Saturday, October 12, 2013

Ho Chi Minh City ~ Lovely September (Day 2)

Salam,

Okay DAY 2 in HCMC. Apa mau buat? Jom jalan-jalan. Tapi sebelum jalan, jom kita sarapan dulu. Since hotel ni pakej ni sekali dengan breakfast. So, apa lagi makan laa kan. Ada roti dan buah-buahan. Jadi boleh laa makan kan. Orait laa...kopi Vietnam memang sedap sangat. Sapa penah minum memang tau laa rasanya. 


Ni laaa yang kami makan pagi tu. Memula takut laa rasa tak kenyang. Sebab makan roti bakar, salad dan buah-buahan sahaja. Tapi alhamdulillah, kenyang gak. So boleh laa mulakan expolorasi sekitar bandar Ho Chi Minh. Oh ya...buah-buahan di Vietnam ni sangat sedap dan manis. Best aje...kalau ada peluang sila laa cuba. Memang lain sangat dari buah kita di Malaysia rasanya...


Perut dah kenyang now boleh jejalan shopping di sekitar HCMC. Time to survey barang-barang yang nak di beli. Beberapa tempat ni antara tempat-tempat yang aku pernah pergi masa memula pergi dulu. So, now its time to bring Mr Hubby untuk shopping. Happy bukan kepalang dia..senyum lebar kalah aku lak! So, layankan aje gambar2 yang ada ni....


Masa jejalan tu ternampak laa 4 orang awek Vietnam yang berbaju kebangsaan dorang tu. Cantik sangat bila dorang pakai. Sebab dorang tu semua kurus. Jadi apa dorang pakai pun nampak cantik la. Ada jugak orang Malaysia yang tempah baju ni di butik-butik yang ada di Vietnam ni..kalau yg kurus nampak comey laa...kalau yg tembam2..ok gak laa...tapi tak sesuai laa sangat..hehehe sorry naa...


Bangunan tu ada di Malaysia gak. sama aje bentuk dia...next time aku nak pegi situ plak...Heheh...Tau ker bangunan yang mana? ^_^


Roundabout nie tak tau laa berapa banyak cabangnya. Sebab kenderaan terlalu banyak plak yang lalu lalang, jadi tak berapa nampak sangat. Kena tengok Google Maps laa kut kalau nak dapatkan petanya kan! Kalau rajin korang Google laa eh..ehehe ^_^ 


Ni salah satu kedai yang menjual lukisan yang cantik-cantik. Memang kalau peminat lukisan memang akan memborong. Memang cantik lukisan di sini....aku tak penah tanya plak harga lukisan-lukisan ni. Belum masanya lagi kut. Nanti datang lagi sekali mungkin nak beli. Hehehe...memang niat nak datang lagi laaa tu..hahah..


Nampak tak bangunan-bangunan tu? Semua kurus-kurus kan? Macam orang-orang Vietnam. Tapi jalan-jalan kat sini memang best...


Kat lorong nie bleh laa shopping kasut dan beg. Sebelah pasar Benh Tanh aje...tapi sebelah kanan dari arah depan. Lorong nie penuh dengan jualan handbag, beg Deuter, beg Kipling, beg Crumpler, kasut sukan, sandle, beg beroda, jaket motor dan jaket winter....wahhh best kan! Bukan setakat kain cotton yang digilai ramai orang...banyak benda lain lagi sebenarnya

Banyak kan kasut?
Lepas jalan-jalan area nie. Kami pun jalan plak ke arah depan, jalan besar. Urusan mencari TAKA Plaza. Dengar khabarnya banyak juga pilihan di situ. Lebih kurang macam Benh Thanh jugak, cuma suasana sini lebih teratur dan ada aircond. Jadi tak der laa bershopping dalam keadaan berpeluh-peluh macam di Benh Tanh. Pilihan barang pun tak jauh beza. Ada juga menarik. Harga pula sama aje...yang penting perlu tawar sampai murah la...Taka Plaza nie boleh di access melalui 2 jalan utama. Kalau ikut Le Lai Street kiranya masuk ikut depan macam gambar di bawah ni. Actually ni pintu belakang sebenarnya....nampak Auntie's Anne..nampak laaa sebelah dia Taka Plaza Shopping Place ...



Akan lalu lorong nie...lepas tu jumpa laa Taka Plaza tu...pintu belakang sebenarnya.... tapi tak de laaa jauh mana lorong tu...ok gak laa kalau nak sight seeing negara orang kan...boleh laa tengok budaya orang plak...


Kalau di access dari Le Thanh Ton Street...boleh juga. Lalu sampai jumpa simpang traffik light yg ..tengok nama jalan tu... Taka Plaza terletak di Nam Ky Khoi Nghia Street ...nanti nak letak peta untuk ke sana...

 

Dah puas membeli belah, terus laaa kami jalan balik ke hotel. So on the way back to hotel tu, jumpa laa Rohani Collection. Ni antara kedai-kedai yang menjadi pilihan orang Malaysia untuk memborong. Aku tau pasal kedai nie pun dari kawan yang pergi jugak. So, bila sight seeing ni memang best laa kan, sebab boleh laa ronda-ronda dan tengok kawasan-kawasan yang berkenaan. Rohani Collection terletak di Le Thanh Ton Street. Kiranya jalan belakang pasar Benh Thanh tu adalah Le Thanh Ton Street. So, boleh laa korang jejalan area situ. Nampaknya ada jugak 2-3 kedai yang agak tersorok. Mostly dorang akan tulis menjual baju kurung dan sebagainya. So,memang dorang tu sebenarnya dah target orang-orang Malaysia untuk kedai mereka la...


Jalan punya jalan dah tengahari...so it's lunch time. Memandangkan kami jalan tak jauh mana pun kami balik laa ke hotel dulu. So, boleh laa makan bekalan yang di bawa dari Malaysia. Kami bawak bekal? Hmmm.. ye kami bawak. Antaranya roti, rendang, nasi impit, meggi adalah wajib gak laa hehehe....


Rendang Pak Brahim memang boleh dibawak la. Kenyang laa sket kan. Aku kali ni bawak Nasi Impit. Kenyang laa sikit kan sebab nasi kan. Lagipun senang, siap rebus dari Malaysia, pek baik2 dlm plastik bag, sampai sana boleh laaa potong dan makan bersama rendang atau lauk piliha yang korang nak bawak kan...heheh ...


Malam lak....macam biasa laa..melawat pasar malam lagi...seronok woo melawat pasar malam ni. Cuma tak berapa suka laaa sangat sebab peniaga suka paksa-paksa beli. Lagi satu jangan laa risau, kebanyakkan peniaga boleh berbahasa Melayu...huhuhu...hebat kan dorang boleh belajar bahasa kita. So, ada baiknya kalau kita belajar bahasa dorang jugak. 

So nanti sambung ke DAY 3 lak eh...banyak lagi tempat nak dituju...okies....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...