Monday, December 31, 2012

Cameron Highlands kami tiba!

Salam,
 
Bangun awal pagi untuk tadah air. Kebetulan semalamnya tak de air di rumah. Bila bangun terus check paip air. Ada air. Jadi terus buat kerja aktiviti menadah air. Selesai aje aktiviti menadah air, kami bersiap untuk ke Cameron Highlands. Tapi saja laa nak ikut jalan Simpang Pulai. Tak penah ikut sana. Best gak jalan tu.
 
 
Sepanjang jalan hujan renyai-renyai. Kabus nipis gak sepanjang perjalanan naik ke atas. Jalan Simpang Pulai ke Cameron Highlands agak lebar. Selamat sket rasanya kalau ikut sini. Selesa sket berbanding ikut Tapah tu. Risau jalan situ. Penakut gak aku nie kat situ...
 
Kami dah tiba!
Lebih kurang sejam kami tiba dah. Agak slow sket aku bawak. Sebab 1st time ikut jalan tu. Hehehe...dah rasa macam bawak Tofu aje macam citer Initial D dah rasanya. Banyak corner sangat kat sini. Hehehe...Sib baik laa aku tak drift kat sini haha...reti ke? Bleh kut!
 
Gerak tengok bantal tu
Kami tiba di CH. Agak jem. Maklum jer la weekend kan! Pastu cuti sekolah dan cuti hujung tahun. Saja laa nak merasa ke"jem"man CH nie di waktu weekend. Tapi memang tobat tak mo pegi dah waktu cuti. Serik wo. Sakit kaki gua!
 
Lepas Kea Farm dan Cactus Point tu dah jem gile. So, kami pun terus berhenti kat S' Corner Strawberry Point untuk berehat. Memang masa tu dah letih dah. Kaki penat tekan minyak & brake aje.
 


Masa rehat nie kami menikmati Strawberry Cheese Cake dan Strawberry Milk Shake. Pas makan rasa muak lak. Huhu agaknya sebab milk shake tu kut. Dah pening jalan pusing-pusing jadi muak la kut. Yang aku heran nape laa orang ramai makan Maggi in cup masa ni. Heran gak aku. Nak kata sejuk sangat, tak gak. Agaknya konon-konon nak feeling2 sejuk kut, tu pasal depa dok makan Maggi In Cup! Hahaa...


Tengok jalan jem waktu nak naik bukit. Sure seksa kaki nak tekan brake & minyak. Perghh...pengsan! Banyak gak laa kereta tersadai time nie. Sebab panas sangat dah enjin. Kereta aku pun hampir gak la. Nasib baik laa aku berhenti dan berehat sekejap. Kalau tak abis laa aku.
 

Lepas melepak kat situ selama sejam. Kami pun gerak ke Brinchang. Kat sana lain plak citernye. Jem giler town tu. Adoi...Semua cita2 aku nak ke ladang Boh Tea Plantation pun tak jadi gak. Jalan sungguh jem. Terpaksa laa simpan cita-cita nak feeling2 macam Ombak Rindu tu. Haha...kejam tul jem ni!
 
Sempat gak laa kami shopping Strawberry & sayur-sayuran sebelum balik tu di Tringkap. Malas laa nak berhenti di pasar malam Brinchang tu. Jem giler! Sengal. Jalan sempit lak tu. Adoi...Banyak gak barang menarik di pasar malam Brinchang tu, tapi keadaan nak parking pun payah, jadi kami pun amek keputusan malas nak berhenti la. Banyak benda tak bleh buat untuk hari tu. Sedihnye....tak pe, next time yek!!
 
Ada gak ushar kaktus. Tapi..tak mau la beli. Nanti meletup lagi kaktus ku itu..sedihnya!! Ada orang pi siram lak kaktus. Adehh...abis meletupssss kaktus sebab terlebih air. Susah tul kalau ada pekebun "bertauliah" di rumah nie....

 

So, lepas dah malas semuanya. Kami pun malas laa nak lama-lama di CH ni dah. Jem aje. Rimas lak. Jadi sebelum balik singgah laa di Tringkap untuk beli barang-barang dan terus aje balik. Sepanjang perjalanan balik tu plak hujan aje. Sib baik laa hujan renyai aje. Tapi kali ni kabus agak tebal berbanding pagi tadi.
 
 
Jalan slow aje la...alhamdulillah kami tiba di Simpang Pulai jam 6.30 petang. Then hubby lak cakap "Jom balik Lumut ajelah!" So, cik Supir pun drive ajer laa terus ke Lumut, melalui Batu Gajah. Lebih kurang sejam kami tiba. Slow gak aku bawak sekarang nie. Agaknya sebab spec aku ni. So, kena laa tukar spec baru nanti. Agar lebih terang lagi pandangan mata ku...uhukss!!
 
Anyway, dah sampai depan umah Ibu, kami pun call. Ibu memang sentiasa ada di rumah. Jadi tak risau laa kalau nak buat surprise kan! Hahaha...terkejut kau mak aku ni bila kami dah ada di depan rumah. Elok laa sangat kami sehelai sepinggang dari KL - CH - Lumut. Perghh...memang buat kerja gile nie. Jalan ikut suka. Anyway, suka sangat dapat pegi jalan-jalan.
 
Tahun depan jalan lagi..ke mana? Hehe nantikan aje laa....okies!!!
 

Saturday, December 29, 2012

Cameron Highlands...Kami datang!!

Salam,

Cita-cita nak ke Cameron Highlands. Dah lama tak ke sana. Aku last ke sana pada tahun 1992. Masa tu aku darjah 6. Perghhh lama giler kan. Jadi memang ada cita-cita nak ke sana lagi dalam masa terdekat. So, bila? Memang nak buat keje gila la esok. Hubby kata "Jom gi Cameron Highlands". Woww....so, apa lagi. Terus tido awal. Hati tak sabo nak pegi ke sana. Lama sangat tak ke sana kan!!


Jom!

Monday, December 17, 2012

The Hobbit: An Unexpected Journey

Assalamualaikum....
 
 
Monday...Keje? Tak pun...cuti! Yahooo..eheheh so isi masa lapang dengan menonton wayang. Citer apa? The Hobbit: An Unexpected Journey ... pada sapa yang dah tengok LOTR tu tau laaa apa Hobbit nie kan....pada yang tak tau pun bleh gak tengok....
 
 
Okay gak citer dia....tapi panjang laa sangat...3 jam gak laa citer nie. So, kalau nak tau jalan citer pegi laa tengok sendiri yek...Nak citer pun panjang benor...ehehe 
 
 
Citer nie mesti ada squel. Sebab tadi pun baru permulaan journey aje. Lom lagi journey yang penuh. Part of LOTR gak masih ada...bukan sambungan pun....tapi patut yang permulaan laa....
 
Okay laa...nak masuk tido....sok dah kena keje lak. Enjoy sangat this weekend... 

Sunday, December 16, 2012

Holiday : Port Dickson - Part 2

Salam,

Day 2. After breakfast kat dewan besar tu, kami sambung lagi mandi manda. Tapi tak lama la. Kejap aje sebab jam 12pm dah nak check-out kan. Malas nak dok lama-lama kat sini. Lagipun jalan kat PD ni jem sokmo. Kalah dah jem KL. Letih mak!!
 
So, after check-out, kami terus ke town PD untuk mencari juadah tengahari. Aku penah sampai ke restoran ni dulu. Memang sedap. Sebenarnya nak makan Daging Salai Masak Lemak. Perghhh memang terangkat la! Sib baik ada lagi. Lauk kedai ni memang cepat abis laa..simple aje lauk pauk sini tapi semua sedap. Lokasi dekat ngan Masjid Jamek yang atas bukit tu. Memang bleh nampak ada restoran kat bawah tu. Tapi parking memang penuh. Kedai pun penuh orang aje.
 
 
Perut kenyang. Terus balik. Ikut jalan lama. Aku tak expert sangat. So, drive ikut belakang kereta Pak Long aje la. Pas tu plak pegi makan durian. Perghhh....memang nikmat sesangat.
 

Settle dah!! Cer kira baper biji durian sebenarnya kami makan? Hahaa...sebenarnya tak kira pun...bantai aje janji masuk mulut dah la kan! Kami memang kenyang! Tersadai gak laaa...tapi nak buat macam mana. Kena drive balik lak kan. So, tunggu sampai rumah dulu baru boleh tersadai la.

 
Selesai makan durian, terus gerak balik KL la. Malas nak tunggu lama-lama dah. Letih la. Nasib baik laa jalan lama nie tak jem. Lega la. Kalau tak mau sakit kaki aku. Dalam sejam pas tu kami tiba kat umah. Lega. Cuti yang pendek tapi puas hati. Hehehe...Enjoy my weekend!

Saturday, December 15, 2012

Holiday : Port Dickson - Part 1

Salam,

Seronok bila dapat cuti pendek bersama keluarga. Walaupun sekejap ia amat bermakna sangat! So, ke mana kita weekend ni? Kita akan ke PD. Pantai yang disukai ramai. Pantang cuti, sinilah orang akan bersantai. 
 


Kali ni aku nak ke Glory Beach Resort. First time ke mari. Dulu aku pergi hotel sebelah. Kiranya pertengahan tabhn lepas aku ke sini. Ingat nak pegi Grand Lexis lagi macam tahun lepas, tapi sebab cuti sekolah kan. Hotel sudah penuh. Kami ke PD with Hubby, Long, Pak Long, Mira & Aleeya. Okay laa, at least meriah sket kali ni sebab pergi beramai-ramai. 

Tahun lepas aku datang PD, aku lepak hotel sebelah. Legend International. Sekarang dah jadi Grand Lexis PD. Situ memang best giler la. Sebab satu bilik satu kolam renang. Perghhh memang mewah sesangat. Bleh laa tgk entry aku kat SINI. Tapi situ memang best sangat. Nanti nak kena pegi lagi sekali untuk rehatkan diri.
 
 
View balkoni hotel amatlah strategik sangat. Ngadap laut & kolam renang. Best view ever! Hehe...best untuk melepak dihadapan balkoni. Sini agak padat dengan manusia. Tak penah aku tengok hotel sepadat ni. Memang rasa rimas pun ada gak. Nak naik lift pun kena beratur lama. Sebab lift tak der banyak, kena tunggu giliran laa kan. 
 
Nie masa kolam belum ramai. Dah ramai memang sesak. Macam berudu pun ade. Pas tu ada plak yang sakai pi main bola keras dalam kolam ni. Abis kena kepala aku. Sakit plak tu! Bangang sungguh. Rasa serik dah nak mai sini. Bukan sebab hotel tak best, tapi sebab orang-orang disekeliling yang tak peka pada org lain. So, far makan kat sini sedap gak. Memandangkan ramai breakfast kena makan kat dewan secara berjemaah...ehehe...dah ramai nak buat cam ner kan!
 

Nasib baik laa duduk sini hanya untuk 2 hari 1 malam saja. Kalau dok lama sangat mau pening kepala aku la. Sesak dengan manusia sangat kat sini. Huhuh...dah laa nak ke PD ni ikut highway jem gile. Buang masa aje kat highway dekat 3 jam. Lenguh kaki wey. Nyesal tak ikut jalan lama. Hehe..next time tau dah nak ikut mana la...

Friday, December 14, 2012

:: Holiday again ::

Assalamualaikum,

Mood cuti-cuti Malaysia again. Tak jauh kali ni. Just around the corner aje. Melepak with family member. Ke mana? Tunggu....
 
 
 *gambar ikhsan dr Google*


Wednesday, December 12, 2012

:: 12.12.12 ::

Assalamualaikum wrth wbkth....

Hari nie 12.12.12 a.k.a 12 Disember 2012 ... cantik angka nie. Mungkin ramai yang berkahwin time ni. Why? Sebab angka? Hmmm bagi aku it's just a number. Doesn't mean anything. Bagi aku biasa aje. Tak de sampai kawin or nak bersalin kena carik satu tarikh yang benar2 best.
 
Apapun hari nie aku demam. Doc bg aku MC. Then doc cakap tonsil aku bengkak kedua2nya. Bagusnya! Dan part paling best adalah aku susah nak makan la kan. Nak menelan nasi dan air pun rasa macam telan batu aje. Seksa rasanya. So, menu utama aku sejak semalam adalah bubur aje. Rasa macam makanan kat hospital dah nie. Sakit pun kena masak bubur sendiri. Time nie rindu kat IBU *sob sob*...

Okay nak berehat. Sebab dah tak de mood & idea. Makan ubat sure lepas nie aku zzzzz...okies chow...

Wassalam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...