Saturday, June 23, 2012

:: Kuching 2012 : Part 1 ::

Assalamualaikum,

Hari ini perjalanan ke Kuching, Sarawak bermula bersama teman-teman. Kesian Encik Hubby di tinggalkan di rumah. Tapi tak per, sebab dah siapkan makanan sebelum berlepas. Misi kali kedua ini adalah membawa kawan-kawan ofis berjalan & shopping. Seronok gak sekali-sekala berjalan dengan kawan-kawan kan...


Bertolak dari rumah jam 730am. Tiba di KL Sentral jam 8.10am. Jumpa kawan-kawan dan terus naik SkyBus untuk ke LCCT. Sampai di LCCT sekitar jam 940am, then terus ke kaunter drop baggage. Semua dah ada, jadi Boarding Passenang la kan. Cuma tinggal drop beg di kaunter, then kami terus ke McDonald untuk sarapan pagi. Lapar sungguh pagi tu sebab tak sempat sarapan di rumah. Alhamdulillah sampai ke LCCT boleh makan before flight berlepas. Lepas dah makan tu kami jalan-jalan before masuk ke Departure Hall. Masuk kat dalam, ada kerusi urut Gintell...hehe sempat lagi nak berurut tu...Flight 1145am dari LCCT dan tiba di Kuching International Airport (KIA) jam 130pm.


Ketibaan kami di Kuching di sambut oleh kawan baik officemate ku si Najat. Huhu, seronok laa kan ada orang yang kita kenal di tempat yang kita pergi holiday. At least boleh bertanya andai sesat jalan ke atau apa2 kan. Lepas Fida pick up kami di KIA, kami check-in dulu di Tune Hotel, Waterfront Kuching. 2nd time buat ku di sini la kiranya. Najat pula akan tinggal bersama kawannya. So, aku & Joyce akan tinggal di Tune Hotel.

After check-in dan masukkan beg bilik, kami makan tengahari di RJ Ayam Bakar Kopitiam. Fida kata makan di sini sedap. Dan kami telah mencuba specialities di sini iaitu Banana Cheese dan mencuba RJ Nasi Ayam Bakar. Sedap juga. Kategori ayam penyet la kan, dan ayam nya sangat besar. Jenuh gak nak makan.

RJ Ayam Bakar


RJ Nasi Ayam Bakar
Banana Cheese 
After menikmati makan tengahari (walaupun dah nak abis waktu lunch pun masa tu), kami balik ke hotel untuk berehat. Sebelah malamnya nak jalan-jalan di Kuching Waterfront. Penat juga disebabkan cuaca agak panas ketika kami tiba. Jadi peluh meleleh tak hengat!! Heheh...tapi nak berjalan punyer pasal, digagahkan juga la kan. 

Before keluar berjalan-jalan tu sempat la singgah ke Riverside Mall di sebelah Tune Hotel tu untuk membeli air minera bekalan untuk esok. Then masa balik dari membeli barang, pintu bilik Tune Hotel buat hal, dan akhirnya kami terpaksa berpindah ke bilik baru. Dari Twin Room kepada Double Room. Rugi gak rasanya, sebab Twin Room tu kami dapat 2 katil single dan Double Room kami dapat 1 katil queen size sahaja. Nak tak nak, kena ambil juga la sebab dah tak de bilik. Mulanya gadis di kaunter tu kata dapat bilik di Level 2. Ada juga bertanya if ada bilik di level tu. At least tak payah nak angkat beg tinggi-tinggi kan. Nasib kami baik la, sebab ada satu bilik di level bawah...Bilik 001. Perghhh...dapat bilik No 1 la kiranya. So, amek kad baru, then terus masuk bilik baru. Lega. Unpack balik barang-barang dan lock beg besar before keluar jalan-jalan. Malam tu jalan-jalan di depan Waterfront Kuching kejap aje la, sebab esok kami nak ke Serikin untuk bershopping di sempadan Sarawak tu. Jadi malam tu tido agak awal, disebabkan esok tu memerlukan tenaga & air yang banyak dalam badan.

So, tunggu citer di Serikin & Kampung Budaya Sarawak in Part 2 yek...

Kuching 2012 The Series:-


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...