Tuesday, November 30, 2010

Ya atau Tidak?

Salam...

Hari nie hati risau dan berbelah bahagi jer. Nak balik atau tidak?? Tapi kena balik gak. Mungkin esok atau lusa. Kena balik gak jenguk ibu. Pasal apa? Banjir lagi kat umah Ibu. Aduhh risau tul. Yang kesiannya dia tinggal sorang jer tu. Nasib baik laa ada jiran-jiran yang membantu. Terima kasih semuanya. Jasa anda akan dikenang... Apa-apapun memang aku kena merancang perjalanan untuk 2-3 hari nie. Semoga perancangan akan lancar AMIN.

Hari nie iPad dah memulakan pasaran untuk pasaran Malaysia. Kalau sebelum nie semua orang sibuk beli dari Singapore kan...tapi kini tidak lagi...hehehe...bunyi macam nak beli je kan? Mungkin laa kot... tunggu jer laa nanti..so, nanti boleh berblogging with iPad jer la nanti hehehe...tapi risau gak nak bawak ke mana-mana kan? Zaman sekarang nie bahaya. Bukan setakat ragut beg tangan ditepi jalan...kat kedai mamak kalau tengah duduk dengan laptop pun boleh kena ragut. Abesss laaa laptop/ iPad anda di bawa lari oleh si peragut tu..jahat tul.. so situasi tu agak bahaya laa nak digunakan. Baik online kat rumah jer...mungkin orang yang suka pakai Wi-Fi Free nie agak malas nak subscribe internet/ broadband atau pun kedekut...so, fikir-fikirkan laa ek...bahaya tu tak boleh dihidu....jadi sentiasa berwaspada. Mungkin ada buruk baiknya menggunakan Wi-Fi Free tu kan heheh...

Okay la...mata dah mengantuk. Esok kena kerja. So, sambung esok plak untuk berblogging. Kalau rajin boleh bertweet-tweet plak kan..biasanya tweeting lagi senang sebab on kat BlackBerry jer hehehe..okeh Adios...Selamat Malam..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...