Saturday, November 01, 2014

Trip to Bandung ~ Part 1

Assalamualaikum, 

Sekian lama tak update blog. Akhirnya baru ada kesempatan nak update. Kali ni trip ke Bandung. Kalau ke sini tak perlu laa nak saya coretkan panjang-panjang sangat sebab ramai orang Malaysia dah sampai ke sana pun. So, semua tau apa yang ada di sana.

Dan pada hari 27 September kami pun bertolak ke KLIA 2. 1st time laaa naik dari KLIA 2 ni. Sepatutnya masa beli tiket dulu memang naik kat LCCT. But since, airport dah upgrade jadi ke KLIA 2 laaa kita kan.


1st time menjejakkan kaki ke kepulauan Indonesia ni. Akhirnya sampai gak dengan berbekalkan ilmu yang ada. Pergi berdua aje macam biasa. Flight kali ni kami ambil sebelah petang. Cuaca plak masa nak berlepas tu hujan. Hanya doa aje supaya hujan berhenti. Dalam flight macam biasa laa....goyang-goyang dangdut la kan...saboo aje laa masa tu...


Tiba di sana pun dah malam. Penerbangan kami pada mulanya dijadualkan jam 1050pm tapi dah bertukar 2x plak tu ke jam 7.20pm. So sampai sana awal gak la dalam jam 9.30pm. 

Sampai aja terus ambil teksi di hadapan Airport Husein Sasteranegara. Kecik betul airport dia. Terkejut gak masa memula sampai tu kan. Naik teksi ke hotel dengan harga 50 ribu. Seram dengar duit dia memula. Tapi lama kelamaan ok laa kan. Perjalanan ke hotel lebih kurang 15 minit dari airport. Masa nak mendarat tadi dah nampak dah hotel yang bakal kami menginap selama 4 hari di sini. Hotel Fave Braga terletak di dalam mall Braga City Walk. So, nak makan pun senang la. Ada Wendy's, Starbucks, Bangi Kopitiam, dan lain2 kedai lagi di sini. Amat laa senang untuk mencari makanan.


Aktiviti dah sampai, masuk bilik dulu. Bilik selesa dan simple. Lagipun bercuti tak perlu laa bilik yang fancy sangat kan, sebab bukan nak duduk dalam bilik sentiasa pun. Kita nak pegi melancong, jadi kena laa keluar jalan-jalan. Betul tak?


Lepas letak beg di bilik. Kami terus mencari makan malam di sekitar hotel. Dalam mall ni jugak. So, senang tak payah nak menapak jauh-jauh kan. Akhirnya kami ke kedai Bakso. Aku memang bukan pernah makan Bakso. Kira ni 1st time gak la aku makan Bakso ni. Sedap sungguh Bakso dia. Nama kedai ni Bakso Sihat Bakso Atom. Hehehe ...nama dia unik plak. Pakej makanan Bakso bersama Air Teh Botol dan Keropok. Sungguh enak. Kenapa rasa Teh Botol sana tak sama dengan yang kat sini eh?


Dah lepas makan terus naik ke bilik, is time tu bubumm dulu laah! Sebab udah kecapek-an sih. Time untuk berehat. Esok sambung lagi untuk hari kedua yek...chow!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...