Pernikahan atau  perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia  Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah
Justeru isterimu  hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah
Pernikahan  atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah  kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
Isteri kiasan  ternakan kamu gembalanya
Isteri adalah murid kamu mursyidnya
Isteri  bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu kamu  teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar  bisanya
Seandainya isteri tulang yang ben gkok berhatilah  meluruskannya
Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan  taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri  yang tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu  bukanlah Rasulullah saw
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma  suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh
Untuk isteri pula..  renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang  menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw?
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Pun  tidak setabah Ayyub atau pun
Segagah Musa..apalagi setampan Yusuf
Justeru  suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya
Cita cita membangun keturunan  yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban  bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
Suami adalah nakhoda  kapal kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah  penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur  singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar  ubatnya
Seandainya suami ben gis lagi lancang sabarlah  memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita  perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah  swt
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan  tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam  menjaga
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita  akhir zaman yang berusaha menjadi solehah
Justeru itu wahai para suami  dan isteri
jangan menuntut terlalu tinggi
seandainya diri sendiri jelas  tidak berupaya
Suami & isteri ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri  sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah
Tidak perlu mencari  isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa  mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha 
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan  Sarah