Thursday, October 21, 2010

Cuti Cuti Malaysia 2011

Assalamualaikum wrth wbkth semua,

2011... lagi berapa bulan kita akan melangkah ke tahun baru...mungkin macam lama, tapi sekejap jer tu. Pejam celik pejam celik jer terus tahun 2011. Sekejap jer kan! Perancangan tahun 2011? Semua dah siap sedia dah. Kalau di awal tahun 2010 nie aku ke Sabah. Melancong dan melawat keluarga di Sandakan, Sabah. Dan tahun depan perancangannya sungguh banyak dan melibatkan ramai orang.

IMG_0386
Sepilok, Sabah

Baru-baru nie AirAsia buat sale lagi ... e-booking. As usual memang ku nantikan saat itu. Harga RM1 je setiap seorang. Dan aku dapat booking untuk 5 orang pergi dan balik ke Langkawi dengan harga semurah RM1. Perghhh syok giler dapat harga tu. Tiket pergi-balik hanya RM135 SAHAJA...Murahkan! Tak sabar plak nak pegi...Tahun lepas aku ke Kuching. Harga tiket + hotel hanya RM120 sahaja untuk 2 orang. Kira macam honeymoon lagi laa...tapi memang best pegi sana.

DSCN1222
AirAsia @ Kuching, Sarawak

Segala perancangan rapi dah dibuat untuk menyambut ketibaan dua orang makcik ku dari Sabah. Nak jalan-jalan katanya. Tu pasal buat tempahan terus untuk ke Langkawi, sebabnya nak pegi Dataran Lang kat Langkawi tu...huhuhu orait gak la...aku pun last pergi Langkawi tahun 1996...tu pun ikut rombongan sekolah masa tu. Gambar pun tak seberapa sangat masa tu. Kamera buat hal jadi gambar semua teruk la time tu. Kali nie aku pergi with my favourite gadget dan diharapkan gambar yang marvelous dan gempak la kali ni...kena praktis banyak nie.

Okay laa, nanti story lain...banyak plak nak story minggu nie..tak tau kenapa aku excited sangat...nanti ada lagi nak update nie...so, nantikan yek...ok...chow....

Wassalam!

P/S: Weekend nak ke utara; IPOH. Nak naik ETS, nak merasa naik keretapi ke sana plak.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...