Tuesday, April 29, 2014

Sirih Pulang ke Gagang ~ Sandakan (Part 2)

Salam,

Kembara ke sini 7 hari. Masa banyak di habiskan di rumah. Menguruskan nenek yang kurang sihat. At least berbakti sewaktu dia masih ada.

Kalau balik ke Sandakan, tak ke pasar besar Sandakan memang tak sah. Sinilah hub untuk membeli barang-barang basah dari segi makanan laut, sayur-sayuran dan buah-buahan. Macam-macam sebenarnya ada di sini.


Ni yang sempat di beli. Ketam. Hehehe favourie aku bila balik ke kampung. Memang kalau bagi seperiuk memang aku makan sendiri ajer. Heheh...kolestrol naik laa macam ni kalau balik kampung selalu kan.


Sebelah petang time santai-santai. Dapat laa buah mangga plak kan. Memang best. Lepak sungguh melayan angin sepoi-sepoi bahasa tu.


Kebetulan pakcik dari KK sampai ke Sandakan beberapa hari lepas kami tiba di Sandakan. Jadi berkesempatan laa melawat tempat-tempat yang tak pernah aku jejak sebelum ni. Antaranya look-out-point di atas bukit. Boleh tengok Bandar Sandakan dari atas. Best. Cuma agak sunyi sket jalan nak naik ke atas.


Berdekatan dengan look-out-point ni terletak di English Tea House & Restaurant. Kat sini boleh laa minum teh ala-ala orang British. Tak berkesempatan untuk singgah minum di sini. May be next time with all family member. Baru best kalau macam nie kan...kalau minum sendiri tak best.


Since esoknya dah nak balik ke KL. Aku pun berpeluang untuk bershopping bahan-bahan kering untuk dibawa pulang. Contohnya macam ikan kering, udang kering, keropok belinjau dan blend coffee. Kenapa? Sebab barang-barang ni agak murah di sini. 



Balik ke KL. Saat paling sedih. Malas nak fikirkan laa plak kan. Anyway, Airport Sandakan sedang renovation masa aku balik ari tu. Memang seronok laa kan, sebab dah berpuluh tahun dah airport ni tak de perubahan. With modern look, cantik. Cuma masa tu baru 40% siap. So, may be next time boleh laa mendarat di airport baru.

Hingga bertemu lagi...chauuu!!

Monday, April 28, 2014

Sirih Pulang ke Gagang ~ Sandakan (Part 1)

Salam,

Sandakan. Bumi kelahiran Ibu. Balik kali ini bermisi. Misi melawat nenek yang kurang sihat. Alhamdulillah masih berkesempatan lagi melawatnya disaat hayat masih ada. Panjangkanlah usianya, amin!!


Seawal pagi dah terpacak di KLIA. Naik MAS kali ini. Dah lama tak naik. Permintaan ibu kali ni. Jadi layankan sajalah kan...Flight ke sana jam 10.30am, jadi jam 7.30am dah terpacak la kat KLIA. Punya laa ramai umat manusia di awal pagi.



Dah selalu sangat naik AirAsia. Kali ni naik MAS la plak kan. Walaupun agak gemuruh masa naik. Hehehe tak tau kenapa la...tapi mungkin sebab macam2 hal plak di tahun 2014 ni kan. Apapun kepercayaan kepada MAS tidak pernah berbelah bagi.

Dah check-in bag, tiba untuk masuk terus ke dalam. So, boleh laa berehat-rehat di dalam. Masuk awal tak de laa kelam kabut kan.


Perut pun dah kenyang masa lepas drop bag, Selesai semua urusan baru boleh rehat sementara tunggu flight kan. Flight pagi tu agak penuh gak. Pelancong pun agak ramai. Yang pasti ramai bawak kamera yang besar2. Kenapa? Mungkin dorang nak melawat Sepilok kut. 



Till then...sambung lagi...Dah tiba masa untuk terbang tinggi di awan biru...

Monday, April 21, 2014

Birthday Month!

Assalamualaikum....

Love A P R I L again! Why?

It's my birthday month. Yeay...Celebrate? Hanya bersama yang tersayang.

Kali ini birthday hari Isnin. Errkk...Tak bleh nak cuti. Hmmm may be next time kan....




Source Pic: Google

Monday, April 14, 2014

Susu Pisang

Salam semua,

Korea? Aku nak ke Korea ker? Tak de la...sampai pun belum nie. Cita-cita memang ada nak ke sana. Insya'Allah. Nanti sampai laa tu kan...

So, walaupun tak penah sampai ke Korea. Dapat merasa barang-barang yang fames dari Korea pun jadi laa kan...beli kat Korea? Tak de la...Beli kat pasaraya kat KL aje. Sekarang dah melambak. Tapi tak de laa dalam botol dia yg comel tu. Di sini dia dalam kotak. So far perisa Strawberry pun dah sampai. Jenama Binggarae. Sangat famous laa pada yang penah pergi Korea dan  minum susu ni. Walaupun tak penah sampai sana...tapi bila baca blog orang2 yang ke sana...rasa terliur lak. Then bila terjumpa apa lagi terus la beli.


Suka laa rasa dia. Sebab susu pisang amat jarang di jual. Dulu ada gak. Sekarang nie tak de. Bila jumpa nie bleh merasa susu pisang again! So, pada yang minat boleh laa dapatkan di Coldstorage & ISetan Food Market. Harga? Aroun RM3.50 ke RM4.00 sekotak kecil tu. Hmmm kat mana nak cari? Cari laa di rak-rak air kotak n jus2 di chiller pasaraya tu. Gerenti puas hati kan! 

Chooowww...

Sunday, April 13, 2014

Meow Ku Si Kochang!

Assalamualaikum.....

Lama lak tak update. Busy sket minggu nie. Tak de mood. Sebab penat sangat!

So layankan je laa gambar budak bulus nie. Comel & Gebusss...si Kochang...model kat umah nie...


Wednesday, April 09, 2014

My Cats Moment

Assalamualaikum...

Nak share gambar kucing gemok aku ni. Que Jr nama dia. Bapak dia Que Sr. Lagi ensem bapak dia la...dia ni suam2 ensem hehehe...Jantan...tapi bila berjalan sexy ajer dari belakang. Macam kucing betina. Sampai semua kucing jantan kejar dia nak ajak buat bini..haha kelakar pun ade!!




Monday, April 07, 2014

Saturday, April 05, 2014

Pasar Tani Taman Melawati

Assalamualaikum....

Weekend dah tiba! So it's time for Pasar Tani di pagi Sabtu yang indah. Jom ikut ke Pasar Tani Taman Melawati. Shopping di sini banyak pilihan berbanding Pasar Malam Melawati pada hari Sabtu. Pilihan amat luar biasa. Bukan setakat barang basah aje di jual. Malah baju pun ade jual gak. Dah macam pasar malam gak kiranya!

Sebenarnya nak citer pasal satu kedai ni. Best sangat. Discover it 3 months ago. Menu dia menarik sangat. Masa tu dok lalu lalang nak cari ubi kayu. Ternampak laa gerai ni. Ramainya orang que. Panjang que. So, kena bersabar laaa eh.

Yang pakai jaket oren tu la pakcik tu
Tengok laaa bila sampai rumah kami terus makan. Terpesona terus!! Ada Nasi Ambeng. Rasa dia sangat superb la. Pakcik ni tak kedekut tau, dia akan bubuh semua lauk tu sampai bekas polisterin tu tak boleh tutup dan terpaksa di ikat dengan getah. Tapi memang puas hati laaa makan. Tu pasal berbaloi que panjang2 pun kan!! Aku dah cuba gak Pulut Kuning dia. Best. Banyak dan rendang dia sedap sangat!! Melelehhhhh air liuq.....

Isi melimpah ruah dalam polisterin. Kenyang sampai petang
Memang menarik. Banyak gak menu dia. Ada Lontong. Ada Laksa Johor. Anda cuma perlu sedia duit dan kudrat untuk beratur la sebab dorg yg beratur tu order biasanya untuk sekeluarga! So, kalau datang sini boleh la cuba yek!



Tuesday, April 01, 2014

L O V E . A P R I L

Assalamualaikum....

Welcoming APRIL! My favorite month of all. Yeah....month full of celebration!

H E L L O . A P R I L 

I'm lovin' it!!

Source : Google



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...