Monday, January 09, 2012

Hujung Tahun 2011...Penutup Acara

Salam...


Baru laa aku ada masa nak bercerita kisah hujung tahun 2011. Penutup hujung tahun yang best! Jalan-jalan senangkan hati...jalan-jalan cari makan. Semua dalam satu sahaja. Himpunan terbaik la kiranya untuk penutup.

Kali ni lepak kat Taman Rekreasi Air Panas(TRAP), Sungai Klah di Sungkai, Perak. Dulu aku tido sini kat Felda Residence nie. Best gak. Bilik luas! Kali ni bawak Long & Paklong ke sini jalan-jalan. Orang tua-tua suka laa tempat air panas nie. Jadi bawak laa mai sini jalan-jalan celup kaki. Kami lak bercelup di Spring Pool. Seronok bukan main la kan. Sejuk nyaman. Mandi sampai hitam. 
:: Pintu utama Taman Rekreasi Air Panas(TRAP), Sungai Klah ::
Kat Taman Rekreasi Air Panas(TRAP), Sungai Klah nie ada Spring Pool & Hot Spring. Jadi boleh laa pilih kan mana satu yang korang suka. Kalau rasa nak celup kaki & badan ke kolam air panas...bleh laa cuba di sana. Tapi larat ke nak celup sampai lemau? Hehehe..Kami berdua memang celup kat Spring Pool ...memang best!
:: Spring Pool...sejuk & nyaman ::
Kalau bab makan kat sini tak susah. Ada kedai segala. Kedai makan melambak-lambak kat sini. Tapi kalau nak lebih afdal lagi...bawak laa bekal mangkuk tingkat korang. Memang best. Lepas mandi manda sakan tu boleh laa menikmati makanan yang tak terhingga sedapnye tu. Hehe best!
:: Hot Spring Pool ::
:: Spring Pool ::
Dari jam 10am sampai laa jam 4pm tu...mandi sakan. Mandi sampai hitam legam. Huhu...terbakooo kulit ku...aduhh tak per. Janji puas  hati. After mandi manda dan bersiap nak balik KL...kami singgah makan buah-buahan di hadapan TRAP nie...Dari Rambutan hingga ke Durian...sedap. Sempat gak bawak balik buah tangan petai untuk encik hubby. Dia peminat petai tegar. Heheh :) Kalau masak aku bleh laa ...tapi makan? Tidak laaa kut...

:: Rambutan..besau tul ::
:: Petai Sungkai ::
:: Durian Gunung (Sungkai) ::
Selesai makan semua tu, hari pun dah petang. Jadi balik laaa ke KL semula. So GOOD BYE 2011. Welcome 2012. Selesai sudah 2011.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...