Sunday, December 26, 2010

Double Movie Weekend

Assalamualaikum wrth wbkth....

Lamanya tak update blog! Urghh...letih. Keje banyak sekarang. Sampai tak de idea nak update blog ku yang dah bersawang nie.. Sorry ek! Anyway, hari nie mungkin nak update banyak sket. Dan minggu nie agak relax sket. Sebab aku cuti. Yeay!!

Semalam tetiba hubby kata...JOM TENGOK WAYANG! Hmmm..agak susah nak tengok hubby ajak keluar kalau weekend. Sebab dia ske rest kat umah and tengok tv or layan internet jer. Anyway, dah dia kata JOM...aku pun ape lagi. Terus booking tiket wayang online. Happy bukan main kan. Wayang pilihan weekend nie? Gulliver's Travels and Tron Legacy. Uhuhu dah lama tak buat wayang marathon nie. Dulu masa zaman bercinta and bertunang selalu gak buat marathon wayang nie.

Memula tengok Gulliver's Travels... Kisah seorang lelaki (lakonan Jack Black) yang bekerja di bilik surat (mail room). Kerja dah lama tapi tak de peningkatan dan kemajuan dalam hidup. Adventure bermula bila gadis idamannya menawarkan kerja untuk menulis tentang Bermuda Triangle untuk ruangan pelancongan. Dan bermula laa kisahnya tiba di sebuah pulau Liliput. Penduduk pulau menganggapnya sebagai beast & giant. Tapi akhirnya mereka suka kepadanya kerana telah membantu mereka dalam beberapa peperangan. Keseluruhan cerita amat menarik. Lawak. Kalau nak tau cerita pengembaraannya kena laa tengok sendiri kan. Baru laa tau jalan ceritanya. Malas laa nak cerita sampai abes... Heheh...

Pas abes tengok Gulliver's Travels...keluar dari panggung. Jalan-jalan kejap dalam Wangsa Walk Mall...Ada 30 min before wayang mula, jadi pusing-pusing sampai pening laa dulu kan. Ramai gak tadi orang yang jalan-jalan. Cuma parking tak laa sepenuh seperti weekend yang sebelumnya. Wayang kedua TRON LEGACY...Best! Cerita nie kena tengok TRON yang memula dulu ditayangkan around tahun 1980-an...Hubby pernah tengok wayang nie. Dan dia kata best. Tu pasal nak pegi tengok. Citer nie pasal seorang software engineer yang telah mencipta satu game TRON. Dan terperangkap di dalam game ciptaannya sendiri setelah ditipu oleh klon diri sendiri di dalam game tersebut. Tapi cerita nie memang menarik untuk di tengok. Kalau nak rasa action dari dunia digital mungkin inilah wayangnya. Kecanggihan gadget membuatkan kita teruja. Hehe bagi aku citer nie memenuhi citarasa aku sebagai penonton.

Esok ISNIN. Tapi aku CUTI. Yeay.. tak kerja. Seronoknye rasa hati. Malas tul nak pegi kerja hujung-hujung tahun nie. Tak de mood kat office. Selasa aku keje untuk sehari pas tu terus sambung sampai awal tahun baru. Kat office pun ramai orang cuti. Dah laa pejabat aku tu ada orang yang berada di kadar MINIMA. Jadi bila tak de umat manusia di office, tambah laa sejuk. Macam winter dah!

Okay laa...dah abes update untuk hari nie. Esok dan lusa aku akan update lagi la. Okeh...Jangan ke mana-mana! Okay chow chin choww....


1 comment:

SINGALAUTMETRO said...

selamat bermain game sambil melunjurkan lelah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...