Assalamualaikum wrth wbkth....
Day 2 in Kuching, Sarawak. Terasa excitement. Sebab sebentar lagi nak pergi bershopping sampai keletihan. Heheh..kenapa? Sebab suka shopping laa kan. Kira-kira jam 720am kami bertolak ke Serikin. Kena bertolak awal pagi sebab cuaca agak panas di sana. Memandangkan kawasan tersebut berdekatan dengan garisan Khatulistiwa. Di nasihatkan kalau ke sana bawalah air dan topi bersama. Cuaca memang panas tapi keseronokan bershopping memang tak boleh dinafikan. Pastikan bawak beg extra untuk memikul barangan yang telah di beli.
Pelbagai barangan dijual di sini. Dari barangan dapur, barangan rumah hingga ke pakaian. Pilihan pun tidak terhad. Pakaian di sini agak murah. Kain baju pun ada di jual
Banyak juga barangan yang diborong. Heheh sebenarnya dah lama tak aim barang-barang tu kan. Antara yang sempat di borong adalah kain ela. Before ni penah beli gak di sini, jadi kali ini beli sepasang dua untuk bekalan hari raya akan datang. Blouse juga agak murah di sini berbanding pasar malam. So, dapat laa aku rembat 3 pasang blouse untuk pakai bekerja nanti. Untuk Encik Hubby, belikan dia 2 helai kain pelikat Gajah Duduk tu. Memang dah dipesan sejak awal lagi. Jadi belikan laa sebagai souvenir kan.
Selepas 2 jam di sini berfoya-foya, kami berempat pun gerak laa untuk kembali ke Kuching balik. Kali ini, nak menuju ke Sarawak Cultural Village plak. Singgah ke Kuching balik untuk makan tengahari dahulu. Isi tangki perut yang dah agak kelaparan rasanya. Lupa plak nak ambil nama kedai tu, disebabkan kami lapar sangat. Jadi kami order beberapa makanan yang bersesuaian. Antara yang kami order hari tu adalah Mee Kolok & Laksa Sarawak. Air plak adalah Air Teh C & Air Ribena 7Up Longan.
Laksa Sarawak |
Mee Kolok |
Kenyang sudah makan tengahari, kami meneruskan perjalanan ke Sarawak Cultural Village. Cuaca agak redup waktu itu, jadi kurang panas. Hujan baru lepas turun sebelum ketibaan kami ke SCV petang itu. Lawatan dari rumah ke rumah suku kaum di Sarawak seronok sangat, ada pelbagai yang boleh dilihat di sini.
Pintu Gerbang Kampung Budaya Sarawak |
Passport yang perlu di cop di setiap rumah |
Ok sambung lagi yek...ada 4 hari di sini..memang byk cerita...
Kuching 2012 The Series:-
No comments:
Post a Comment