Saturday, June 30, 2012

:: Kuching 2012 : Part 4 ::

Assalamualaikum wrth wbkth...

Day 3 in Kuching...still day 3 lagi nie. Kiranya ni final day untuk shopping segala. Tapi punya la nak cerita kan, tau aje laa..banyak sangat benda yang nak diceritakan pada semua. Okay dah selesai kisah pasu, kita pegi jalan-jalan minum petang di sekitar Kuching Waterfront.


Kalau di area Waterfront nie memang tak sah la kalau tak naik sampan kan. Ni adalah pengangkutan air untuk menyeberang dari depan Waterfront ke Kampung Gersik. Murah aje tambang RM0.60 sahaja. Since kami ni saja jalan-jalan untuk pergi balik, pakcik nie cas RM1 seorang untuk pergi balik. Pakcik nie tak de laa dayung sepenuhnya, ia tetap bergerak menggunakan enjin. Cuma bila nak sampai destinasi tu dia dayung sket untuk ketepian .. sapa tak pernah naik sampan boleh la cuba naik di sini.


Dah abis ronda semua, kami ke satu lagi tempat yang famous di Kuching ni. Kalau tak sampai kira tak sah laa perjalanan ke Kuching ni tanpa bergambar dengannya. Statue kucing di persimpangan traffic light. Sini memang ramai orang bergambar la, so tak yah la segan nak bergambar di tengah-tengah persimpangan tu. Orang Kuching pun dah tak hairan dah agaknya.


Setelah puas bergambar di tengah-tengah simpang tu, rasa kepenatan la plak. Lepas tu kami lepak jap di Tun Jugah Mall. Ada mesin urut Gintell tu, jadi kami berehat-rehat sambil urut kaki dan badan di situ dahulu. Seronok mesin nie untuk menghilangkan penat & lenguh-lenguh badan setelah berjalan sakan kan.


Waktu makan malam telah tiba. Memang waktu yang dinantikan oleh kami la kiranya. Dulu masa aku ke Kuching, tak dapat pegi sini untuk makan. Di mana? TopSpot a.k.a Taman Kereta. Jadi agak menyesal juga la masa tu, kali ini dapat gak aku jejakkan kaki ke sini walaupun tanpa Encik Hubby ku. Anyway, nanti kita pergi lagi sini yek. Sini speciality adalah seafood. Ramai orang akan datang ke mari untuk makan malam bersama keluarga. Harga di sini juga berpatutan. Malam tu kami order Ikan Siakap Tiga Rasa (ikan memang besar), Sotong Goreng Tepung, Butter Prawn dan Midin Goreng Belacan. Midin? Apa tu? Midin adalah sayur pucuk paku Sarawak. Tapi rasanya memang sedap dan sama macam pucuk paku la. 

Midin Goreng Belacan
Sotong Goreng Tepung
Ikan Siakap Tiga Rasa
Butter Prawn
Semua makanan di atas amatlah sedap. Kami puas hati. Kami makan di gerai No. 10 di situ. Dengan ikan siakap sebesar itu, memang murah la kos untuk kami makan malam itu. Harga untuk makan sahaja RM89.00. Murah kan?

Kiranya tamatlah perjalanan kami di Kuching secara rasminya. Esok kami akan kembali ke Kuala Lumpur. Seronok? Bila di tanya kawan-kawan, mereka seronok. Alhamdulillah. Best sekali sekala melepaskan diri dari hiruk pikuk kota metropolitan KL tu. Jalan-jalan makan angin di negeri orang. Mungkin lepas ni aku nak menyeberang lautan untuk ke Vietnam lak...Insya'Allah!


Kuching 2012 The Series:-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...