Tuesday, July 25, 2006

Itu Aku....

Assalamualaikum wrth wbkth...

Huhhh...gempar semalam kepada semua pengguna LRT RAPID KL PUTRA..tren laluan dari Kelana Jaya - Kuala Lumpur...ROSAK!! Tension...dan aku salah seorang mangsa yang ada dalam LRT tuh....dari Stesen Masjid Jamek lagi aku dah agak...semacam jer...sebab pintu tak tutup dalam 15 minit..lama tul..pelik gak...then dah tutup pintu terus ke Stesen Dang Wangi...penumpang turun & naik macam biasa...kemudian baru jalan sket terus berhenti...bukan sekejap...lama! Dari jam 6.25pm hingga jam 7.30pm dalam tren tuh...nasib baik tren yang aku naik tu aircond ada...tapi malang plak tren yang belakang...dah la berenti tengah-tengah terowong..seram gak...tak der aircond depa cakap...sah-sah la lemas...ada yang pengsan...dahsyat tul...aku jadi fobia lak...ingat pagi tadi nak naik bus jer dari KL ke PJ...malas lak nak naik tren...nie antara laporan berita yg aku baca pagi nie kat Berita Harian Online..hehehe...kenangan..dulu pun aku hampir trap dalam LRT gak ...masa tu satu Malaysia tak der bekalan elektrik...
____________________________________________________________________________

3 tren kandas di terowong


1,000 penumpang LRT terperangkap

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,000 penumpang tiga tren transit aliran ringan (LRT) terperangkap apabila tren dihentikan secara tiba-tiba kerana masalah teknikal mengakibatkan dua daripadanya terkandas di terowong berhampiran Masjid Jamek dan Dang Wangi, petang semalam.

Tiga penumpang wanita pengsan dipercayai akibat sesak nafas apabila mereka gagal dikeluarkan selepas kira-kira setengah jam terperangkap di dalam tren sebelum penumpang lain bertindak memecahkan pintu kecemasan.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, dua tren terkandas di terowong Masjid Jamek dan Dang Wangi manakala satu tren berhenti berhampiran stesen Pasar Seni.

Semua penumpang terkandas dibawa keluar kira-kira jam 7.15 petang selepas mereka bertindak memecah pintu kecemasan dan dibawa oleh pasukan Bomba dan Penyelamat ke stesen berhampiran.

Kejadian itu juga mengakibatkan beribu-ribu penumpang yang baru pulang bekerja terkandas di kebanyakan stesen Putra LRT. Semua laluan itu ditutup sementara sehingga jam 8.45 malam apabila penumpang dibenarkan semula menaiki tren.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Azizan Ismail berkata, pihaknya mengenal pasti hanya tiga tren yang mengalami masalah serius kerana penumpang terkandas.

“Kami hantar 57 pegawai dan anggota untuk bantu keluarkan mangsa, kami tidak tahu apa punca masalah ini. Tiada kematian tetapi tiga wanita pengsan,” katanya.

Pengurus Kanan Korporat Rapid KL, Katherine Chew, berkata masalah teknikal itu berlaku apabila satu tren dikesan hilang daripada skrin komputer menyebabkan pihaknya terpaksa menghentikan serta merta tren bagi mengelakkan kejadian lebih buruk.

Katanya, semua perkhidmatan sepanjang 29 kilometer membabitkan Masjid Jamek, KLCC, Ampang Park, KL Sentral dan Bangsar terus ditutup kepada penumpang apabila pihaknya mengesan masalah berkenaan.

Kebanyakan penumpang marah dan merungut kerana mereka tidak diberikan sebarang pengumuman atau dihubungi untuk mengambil tindakan perlu apabila tren terhenti. Cubaan menghubungi mana-mana pihak juga gagal apabila talian telefon di dalam terowong terganggu.

Seorang penumpang, Ganesan Subramaniam, 47, berkata beliau mula menyedari tren menghadapi masalah apabila lambat tiba di KL Sentral dan bergerak perlahan sebelum berhenti terus berhampiran di Pasar Seni.

“Mereka maklumkan kepada penumpang berlaku masalah teknikal, tetapi kenapa benarkan penumpang naik. Saya mula curiga apabila apabila tren bergerak perlahan. Apabila tren berhenti, kami mula sesak nafas selepas setengah jam berada di situ, tanpa bantuan.

“Keadaan terlalu panas dan sesak. Bayangkan lebih 200 orang dalam gerabak,” katanya.

Seorang lagi penumpang, Samsa Mokhtar, 41, berkata tren yang dinaiki terkandas di Masjid Jamek dan dua penumpang wanita pengsan kerana terlalu panas dan kekurangan oksigen.

“Kami dah tunggu hampir setengah jam, tiada siapa datang bantu. Apabila dua wanita itu pengsan, kami pecahkan pintu kecemasan untuk dapatkan udara segar. Nak turun ke landasan, kami takut terkena kejutan elektrik, keadaan gelap pun gelap kerana bekalan elektrik terputus.,” katanya.

Difahamkan, selepas dua penumpang yang pengsan di Masjid Jamek dikeluarkan, sebahagian daripada penumpang masih menunggu di dalam tren, bahkan ada juga penumpang luar yang masuk ke dalam tren.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...