Tuesday, March 31, 2009

INFO : Gangguan bekalan air enam hari di KL & Selangor

Akhbar Berita Harian Sentral: Gangguan bekalan air enam hari 
 
Kerja pemasangan strainer, injap di beberapa kawasanKuala Lumpur, Selangor 
 
KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air berjadual akan berlaku di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor mulai 27 Mac hingga 1 April ini. 

Kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), menyebut antara kawasan di Wilayah Gombak yang terbabit ialah Taman Keramat Permai (AU1), Taman Keramat AU2, Taman Keramat AU3, Taman Keramat AU4,Taman Keramat AU5. 

Seluruh Flat Jalan Enggang, seluruh Jalan Enggang Timur, seluruh Jalan Enggang, Keramat Wangsa, seluruh Kelompok Menara PKNS, Ukay Perdana dan Kampung Kemensah. 

Bagi wilayah Kuala Lumpur, kawasan terbabit adalah Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Kent, Jalan Gurney, Kementah, Pulapol, Wisma Tanah, JUPEM, Felda, UTM, Pusat Latihan Telekom, Jalan Ampang Hilir, Jalan U-Thant, Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Taman Putra Sulaiman, Taman Cahaya. Taman Pandan Cahaya, Taman Dagang, Taman Shamelin, Taman Tenaga, Taman Miharja, Taman Kobena, Bandar Tasik Permaisuri, Kawasan Desa Pandan, Taman Cheras Utama, Taman Pandan Perdana, Taman Kencana, Taman Pandan Indah, Taman Pandan Komersial, Kawasan Pandan Utama dan Pandan Mewah. 

Gangguan disebabkan kerja pemasangan strainer dan injap altitude di kolam sedut AU3 baru bermula 27 Mac jam 8 malam hingga 7 pagi keesokannya. 

Kawasan di Wilayah Petaling yang mengalami gangguan pada hari sama ialah keseluruhan USJ 1 hingga 27, Sime UEP Subang Jaya, Putra Bestari, Keseluruhan Taman Perindustrian USJ, Jalan Jurutera-Puchong, Kampung Kenangan-Puchong, Kampung Sri Langkas-Puchong. 
 
Gangguan di Wilayah Petaling disebabkan pemasangan Water Balance Meter di paip MS berhampiran kolam Sime UEP, Petaling. Ia bermula jam 5 petang sehingga 9 pagi keesokannya. 

Gangguan di Wilayah Sepang, Wilayah Petaling dan Wilayah Kuala Langat bermula 31 Mac jam 5 petang hingga 8.30 pagi keesokannya, disebabkan kerja Water Balance Meter di paip MS di Jalan Batu 18, Sungai Rasau, Sepang dan pemasangan Water Balance Meter di paip MS di Jalan Kampung Sungai Rasau, Sepang. 

Wilayah Sepang yang terbabit adalah IOI Marriot Hotel, Ibu Pejabat Lembaga Lebuhraya, UNITEN, IKRAM, Depoh SHELL, Taman Meranti Indah-Puchong, Kg Sg Rasau-Puchong, Kg Pulau Sebok-Puchong, Taman Putra Perdana-Puchong. 
 
Taman Nusa Putra-Puchong, Taman Mas-Puchong, Desa Air Hitam-Puchong, Taman Meranti Jaya-Puchong, Taman Tasik Prima-Puchong, Taman Impiana-Puchong, Taman Impian Saujana-Puchong, Taman Kipark-Puchong dan Kawasan Puchong Dalam/Pulau Meranti-Puchong. 

Wilayah Petaling yang turut terbabit adalah Hospital Serdang dan Taman Tekali dan di Wilayah Kuala Langat di Saujana Putra. 

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL jarak dan aduan ke 39222, atau melayari laman web SYABAS di www.syabas.com.my. 

Monday, March 30, 2009

Dia Fadilla - Jat Da Da Da


Jat da da da..
Jat da da da…
Jat da da da…

Entah mengapa debar di jiwa
Terasa bagai ku telah jatuh cinta
Semakin lama
Semakin mula rasa rindu

Kini ku sedar
Ku tak berdaya
Memendam rasa
Yang sekian lama

Menginginkan mu
Mencintaimu oh sayang ku!

Jangan cuba mencipta harapan
Jika kau hanya mainkan perasaan
Yang sekian lamanya
Dambakan kehadiranmu

Jangan biarku mencintai mu
Melainkan kau merasa begitu
Kerna hati ini
Tak bisa di luka lagi

Jat da da da…
Jat da da da…
Jat da da da…

Katakan saja yang sejujurnya
Ada kau rasa apa yang ku rasa
Kau kan setia
Mengharap sinar bahagia…

Jangan cuba mencipta harapan
Jika kau hanya mainkan perasaan
Yang sekian lamanya
Dambakan kehadiranmu

Jangan biarku mencintai mu
Melainkan kau merasa begitu
Kerna hati ini
Tak bisa di luka lagi

Jat da da da…
Jat da da da…
Jat da da da…
Jat da da da…

Nabila Huda - X-Ray

Ciptaan: Edrie Hashim
Lirik: Edrie Hashim

Andai kata..
Kau masih meragui cintaku
Buka mata.. pandang dalam mataku

Andai kata
Masih kau curiga kepadaku
Telah ku kata di hati hanya kamu

Ku nyanyikan lagu cinta
Moga kekal terpatri di hati kita
Janji kita berdua

Andai benar
Tak terasa getaran cintaku
Peluk lah aku pasti kau akan tahu

Tak akan mungkin terbuang
Satu perasaan cinta yang makin dalam..
Tak bisakah kau rasa?

Kau X-Ray lah hatiku
Kau lihatlah bibit bibit cinta suciku
Percayalah
Pasti kau akan tahu
Kau X-Ray lah hatiku
Kau lihatlah keping keping laras cintaku
Periksalah
Semua untuk kamu

Percayalah Sayang
Pasti hanya Kamu.

Andai Kata..
Masih kau curiga kepadaku.

Kita nyanyi lagu cinta
Moga kekal terpatri di hati kita
Ku mahu kau percaya

Saturday, March 28, 2009

Earth Hour Malaysia




What you can do

Turning your lights off for an hour is a great start. However, there are many other things you can do to make Earth Hour 2009 a success.

  • Sign Up NowBecome a part of Earth Hour and get useful tips and tools to reduce your carbon footprint everyday

  • Tell A Friend. Better still – tell them, your family and even your work mates. Encourage them to sign up. Email them a link to this website and mobilise even more people!

  • Tell Your StoryHow is climate change affecting your family and your community? We want to hear how you're becoming part of the solution.

  • Your Earth Hour. What will you be doing at 8.30pm on Saturday March 28? We're keen to know what you have planned for Earth Hour 2009. If you'd like to share your plans with Earth Hour and the media, then please send us an email describing with as much detail as you can what you have planned to myearthhour@earthhour.org. Don't forget to include your name, where you live (City and Country), and your contact telephone number including your country code.

  • Blogger Tool Kit: Create a blog post about the importance of global action on climate change and how participation in Earth Hour can make a difference.

Friday, March 27, 2009

Dah berhabuk...

Assalamualaikum wrth wbkth...

Huhu....dah lama tak berblogging...saja laa nak menaip plak kali nie...sebab dah lama kosong ruangan nie...selalunya aku rajin...tapi sekarang macam malas...mungkin sebab ketandusan idea laa kot..nie pun malas benor..dah laa sejuk giler babas.. hujan plak tu kat luar...perghh...nak tido tarik selimut tebal best nie....tapi kat ofis..tak best laaa..lentok kat meja jer laa..hehehe terpaksa laa kan...dah nak rehat..rehat laa sepenuhnya..

Esok dah Sabtu & Ahad...kejap jer...pejam celik pejam celik...dah nak masuk bulan April..perghhh..tak lama lagi laa trip aku ke Kuching tu  tak sabar nak pi nie....beg pun dah kemas dah...heheh tinggal masukkan barang penting jer...lepas tu bleh laa berangkat ke sana....stay utk 4 Hari 3 Malam di Tune Hotel, Kuching..masa tu promosi dengan tiket sekali..best laa...utk 2 orang termasuk hotel & penerbangan baru RM273 je..so, kira mmg murah gile laaa...as usual camera aku bawak..dan nak snap semua tempat..heheh...aku dah target 2-3 barang nak beli spt..tikar kayu, pasu sarawak etc..heheh mampus aku nak bawak sok...heheh 

Hmmmm...lunch nie malas plak nak makan...pagi tadi dah makan nasi lemak..jadi rasa malas laa plak nak makan..tapi rasa macam lapo..lelagi laa sejuk giler kat sini kan..kena gak makan sesuatu nanti..sat g laa kot aku turun bawah nak ushar makanan apa yg ada kat bawah...heheh mesti ramai sebab hujan ramai la tak kuar dari bangunan kan...harap tak le ramai ...

Esok EARTH HOUR MALAYSIA bermula dari jam 8.30malam - 9.30malam...aku antara yang akan join ... tutup lampu saja...bukan susah..aku pelik ada gak yang tak mahu support agenda nie...kenapa? Susah sangat ke nak tutup lampu tu? Tekan je suis tu..kan senang!! Apa laaa...memang tak sayang BUMI kita laa tu..sian BUMI kita nie....makin tua..dimamah usia dah dia...so, apa lagi...jom sokong EARTH HOUR MALAYSIA kita nie...

Esok gak aku tak de apa acara di rumah...mungkin nak kemas rumah..nak pilih mana2 baju & barang2 yang boleh diRECYCLE kan..jual kat RECYCLE center...dapat duit..dan dapat selamatkan BUMIgak....botol-botol plastik...tin-tin semua aku dah mula kumpul...jadi esok pegi recyle center bleh la aku jual kan...dapat gak duit tabung utk duit dapur...tambahan laa kiranya kan...

Resepi esok..mungkin nak buat NASI BERIYANI..saja laa dah lama tak buat masak2 nie...sekali sekala...lepas mengemas dapat aaa makanan yang best plak kan..hehehe...kira dah kuar peluh tak pe laa kan..hehehe...

Ok laa nak turun makan laa...babaiii....lapo sangat dah nie..byeee....

Wassalam....

Thursday, March 26, 2009

Rahsia Ttelefon Bimbit Anda

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda  sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -   


1)      NOMBOR KECEMASAN        
-          Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )   

   
2)      KERETA TERKUNCI        
-          Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat  ' ON '  pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta  anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.   


3)      KUASA BATERI TERSEMBUNYI        
-          Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci  ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .   


4)      TELEFON KENA CURI    

-                          Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail  *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun  ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya 

Wednesday, March 18, 2009

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

Sunday, March 15, 2009

IKEA...Ikan Bakar...KL...& Hujan...

Salam semua...

Huhu...hari nie umpama aku masuk larian obor..pusing around KL & Selangor..seawal 8.30am aku dah bertolak ke IKEA...tapi sebelum tu aku singgah makan di Melawati..makan roti canai & milo..kemudian singgah beli paper..Kosmo...Metro...The Star...Berita Harian..semua aku amek..heheh...then terus pi isi minyak dan memecut ke IKEA...ramai gak pagi nie...aku tiba around jam 9am di parking IKEA...depan pintu betul...senang nak angkut barang kan...hehehe...then pusing2 dlm tu...around 10.30am...singgah minum di cafe IKEA...hajat hati nak mkan Sweedish Meatball kesukaan ku..tapi tak de lagik lak..lewat lak..tak dpt nak tunggu..jadi makan D'Aim Cake jer..tak pe la...mungkin next time..so, turun ke 2nd level lak..start amek barang...set perium ANON..& beberapa barang lagi...nak beli kuali offer tu...dah HABIS lak.uuuwaa...keciwaaaa lagi...sabooo je laa..lepas bayar...terus la kuar dari IKEA...jem giler kat persimpangan u-turn tu..perghh tension aku tghari buta jem nie..hit terus ke Kelana Jaya..nak pekena Ikan Bakar Fendi (dulu dia jual atas lori je masa aku memula makandah ada kedai) kat Jalan SS6/20A.....kat depan flat PKNS...kediaman rumah sewa lama aku dulu masa bujang..hehehe...rindu beb...hajat nak makan ikan bakar...tak dapat gak...ikan pari dah habis...uuwaaa...jadi aku makan ayam bakar jer laa...sedih tul...tapi dpt gak makan Koktel Mangga (sapa penah tgk Fotopages aku..ada gambo koktel mangga nie)..heheh..best giler...pas tu makan..hit ke KL terus...nak pi Kolej hubby..dia nak pi jumpa lecturer ..last project paper ...hehehe...smpi kat area Masjid Jamek...dah kilat...then smpi je kat Jalan Raja Chulan (Macam nak pi keje lak..eehheh) hujan lebat...plus kilat plus guruh..perghhhh..lepas selesai urusan...terus balik Melawati..hujan lebat..jalan Ampang standard laa...jem dek bas Metro...tension tul..dah la tak nampak jalan..lebat benor hujan...sib baik kat area Wangsamaju..dah tak hujan...terus pi kedai gunting rambut..nak trim rambut..pas tu balik ke Melawati...cuci kete aku yg dah berlecakkk...kotor gile baby aku..cian dia..so, anto mandi buih kat kedai..hehehe...so, dia comel balik le..heheh...then ingat nak balik...tapi hubby lak ajak singgah pi makan roti pisang...hehehe...dia nak makan mee goreng...so, apa lagi..pi laa singgah before balik...lepas makan hujan balik..lebat gak....smpi umah renyai lak..hehehe...ok la..sempat angkat barang naik ke rumah..huhu..letih..penat nak 'panjat' tangga..adeeehhhh......sekiaaannn...

Aizat - Lagu Kita

Deras hatiku berdetak
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam teman kita
Dengan angin meniup sayu

Kupetik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu

Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

Oh..oh..oh
Oh..oh..oooh

Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu

Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

Terciptalah lagu kita

Wednesday, March 11, 2009

9 jenis anak setan..

Assalamualaikum,

Simpanlah baik2 dan sebarkan pada rakan2 anda sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidak sedar hasutan mereka.Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi
pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah.
 
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat
9 jenis anak syaitan :
 
1
. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda
supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak
perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap
Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok
dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu
mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman
keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa
kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan
dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim

(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah
kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan
bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri
bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk
dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
 

Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk! (SCROLL DI BAWAH)..
 

 

10. Isetan.

Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar
Lembah Klang, Singapore, Beijing &.....
Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.
Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu
sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.
Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan. 

Tuesday, March 03, 2009

Main Pondok-Pondok @ Dapur

Salam....

Huhu....time rajin macam2 buat kan..especially hujung minggu...semua benda nak makan..jadi baik masak saja di rumah..kalau sempat lagi menarik laa resepi yang di masak...kalau malas....yang simple jer...itu pun ikut bahan gak laa...kalau bahan ada banyak...banyak laaa benda yang boleh di masak kan....






Main Pondok-Pondok

Salam semua...

Edisi meng Update resepi lak...hehehe...sebenarnya tak tau apa nak post dah...tak de idea nak bercerita dah sekarang nie..kering gusi dah nak berjenaka..heheh...so, basahkan lidah dengan makanan yang terhidang jer laa..heheheh...penuhkan perut dengan menu yang ada...



MC Hari Ni...

Assalamualaikum...

Huhu...dok di rumah hari nie...tak de la best sangat..rasa bosan...lepas balik dr klinik..singgah beli sarapan dan surat khabar...dah baca & belek2..dah habis makan..online kejap...tak tau nak buat apa...maklum la kat ofis sibuk sangat...bile dah dok umah rasa pelik plak..

Nape MC? Sebab sakit kepala...huhu..semalam rasa nak pitam dlm tren...sib baik tak tombang...digagahkan juga utk smpi ke stesen Wangsamaju..dah la jalan kaki dr ofis utk ke LRT Jamek...gagahkan gak...sebab nak balik rumah..smpi umah..lega..terus baring...ingat dah ok...masih sama gak...Pagi nie pegi doktor..tapi lega...blood pressure tak de laa naik plak..heran...hmm...ntah laa...

Ok laa...nak rehat2...chow...

Wassalam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...