Sunday, February 23, 2014

Jom kemas-kemas!

Assalamualaikum,

Weekend apa nak buat eh? Kemas rumah laa apa lagi kan. Kalau boleh nak rumah macam IKEA. Kenapa? Rumah sendiri tak best ke? Bukan laaa...tapi nak susun atur tu macam kat IKEA tu...best sangat. Tersangat laaa teratur. Best!!

Sumber : IKEA
Best kan kalau dapat wardrobe idaman! Walking wardrobe....lagi best. Sebab semua benda bleh muat dalam satu bilik. Biar laa kecik pun tak per kan. Janji bleh muat semua dalam satu bilik. Dan bilik tidur hanya untuk katil sahaja. Luas plak rasa kan.

Haiiii bila laaa nak dapat rumah yang muat semua benda nie dalam satu bilik tu...kena berangan dulu laaa kan baru bleh dapat. Hehehe...InsyaAllah akan diusahakan hingga boleh laa dapat bilik idaman tu. InsyaAllah!!

So weekend korang buat apa?

Saturday, February 22, 2014

FREE SEATS again!!

Assalamualaikum....

Wahhh FREE SEATS dah kembali. Jom...apa lagi..jom menerjah! Susah sedia?

TEMPAT DUDUK PERCUMA - 24-JAM AKSES KEUTAMAAN @ 23 Feb 2014, 00:00 GMT +8

Jom jalan-jalan untuk 2015.

Saturday, February 15, 2014

Office : CNY Open House

Assalamualaikum....

Weekend. Tiada apa nak buat. Relax. Watching TV. Makan. Jalan jauh malas lak...sebab cuaca amat panas sangat! So, better stay at home. Kang sakit kepala plak kan. Jadi baiknya dok rumah aje laa dari aku memeningkan kepala.


Jumaat lepas..kami buat CNY Open House kat ofis. So, Yee Sang ada laa kan. So makan sekenyang-kenyangnya. Dijamin HALAL yek! Jangan risau laa kan...hehehe catering Melayu. Hehehe so, kami pun bedal laa secukupnya. Sebab masa nak amek main course tu beratur panjang, jadi kami pun bedal laa Yee Sang dulu untuk isi perut yang lapo sesangat tu...jadi laa kan dari tak makan langsung.


Menu bleh tahan gak best. Antara menu yang terhidang adalah : Mee Goreng, Bihun Goreng, Nasi Goreng, Sambal Tumis, Chicken Wings, Roti Jala, Kari Kambing, Popia Goreng, Horlick Brownies, Cream Puff dan Talam Cendol. Semua menu tersangat la sedap. Memang terbaik!! Kiranya tengahari tu tak yah laaa keluar makan-makan di luar. Makan hingga kenyang. Siap bungkus tapau bawak balik lagi tau. Syokk wooo....


Lepas makan. Dah kenyang, Haruslah berkepak2 dan tersadai dengan seronoknya. Memang tersadai tahap kenyang. Walaupun makan dalam small portion, tapi memang kenyang laa sebab dok berulang ke meja buffet tu aje kan. Hahahaha....mana taknya dok bedal Yee Sang aje dah setengah pinggan besar. Perghhhh hebat!!

Apa pun makan beramai-ramai memang seronok sangat! Enjoy sambil borak2. Bukan selalu dapat makan bersama secara beramai-ramai kan!!

Monday, February 10, 2014

Jom Jalan : 100 Doraemon Secret Gadgets Expo

Assalamualaikum...

Weekend bermula. So macam-macam laa aktiviti di buat kan. Dari wedding sampai laa ke sessi jalan-jalan memenuhi masa weekend. 

Weekend ni kami ke 100 Doraemon Secret Gadgets Expo. Lokasi adalah di Viva Home Mall, Cheras. Dah lama tak ke mari. Jadi time nie laaa nak melawat. Ambil peluang yang ada untuk jalan-jalan bersama yang tersayang.


Memandangkan kami dah beli tiket untuk masuk expo ni siap2 di stesen minyak BHP, jadi kami bleh laa terus masuk ajer tanpa membeli tiket di situ. Kalau nak beratur kat situ, mau pengsan gak, que dia panjang sangat la. Tak koser...so, baik beli siap2 kan.


Tengok que panjang di kaunter tu. Sampai tertido budak tu dalam stroller tunggu bapak dia beli tiket. Tapi memang orang ramai sangat dihujung minggu. Bleh gak beli online tiket dia. Kalau rajin pergi laa beli kat stesen minyak BHP. Tu aje yang paling senang...
 
I'm here...
Jom masuk untuk melawat kawan-kawan.




Dan kisah Doraemon bermula...jom jalan-jalan di dalam. Kalau nak tengok semua gambar memang pengsan. Banyak woooo....



Ramai kan orang datang. Memang penuh dengan orang Viva Exhibition Hall tu. Memandangkan weekend, jadi memang ramai sangat laa manusia. So bersabarlah dengan macam-macam peel orang dalam tu yek...




Kawan-kawan. Jom kita pulang!! Nak tau best ke tak moh le ke sini yek...kalau tak, memang tak tau laaa apa di dalam kan..

Bye kawan-kawan..Doraemon nak balik dah!!

Sunday, February 09, 2014

100 Doraemon Secret Gadgets Expo

Assalamualaikum....

Jom jalan-jalan kali ni nak melawat kawan baik yang datang ke Malaysia. Hahaha...kawan ker? Kira kawan lama laaa kan eheheh...aku dulu memang peminat Doraemon. Dulu selalu selalu beli komik Doraemon. Sanggup kumpul duit nak beli. Sekarang tak de laa...tapi buku komik dia still ada kat umah Ibu lagi. Masih tersimpan rapi lagi....



Entertainment 
Venue:               Viva Home Expo Hall, Kuala Lumpur 
Duration:           14 December 2013 till 23 March 2014

Organizer:          Animation International (M) Sdn Bhd


Ticket Pricing

100 Doraemon Secret Gadgets Expo
NORMAL PRICE 
Adult
(13 years old and above)
Children
(4-12 years old)
RM 25.00RM 15.00


Tiket bleh dapatkan secara online atau pun dibeli di stesen minyak BHP berhampiran. Nak maklumat lanjut bleh dapat di sini : http://www.myticket.asia/malaysia/event-calendar/100-doraemon



Saturday, February 01, 2014

FEBRUARI dah!

Assalamualaikum....

Source : Mr Google
FEBRUARI dah! Kejap aje kan...laju aje masa berjalan. Alahai...Dan hari ni HARI WILAYAH. Selamat bercuti buat orang-orang yang tinggal di WILAYAH PERSEKUTUAN. So, MONDAY kita cuti yek! Yeay....seronok bile cuti bersambung-sambung ni. Then bila tiba hari kerja. Semua jadi lemau aje kan! Macam malas aje nak masuk office kan!!

Source : Mr Google

Apa kita perlu buat di Hari Wilayah Persekutuan? Buat apa lagi kalau bukan cuti sakan kan. Cuti berganda-ganda. Memang heaven tul! Ni kiranya cuti yang last laa...pas nie bulan Mac & April tak de cuti dah! Hmmm...kojo laaa kuek-kuek ehh untuk 2 bulan nie okeh!! Cuti seterusnya adalah di bulan MEI..lama lagi tu! Penat nak tunggu cuti kan. 

Jom cuti-cuti Malaysia...sempena Tahun Melawat Malaysia 2014....Jom!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...