu sendiri. Sebabnya kalau hujung minggu, cuti sekolah atau cuti perayaan, memang akan jem dengan kereta-kereta dari luar. Ratanya nak ke Pulau Pangkor

So, kali ini aku balik awal sket dari cuti yang bakal berlaku minggu hadapan. Cuti Wilayah & Cuti Wesak. Pastinya ramai orang luar akan membanjiri Pekan Lumut. Peluang yang ada aku ambil untuk melepak di Lumut. Seronok! Banyak kenangan di sini. 

Macam dah pudar plak logo tu

Ada Jeruk Madu Pak Ali di sini

Ada Restoran menghadap ke laut

Jeti Lumut
Jelas sekali tiada yang lebih indah berada di sini waktu tiada orang yang bersesak-sesak. Time nie dapat laa bershopping. Feeling2 pelancong sket. Pastu tak dapat diskaun bila membeli barangan. Wahaah... Pelancong laa sangat kan!!


Monday, January 19, 2015

Kehilangan!

Assalamualaikum...

Hari ini, aku dikejutkan oleh berita mengejut di petang hari. Nenek dah tak ada. Itu kata pakcik ku. Sedihnya. Kehilangan lagi... Al-fatihah buat nenda tercinta. Kami senantiasa merindui mu...


Friday, January 16, 2015

Al-Fatihah!

Assalamualaikum....

Januari...bulan pembuka. Dibulan ini juga aku terkenangkan seseorang dalam hidup yang telah lama pergi menghadap Ilahi. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat-Nya. 

Al-fatihah buat ayahanda ku...


4 Jan 1957 - 16 Jan 2003


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...