Thursday, November 30, 2006

Sebuah Karya Buat Renungan...

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
Isteri adalah murid kamu mursyidnya

Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang ben gkok berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana

Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah saw
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh

Untuk isteri pula.. renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw?
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Pun tidak setabah Ayyub atau pun
Segagah Musa..apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya
Cita cita membangun keturunan yang soleh

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
Suami adalah nakhoda kapal kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami ben gis lagi lancang sabarlah memperingatkannya

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah

Justeru itu wahai para suami dan isteri
jangan menuntut terlalu tinggi
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya

Suami & isteri ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...